Bila kekurangan air, suhu tubuh akan menjadi panas dan naik.
Jika tubuh kekurangan air, maka darah akan mengental. Hal ini berlaku kerana cairan dalam darah akan disedut untuk keperluan tubuh, Proses itu akan memberikan implikasi yang tidak baik untuk otak dan jantung.
Keperluan air yang cukup membantu mengeluarkan racun dalam tubuh. Air membersihkan racun dalam tubuh melalui peluh dan pernafasan.
Air sangat penting untuk mengatur struktur dan fungsi kulit. Fungsi air dalam tubuh berguna untuk menjaga kelembapan, kelembutan dan keanjalan kulit akibat pengaruh suhu udara dari luar tubuh.
Peranan air dalam proses pencernaan untuk mengangkut nutrisi dan oksiden melalui darah untuk segera dialirkan ke sel-sel tubuh, Pengambilan air yang cukup akan membantu proses sistem pencernaan di dalam usus besar di mana gerakan usus menjadi lebih lancar, sehingga najis boleh keluar dengan lancar tanpa risiko.
Paru-paru memerlukan air untuk pernafasan kerana paru-paru harus basah dalam bekerja memasukkan oksigen ke dalam sel tubuh dan membawa karbon dioksida keluar dari tubuh. Ujikaji yang jelas untuk melihat fungsi ini ialah apabila kita menghembuskan nafs ke kaca, maka akan terlihat cairan berupa embun dari nafas yang dihembuskan pada kaca.
Cecair di dalam tubuh juga berfungsi untuk melindungi dan membantu memudahkan gerakan pada sendi dan otot. Otot tubuh akan mengempis apabila tubuh kekurangan cecair. Oleh sebab itu, kita digalakkan minum air yang cukup untuk keperluan harian. Semakin aktif kita bergerak, semakin pentingnya air yang cukup dalam tubuh bagi membantu meminimakan risiko kekejangan otot dan keletihan.
Air yang cukup di dalam tubuh juga membantu proses pemulihan ketika sakit kerana pengambilan air yang mencukupi ini berfungsi untuk menggantikan cairan tubuh yang terbuang.