REJIM LENGKAP PENJAGAAN KULIT MUKA
Jika anda bangun bagi dan mencuci muka menggunakan sabun dan air sahaja lantas, maka tibalah masanya untuk meningkatkan tahap penjagaan kulit anda. Tidak mengkhususkan pada mana-mana produk, rejim penjagaan lengkap kulit muka perlu dipandang serius. Mengapa? Kerana kulit muka lelaki memerlukan penjagaan lebih berbanding dengan wanita. Ia lebih kasar, sama ada anda bercukur atau pun tidak.
# Semudah membasuh muka
1. Curi masa setiap hari untuk membasuh muka sekurang-kurangnya dua kali sehari, pada waktu pagi dan malam. Pilih produk pencuci muka bersesuaian mengikut jenis kulit muka. Realitinya, kebanyakan daripada kita sering tersilap memilih produk pencuci muka. Contohnya menggunakan pencuci muka normal untuk kulit berminyak. Adalah disarankan untuk menggunakan skrub muka dua hingga tiga kali seminggu. Pastikan ia mempunyai hidrat pembersihan tinggi yang menanggalkan kotoran. Ringankan diri berjumpa dengan pakar dermatologi untuk memeriksa kulit muka anda.
# Jangan lupa bercukur!
2. Sudah-sudahlah membeli pisau cukur murah. Melainkan anda sedang bercuti dan menginap di hotel, pisau cukur murah bukan sahaja mencacatkan misai dan janggut yang tumbuh. Sensitiviti kulit juga akan terjejas. Perlu bijak memilih ‘senjata’ cukur bersesuaian. Sertakan sekali penggunaan gel pelembap atau buih pencukur. Tip berguna ketika bercukur? Gunakan air panas dan berwap. Liang pori yang terbuka akan memudahkan proses pencukuran. Hati-hati apabila menggunakan air panas ketika bercukur.
# Ulang Langkah No. 1 & 2
3. Ada kalanya anda ingin menyimpan janggut dan misai. Jangan sesekali lupa untuk membersihkan rambut yang tersimpan di bahagian wajah untuk mengelakkan kotoran melekat yang boleh menyebabkan kewujudan bakteria. Selepas bercukur, menghidrat dan menenangkan permukaan kulit adalah wajib. Elakkan daripada pengambilan alkohol. Ia akan membuatkan kulit muka cepat kering dan bertambah kusam. Inginkan kulit muka yang lebih segar? Elakkan makanan goreng atau berminyak. Ia bukan sahaja baik untuk kulit muka malah tubuh anda juga!
# Melembap Itu Macho!
4. Jangan terlupa untuk menggunakan pelembap muka. Sekali pun anda merasakan kulit muka bagaikan kertas pasir, melembapkan kulit adalah wajib untuk semua orang. Inginkan pelembap yang lebih maskulin? Pilih pelembap kulit yang bebas daripada sebarang bau atau wangian.
# Protect Your Skin!
5. Jangan sekali-kali meninggalkan rumah tanpa menyapu krim pelindung cahaya matahari. Jika anda menggunakan pelembap kulit yang mengandungi SPF 30 atau lebih, satu bonus untuk diri anda! Tidak rumit sekiranya anda turut menggunakan krim pelindung cahaya matahari secara berasingan. Ini bermakna anda mengambil berat tentang penampilan diri! Kadar risiko kerosakan kulit yang boleh menyebabkan kanser serta permasalahan lain adalah tinggi jika tidak menggunakan krim pelindung cahaya matahari.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI