Kulit Pisang Menghilangkan Sembab & ‘Mata Panda’ Akibat Kurang Tidur

Share

Kulit pisang yang masih segar mempunyai 1001 khasiat untuk kulit wajah, jadi jangan buang kulit pisang yang kekuningan dan segar itu.

Tahukah anda, pisang termasuk antara buah yang kaya dengan nutrisi hingga ke kulitnya. Anda boleh menggunakannya untuk pelbagai jenis perawatan kulit.

Kulit pisang kaya dengan antioksidan, vitamin, dan mineral, di antaranya vitamin B6, vitamin B12, magnesium, dan kalium. Nutrisi yang dikandungnya mampu mendorong regenerasi sel sehingga menjadikannya sempurna untuk mengubati pelbagai masalah kulit.

Kulit pisang juga bagus untuk merawat ‘mata panda’ atau sembab mata disebabkan kurang tidur.

Caranya:

  • Ambil kulit pisang, tekap dan gosokkan di bawah mata
  • Biarkan selama 15 minit dan bilas menggunakan air putih

Dalam masa yang sama, khasiat kulit pisang ini juga bagus untuk menghilangkan kutil, memutihkan gigi dan merawat kulit yang gatal dan ruam.

Published by
L.A