
Setiap orang yang mengalami masalah sakit tekak pasti rasa tertekan bila ia datang menyerang. Bila batuk dan sakit tekak tak henti-henti membuatkan badan menjadi lemah, sekali gus menggangu tumpuan anda untuk melakukan sesuatu perkara.
Mungkin anda sudah mencuba pelbagai cara dan petua, namun sakit tekak masih belum menunjukkan perubahan. Jangan bimbang, ada satu petua yang boleh anda cuba untuk mengatasi masalah sakit tekak ini.
Menerusi laman Facebook Taufiq Razif, beliau ada berkongsikan amalan mengatasi masalah sakit tekak menggunakan air panas yang bercampur dengan garam. Mana tahu amalannya ini boleh anda guna pakai. Selamat mencuba!
Ni Air Panas Bercampur Garam
Dua hari lepas saya gunakan air ni la untuk hilangkan sakit tekak (sore throat) mak saya. Tak sampai 1 hari dah hilang dah sakit tekaknya.
Siap makan seafood lagi semalam sebab selera makan dah kembali pulih ?
Caranya mudah je :
1. Ambil segelas air panas coway tu. Jangan panas sangat. Adjust sampai suam sikit
2. Campurkan setengah sudu garam
3. Kacau perlahan
4. Berkumur sebanyak 3-5 kali. Bukan berkumur biasa tapi gargle, iaitu berkumur dengan mendongak ke atas
5. Sebaiknya berkumur sebanyak 4 kali sehari
6. Tertelan sikit sikit air garam tu takpe sebab air garam tu ada efek hydration untuk tubuh yang dah hilang banyak cairan semasa demam
Berkumur air garam ni bukan cuma untuk sakit tekak (sore throat) je. Berkumur air garam ni juga bagus untuk rawat :
+ Ulcer/lepuh mulut biasa
+ Anak yang ulcer mulut sebab HFMD
+ Sakit gigi
+ Mencegah Upper Respiratory Tract Infection (URTI)
Apa pun kumur garam ni bukan ubat atau antiviral tau. Ia cuma memberikan kelegaan (symptomatic relief) sementara dan bersifat preventif untuk jangkitan kat area mulut dan tekak tu.
Air garam tu kan bersifat “magnet” kepada air disebabkan ketumpatan garam yang tinggi. Jadi garam ni akan “tarik” air daripada tisu di sekeliling tekak dan mulut tu. Secara tak langsung kuman pun terbasuh sekali ?
Cuba la buat kat anak anak yang sakit tekak untuk kembalikan selera makan mereka cuba la sendiri
P/s : Bagitahu juga kat mak ayah yang belum tahu ye
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Makan Banyak Sebelum Ke Gym & Tak Cukup Tidur, Ini Antara 10 Sebab Senaman Tak Menjadi

Tapi pernahkah anda terfikir bahawa ada sesuatu yang tak kena dengan rejim senaman dan diet anda? Apakah punca yang boleh menjadi penyebab kegagalan usaha gigih anda tersebut?
Jom ikuti 10 sebab yang mungkin jadi puncanya!
Makan Banyak Sebelum Bersenam
Salah jika anda anggap perut perlu terisi dan kenyang terlebih dulu sebelum bersenam kerana anggap ia membantu memberi tenaga. Hakikatnya? Anda salah. Elak makan makanan bergula sebeloum bersenam kerana ia akan menyebabkan kadar gula dalam darah meningkat kemudian turun terlalu cepat.
Jangan lupa, dalam beras/nasi juga mengandungi gula tahu? Oleh itu, jika ingin mengalas perut sebelum bersenam, cukup dengann hanya mengunyah kacang atau smoothie protein.
Tak Cukup Tidur
Jika seseorang tak mendapatkan tidur yang cukup, kadar turun naik hormon tidak menentu. Keadaan itu kemudian akan meningkatkan selera.
Oleh itu, apabila kamu makan berlebihan kerana tidak dapat melelapkan mata, perut juga akan semakin membuncit malah menjadi sukar untuk mengempiskannya kembali.
Makan Terlalu Laju
Ini mungkin sebabnya mengapa Rasulullah menyuruh kita mengunyah makanan sebanyak 40 kali. Menurut pakar, tidak elok sebenarnya makan secara gopoh, lebih-lebih lagi makan sambil berjalan atau berdiri.
Makanan yang dikunyah dan ditelan dengan laju akan buat badan memikirkan yang kamu sebenarnya berada dalam keadaan tertekan lalu, akan menghasilkan tindak balas tidak normal.
Badan serta-merta akan berhenti menghadam makanan seterusnya menjadikan keadaan perut buncit.

Kunyah Gula-Gula Getah
Ada fakta memberitahu bahawa mengunyah gula-gula getah akan bantu menguruskan badan kerana perbuatan mengunyah itu sendiri akan pengaruhi otak seolah-olah anda telah makan seterusnya menjadi kenyang.
Biarpun ia mungkin benar, akan tetapi, perbuatan mengunyah gula-gula getah buat perut membengkak umpama mengepam angin ke dalam belon. Hati-hati!
Terlampau Tertekan
Hormon kartisol yang terhasil ketika seseorang tertekan akan mengumpul lemak yang banyak pada bahagian tengah badan. Sistem badan akan jadi terkejut seterusnya menghasilkan hormon kartisol berkenaan agar diri dapat berjaga-jaga.
Oleh itu, sila kawal emosi dan perasaan agar kadar tekanan diri dapat dikurangkan seterusnya membantu senaman jadi lebih efektif.
Kandungan Air Tidak Lawas
Wanita sering menjadi tidak lawas terutamanya ketika sedang datang bulan. Perut menjadi kembung dan buncit daripada biasa betul tak? Itu adalah disebabkan oleh kandungan air yang tidak lawas dan terkumpul lama dalam perut.
Ramai wanita kurang minum air ketika datang bulan namun apa yang anda tidak tahu, kita sepatutnya minum air lebih banyak supaya perut kmudian akan terasa ingin membuang air kecil. Dengan cara itu, perut akan beransur kempis dan senaman juga menjadi lebih efektif kemudian.

Bakteria Jahat Dalam Badan
Seperti yang kita semua tahu, sistem perut manusia sebenarnya dibina oleh gabungan bakteria jahat dan baik. Walau bagaimanapun, amalan gaya hidup kita sebenarnya merosakkan keadaan bakteria dalam usus.
Jadi, sila elak mengambil makanan yang mengandungi antibiotik, kadar gula tinggi atau sebarang alkohol. Ini kemudian akan bantu mengurangkan lemak pada bahagian perut.
Suka Makan Makanan Masin
Garam mengandungi sodium klorid. Sodium adalah mineral yang akan mempengaruhi kestabilan kandungan air dalam tubuh.
Apabila seseorang mengambil kadar garam yang banyak, anda sebenarnya sedang membawa muatan air yang banyak di dalam tubuh lalu menyebabkan pengumpulan bendalir yang berlebihan hingga menyebabkan buncit.
Masih Minum Minuman Berkarbonat
Masih minum minuman berkarbonat atau bergas? Itulah sebabnya mengapa lemak perut tidak hilang-hilang. Walau macam mana berat pun senaman yang dilakukan tetapi kamu masih meminum minuman soda, hal berkenaan tidak akan membantu mengempiskan perut.
Kajian pakar mendapati, peminum soda akan mengumpul kadar lemak yang tinggi dalam perut mereka bahkan ia sukar dihapuskan.
Makan Makanan Segera
Tidak kisah apa jenis makanan segera yang anda masih ambil, itu adalah penyebab utama mengapa lemak di perut tidak kempis-kempis.
Semua makanan yang datang dalam bentuk sudah dipek seperti keropok, air kotak, mi segera atau apa sahaja makanan dan minuman yang boleh dibeli dan dimakan terus sebenarnya akan membuatkan lemak diperut jadi tepu dan sukar dihapuskan.
Jom subscribe channel Telegram MASKULIN untuk update terkini!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Kerja Syif Malam Buat Anda Mudah Gemuk

Kerja syif biasanya ditakrifkan sebagai syif malam di mana orang bekerja sepenuhnya pada waktu malam. Kerja syif melibatkan semua jenis pekerjaan yang jadualnya ditetapkan di luar pukul 9 pagi hingga 5 petang. Terdapat pelbagai kajian yang dijalankan dan kesemua kajian tersebut menyimpulkan bahawa kerja syif mempunyai kesan buruk terhadap kehidupan manusia. Hari ini, dalam artikel ini, kita akan mempelajari lebih lanjut tentang kesan kerja syif ke atas kesihatan.
Terdapat pekerjaan yang memerlukan kerja syif, seperti bomba, pegawai polis, jururawat, doktor, juruterbang, pemandu trak/lori dan banyak lagi. Mereka tidak hanya bekerja pada waktu malam kadang-kadang tetapi jadual mereka ditetapkan pada kadar waktu malam. Kerja syif memberikan lebih banyak masa pada waktu siang dan dibayar dengan bayaran yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, ia meningkatkan risiko seseorang mendapat gangguan berkaitan kesihatan.

Mengubah gaya hidup
Pekerja yang bekerja sepenuhnya pada waktu malam lebih cenderung untuk mengalami gangguan tidur, kehilangan tidur atau kemurungan kerana mereka tidak dapat bersama dengan keluarga dan rakan mereka. Ia membawa kepada rasa terasing dan tambahan lagi, ia menimbulkan keinginan untuk makan makanan ringan dan mengurangkan keinginan mereka untuk bersenam.
Mengubah biologi
Tidur dan berjaga pada waktu yang ganjil boleh mengganggu dengan jam biologi kita yang secara saintifik dipanggil ritma sirkadian. Ritma sirkadian berfungsi bersama-sama dengan cahaya matahari semula jadi, kegelapan dan keheningan. Setelah terganggu, ia merosakkan keseluruhan sistem badan anda termasuk metabolisme, pencernaan, keseimbangan hormon, sistem kardiovaskular dan sistem imun. Secara asasnya, ia meninggalkan kesan yang serius dan rumit.
Membawa kesan jangka pendek
Percaya atau tidak, kebanyakan orang pernah mengalami suasana bekerja syif malam sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka. Sama ada anda perlu mengambil peperiksaan yang sangat penting, ujian kemasukan, perjalanan ke luar negara, rancangan untuk pulang ke rumah menaiki kapal terbang bersama orang tercinta, keluar rumah sepanjang malam atau penerbangan trans-atlantik. Tidak kiralah apa tujuannya, berjaga malam menyebabkan kesan yang sama. Keletihan adalah tanda yang paling jelas. Selain itu, sesetengah orang mungkin mengalami loya, cirit-birit, insomnia, merasa tidak selesa manakala sesetengahnya lebih cenderung untuk mengalami kecederaan.
Membawa kesan jangka panjang
Banyak kajian telah dilakukan dan hasilnya mendapati terdapat hubungan antara kerja syif dan peningkatan peluang untuk mendapat penyakit kronik. Satu kajian menunjukkan bahawa seseorang bekerja syif selama lebih daripada 15 tahun mempunyai 40% lebih risiko untuk mengalami strok jantung. Pekerja syif malam juga mempunyai 50% peluang yang lebih tinggi untuk mendapat diabetes. Lebih daripada itu, peluang mendapat penyakit metabolik lain seperti tekanan darah tinggi, gula dalam darah tinggi, obesiti dan kolesterol tinggi adalah tiga kali ganda lebih tinggi bagi pekerja yang bekerja syif malam berbanding dengan pekerja bekerja pukul 9 pagi hingga 5 petang.
Di samping itu, bekerja syif malam boleh menyebabkan perubahan emosi (mood swing) yang tidak teratur. Penyelidik mendapati bahawa kemurungan dan gangguan emosi (mood) berlaku kerana perasaan terasing, dan kekurangan bahan kimia otak yang dipanggil serotonin.
Walaupun terdapat banyak risiko kesihatan dan kebanyakan orang yang bekerja syif malam seolah-olah menyedari risiko ini, mereka masih tidak mempunyai pilihan lain kerana bekerja syif malam dianggap sebagai keperluan profesional. Cara yang terbaik untuk kekal sihat adalah dengan memakan makanan yang seimbang, mendapatkan tidur yang cukup, senaman secara teratur, berhubung dengan orang yang anda sayangi dan rujuk doktor untuk mendapatkan nasihat.
OLEH : NURUL NAZRAH
SUMBER : (https://hellodoktor.com/)
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
10 Cara Efektif Buat Orang Gemuk Cepat Kurus Dalam Masa Sebulan

Kalau nak cepat kurus dalam masa sebulan pastikan anda ikuti panduan ini dalam misi untuk cepat kurus dan buang lemak. Yang penting, anda kena ada kesungguhan untuk berubah kepada fizikal yang lebih sihat dan mengagumkan.
Bukan lagi rahsia, 10 tip ini pasti boleh buat orang gemuk cepat kurus dalam masa sebulan. Apa lagi, jom mulakan hari ini!
BACA: Ikut 8 Waktu Terbaik Ini Untuk Minum Air Putih, Barulah Berat Mudah Turun!
1. Minum air secukupnya
Anda mungkin biasa mendengar nasihat ini. Minum 8 gelas air sebagaimana yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarnya membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum.
BACA: Ketahui Suplemen Baik & Tak Elok Untuk Lelaki
2. Jangan lupa ambil suplemen kalsium
Kajian menunjukkan kekurangan kalsium di dalam tubuh boleh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Anda juga boleh mendapatkan kalsium daripada susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oatmeal.
BACA: Yang Serius Nak Diet, Baca Coach Ini Kongsi 12 Idea Mudah & Jimat Nak Pilih Makanan!
3. Makan snek di antara waktu makan
Masukkan snek di antara waktu makan dapat membantu. Sekiranya perut anda sudah mula memulas dan berbunyi, ini bermakna perut anda memerlukan ‘minyak’. Jika anda tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan anda mungkin akan mengambil makanan berlebihan pada waktu makan seterusnya. Oleh itu pilihlah jenis snek yang mempunyai kandungan fiber dan protien yang tinggi seperti buah-buahan kering, biskut berfiber tinggi, yogurt dan kekacang. Anda disarankan mengambil sekurang-kurangnya tiga makanan utama (sarapan, makan tengah hari, makan malam) dan dua hingga tiga snek sehari.
BACA: Amal 5 Jenis Regangan Mudah Ini Pasti Tidur Anda Lebih Nyenyak!
4. Tidur yang secukupnya
Tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. Tidur yang lebih juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama! Pastikan anda cuba mengekalkan rutin tidur yang konsisten di mana waktu tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.
BACA: Rahsia Tukar Cara Berdoa Ikut 6 Formula Ini, Mampu Ubah Kehidupan Jadi Lebih Baik!
5. Jangan stres
Stres meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang terbaik untuk membantu anda mengurangkan tekanan yang dihadapi.
BACA: 7 Perkara Ini Wajib Buat Di Waktu Pagi, Kalau Nak Berat Badan Mudah Turun!
6. Dapatkan cahaya matahari yang cukup
Kajian menunjukkan bahawa menghabiskan masa yang lama di dalam persekitaran yang tertutup dan gelap mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti apabila anda tidur atau menambahkan berat badan. Waktu terbaik untuk berada di luar adalah di antara jam 11 pagi dan 3 petang. Berehatlah sebentar dari tugas-tugas pejabat atau keluarlah dari rumah dan berjalan di luar. Selain mendapatkan sedikit cahaya matahari, ia juga akan menaikkan kadar jantung anda dan anda dapat menghirup udara yang segar.
BACA: Senaman Pernafasan Orang Jepun Ini Mampu Hilangkan Berat Badan, Buat 2 Minit Sehari!
7. Buat senaman menggunakan pemberat
Lakukan senaman menggunakan pemberat. Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori, manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori. Meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas (basal metabolic rate atau BMR) anda sehingga 40%. Anda tidak perlulah menjadi pengangkat berat seperti atlet bina badan. Menggunakan pemberat yang rendah dan melakukan bilangan ulangan yang tinggi juga terbukti dapat membina otot dan membakar lemak. Interval training atau latihan berkala adalah cara yang baik untuk mendapatkan kesan senaman yang maksimum sekiranya anda sibuk dan sukar mencari masa yang panjang untuk bersenam.
BACA: Kalau Nak Vitamin C Beri Manfaat Untuk Anda, Elok Amalkan 3 Tip Ini!
8. Vitamin C tingkatkan metabolisme
Suplemen vitamin C juga penting. Vitamin C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut.
BACA: 12 Aktiviti Yang Mudah Membakar Kalori, Salah Satunya Tengok Cerita Seram!
9. Ambil makanan pedas
Sekiranya anda suka mengambil makanan yang pedas dan bercili, ini berita baik untuk anda. Kandungan capsaicin yang terkandung di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya.
BACA: Kalau Nak Buang Lemak, Ini 5 Jenis Teh Kurus Yang Bagus Untuk Anda Minum!
10. Minum teh hijau atau teh oolong
Gantikan secawan kopi atau teh tarik yang kedua dengan teh hijau atau teh oolong. Teh hijau atau teh oolong mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan. Anda perlu minum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI