Isi Kandungan
ToggleMengatur suhu tubuh
Bila kekurangan air, suhu tubuh akan menjadi panas dan naik.
Melancarkan peredaran darah
Jika tubuh kekurangan air, maka darah akan mengental. Hal ini berlaku kerana cairan dalam darah akan disedut untuk keperluan tubuh, Proses itu akan memberikan implikasi yang tidak baik untuk otak dan jantung.
Membuang racun dan sisa makanan
Keperluan air yang cukup membantu mengeluarkan racun dalam tubuh. Air membersihkan racun dalam tubuh melalui peluh dan pernafasan.
Kesihatan Kulit
Air sangat penting untuk mengatur struktur dan fungsi kulit. Fungsi air dalam tubuh berguna untuk menjaga kelembapan, kelembutan dan keanjalan kulit akibat pengaruh suhu udara dari luar tubuh.
Pencernaan
Peranan air dalam proses pencernaan untuk mengangkut nutrisi dan oksiden melalui darah untuk segera dialirkan ke sel-sel tubuh, Pengambilan air yang cukup akan membantu proses sistem pencernaan di dalam usus besar di mana gerakan usus menjadi lebih lancar, sehingga najis boleh keluar dengan lancar tanpa risiko.
Pernafasan
Paru-paru memerlukan air untuk pernafasan kerana paru-paru harus basah dalam bekerja memasukkan oksigen ke dalam sel tubuh dan membawa karbon dioksida keluar dari tubuh. Ujikaji yang jelas untuk melihat fungsi ini ialah apabila kita menghembuskan nafs ke kaca, maka akan terlihat cairan berupa embun dari nafas yang dihembuskan pada kaca.
Sendi dan Otot
Cecair di dalam tubuh juga berfungsi untuk melindungi dan membantu memudahkan gerakan pada sendi dan otot. Otot tubuh akan mengempis apabila tubuh kekurangan cecair. Oleh sebab itu, kita digalakkan minum air yang cukup untuk keperluan harian. Semakin aktif kita bergerak, semakin pentingnya air yang cukup dalam tubuh bagi membantu meminimakan risiko kekejangan otot dan keletihan.
Pemulihan Penyakit.
Air yang cukup di dalam tubuh juga membantu proses pemulihan ketika sakit kerana pengambilan air yang mencukupi ini berfungsi untuk menggantikan cairan tubuh yang terbuang.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Mahu Berjaya Dan Kaya, Lelaki Perlu Buang 7 Perangai Ini Terlebih Dahulu
MAHU BERJAYA DAN KAYA? SILA BUANG 7 PERANGAI INI!
1.BUANG KETAGIHAN PADA MEDIA SOSIAL
-Seluruh dunia di negara maju hadapi masalah berat ini. Ketagihan pada media sosial. Berapa kerap anda semak email, FB, Twitter, Whatsapp dan seumpamanya. Ini dah menjadi-jadi sekarang. Saya juga jadi macam tu sejak pakai telefon pintar ni. Dah jadi satu ketagihan sebenarnya, walaupun mungkin anda tak rasa macam tu.
-Latih diri dari sekarang dan pakai media sosial secara berdisiplin berdasarkan keperluan. Fokus pada hasil. Kalau tak ada hasil buat apa nak buka media sosial.
2.BUANG PERANGAI NAK AMBIL HATI SEMUA ORANG
-Strategi nak bagi semua orang suka tidak akan pernah berjaya. Anda terpaksa jadi hipokrit atau mengkarung yang sentiasa bertukar warna ikut keadaan setempat untuk buat semua orang suka.
-Kalau nak berjaya, anda perlu terima hakikat akan ada orang yang betul-betul suka, dan akan ada sekumpulan lain pula yang meluat tak tau nak kata.
-Terima hakikat itu dan jalan terus. Itu lumrah kehidupan.
3.TINGGAL KAWAN YANG MINDANYA BERACUN
-Ada kawan yang kerjanya hanya nak kondem orang. Depan kita dia kondem orang lain. Banyak kemungkinan bila depan orang lain, dia akan kondem kita pula. Itu salah satu ciri orang yang punya minda beracun. Elakkan orang macam tu. Paling penting anda sendiri jangan dok jadi macam tu.
-Biasanya orang yang minda beracun ni punya karisma yang menarik. Mereka memang mudah didekati dan amat pandai sesuaikan keadaan.
-Orang minda beracun ni kerjanya lebih banyak kepada merungut, mengeluh, semuanya negatif, suka menghukum terus, ayat kesat, mencarut jadi mainan mulut, cepat panas baran, sentiasa berlakon jadi mangsa, terlalu banyak bercakap tapi kurang mendengar, potong ayat orang untuk sembur ayatnya yang beracun dan lain-lain lagi seumpamanya.
-Ada ramai yang akan tak selesa dengan saranan ini. Mereka rasa tak patut pilih kawan macam tu dan mahu bersikap cool habiskan masa dengan semua jenis orang. Kalau anda serius nak berjaya, jangan ikut sikap cool macam tu.
4.JANGAN CUBA JADI MANUSIA SEMPURNA
-Kalau nak tunggu sempurna baru nak cuba perkara baru, alamat sampai kiamat tak akan mencuba. Kalau nak jadi penembak tepat baru nak mula tembak, sampai ke mati tak akan jadi, menembak pun tak akan reti.
-Cara terbaik untuk jadi manusia sempurna adalah dengan tak buat apa-apa. Jadi tak akan berlaku satu pun kesalahan. Kalau anda ingat boleh bangga hidup tanpa buat salah, teruskan dengan dunia tak bergerak anda itu.
5.BUANG KEPERCAYAAN ADANYA FORMULA AJAIB
– Mohon maaf ! Buang perangai macam tu. Jangan percaya pada adanya formula ajaib.
-Semua kejayaan adalah gabungan ribuan kalau tak jutaan perkara kecil sedikit demi sedikit.
- BUANG PERANGAI CARI ALASAN
-Ramai orang suka cari alasan dari kecil sampai besar. Kecekapan cari alasan dah sebati dan keluar terpancul dari mulut tanpa perlu gunakan akal lagi. Sebab itu perangai buruk ini amat susah nak buang.
-Tapi nak buat macam mana, kalau serius nak berjaya, buang sikap cari alasan ini. Latih diri cari jalan. Tanya macam mana nak buat dan elak cari sebab kenapa tak perlu buat.
7.BUANG GAYA HIDUP BURUK YANG TAK SIHAT
-Jaga badan anda baik-baik. jangan biarkan penyakit berkumpul padanya.
-Satu-satunya tempat paling penting di mana anda jalani kehidupan adalah di badan anda sendiri. Jadi tolonglah jaga sebaik mungkin. Cuba sedaya upaya untuk hidup secara sihat. Bersenam, jaga makan dan jaga tidur.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Kena Demam Campak Di Usia Dewasa
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan demam campak masih menjadi antara pembunuh utama kanak-kanak kecil, walaupun vaksin pencegahan yang berkesan sudah lama ada.
Tahun lalu (2008) saja 197,000 kes kematian akibat demam campak di seluruh dunia atau hampir 540 kematian sehari atau 22 kematian setiap jam.
Lebih 95% kematian akibat demam campak berlaku di negara miskin yang kekurangan infrastruktur kesihatan. Vaksin demam campak dapat meningkatkan tahap kesihatan masyarakat secara keseluruhan dengan pengurangan 74% kematian di seluruh dunia dari tahun 2000 hingga 2007.
Pada 2007, kira-kira 82% kanak-kanak di seluruh dunia menerima satu dos vaksin campak sebelum berumur setahun melalui rutin perkhidmatan kesihatan — peningkatan 10% berbanding pada 2000.
Untuk mendapat imuniti (perlindungan sepenuhnya) terhadap penyakit, setiap kanak-kanak memerlukan 2 dos vaksin kerana hampir 15% tubuh kanak-kanak gagal membentuk imuniti daripada dos pertama.
Dalam sejarah, demam campak pernah dipanggil pembunuh utama kanak-kanak. Walaupun vaksin campak ada sejak 30 tahun lalu, virus campak masih menjangkiti 50 juta kanak-kanak di seluruh dunia.
Tanda dan Gejala
Virus demam campak mengambil masa 7 hingga 14 hari (purata 10 hingga 11 hari) untuk membiak dalam badan sebaik ia menjangkiti seseorang.
Tempoh pembiakan ini dipanggil tempoh inkubasi dan ia boleh menjangkiti orang lain sebelum pesakit pertama mengalami gejala awal seperti ruam.
Gejala awal ini bagaimanapun boleh timbul daripada hari pertama selepas tempoh inkubasi. Gejala awal yang juga dikenal sebagai gejala 3C iaitu batuk (cough), koriza atau selesema dalam kepala (coryza) dan sakit mata (conjunctivitis).
Pesakit juga akan mengalami demam dan menjadi sensitif terhadap cahaya (fotofobia). Kebanyakan gejala biasanya menjadi lebih teruk selama 3 hingga 4 hari sebelum kemunculan bintik-bintik merah campak.
Jika anda perhatikan, bintik merah ini mempunyai pusat berwarna putih kebiruan (juga dipanggil bintik Koplik) biasanya muncul dalam masa 24 hingga 48 jam dan berlanjutan sehingga 2 hingga 4 hari.
Bintik merah ini yang mempunyai garis pusat 0.1 hingga 1 sentimeter, biasanya akan muncul bermula dari muka dan belakang telinga. Dalam masa 24 hingga 36 jam dari kemunculan ruam, ia merebak ke seluruh badan dan hujung tangan serta kaki.
Pada peringkat awal, bintik ini berwarna merah gelap dan menjadi semakin terang dan jelas dalam masa 3 hari. Kemudian ia menjadi pudar perlahan-lahan daripada keunguan kepada kuning kecoklatan selepas 5 hingga 10 hari.
Aturan gejala campak adalah dalam turutan:
Hari 0 hingga 1 : Ruam
Hari 2 hingga 3 : Bintik merah (koplik)
Hari 4 hingga 5 : Ruam campak (timbul)
Hari 6 : Bintik koplik mula pudar
Hari 7 hingga 8 : Ruam menjadi sangat ketara
Hari 10 : Ruam mulai menghilang
Siapa Yang Berisiko Mendapat Campak?
Kanak-kanak kecil yang tidak diberi vaksin campak mempunyai risiko paling tinggi. Mereka juga berdepan komplikasi campak yang teruk, termasuk kematian.
Mana-mana individu yang tidak imun (sama ada tidak pernah mendapat vaksin atau baru sembuh daripada demam campak) juga boleh dijangkiti.
Penyakit ini boleh menjadi wabak yang membunuh di negara yang mengalami bencana alam atau peperangan. Kemusnahan infrastruktur dan perkhidmatan kesihatan akan mengendalakan rutin imunisasi; meningkatkan risiko jangkitan kepada penduduk yang terpaksa tinggal bersesak di kem perlindungan.
Jangkitan
Virus demam campak sangat mudah berjangkit melalui batuk, bersin dan sentuhan, terutama pada cecair hidung atau mulut individu yang dijangkiti. Virus ini akan kekal aktif dan boleh berjangkit walaupun terapung-apung di udara atau ada di atas mana-mana permukaan selama 2 jam.
Virus ini boleh dipindahkan kepada orang lain 4 hari lebih awal sebelum pesakit mengalami gejala pertama atau 4 hari selepas ruam muncul. Jika berlaku wabak, demam campak boleh menyebabkan banyak kematian, khususnya di kalangan kanak-kanak kecil dan tidak cukup zat.
Di negara yang dapat mengatasi penyakit ini, kes demam campak biasanya kes ‘import‘ iaitu dibawa oleh penduduk negara lain yang menjadi punca jangkitan di sana.
Sesetengah kajian menunjukkan vaksin ini hanya boleh memberi perlindungan kepada individu yang mudah dijangkiti jika vaksin itu diberi 72 jam selepas terdedah kepada jangkitan.
Komplikasi
Antara komplikasi yang dialami pesakit akibat demam campak ialah:
* Cirit-birit
* Jangkitan telinga
* Pneumonia (radang paru-paru)
* Keradangan otak
* Sawan
* Kematian
Kira-kira 20% daripada kes demam campak yang dilaporkan mempunyai satu atau lebih komplikasi. Komplikasi ini lebih lazim pada pesakit kanak-kanak berusia kurang dari 5 tahun atau orang dewasa melebihi 20 tahun.
Ia menyebabkan jangkitan telinga pada satu daripada 10 kanak-kanak yang menghidap demam campak. Satu daripada 20 kanak-kanak yang demam campak mengalami radang paru-paru dan satu daripada 1,000 kes mengalami keradangan otak.
Keradangan otak ini boleh menyebabkan sawan dan kanak-kanak boleh menjadi pekak atau terencat akal. Lebih menyedihkan, satu atau dua daripada 1,000 kanak-kanak yang mengalami demam campak meninggal dunia.
Rawatan
Komplikasi serius boleh dielak melalui penjagaan rapi dengan mendapat makanan berzat, cukup air dan rawatan dehidrasi (bagi menggantikan cecair serta garam galian yang hilang daripada cirit-birit dan muntah).
Doktor akan memberi antibiotik untuk merawat jangkitan mata, telinga dan paru-paru — yang mesti dihabiskan semuanya.
Pencegahan
Demam campak boleh dicegah dengan suntikan vaksin kepada kanak-kanak, terutama di negara yang banyak kes dan tinggi kadar kematian akibat penyakit ini.
Vaksinasi kanak-kanak menjadi kunci kesihatan masyarakat kerana ia secara tidak langsung boleh mengurangkan kematian kanak-kanak dan orang dewasa. Vaksin campak adalah murah, selamat dan berkesan.
Ada ibu bapa bimbang apabila tercetus kontroversi kononnya vaksin MMR (campak, beguk dan rubela) boleh menyebabkan masalah autisme pada kanak-kanak.
Sebenarnya ia tiada kaitan langsung. Kajian di United Kingdom mengesahkan, virus atau tahap antibodi campak yang dikesan pada kanak-kanak autisme dan normal (kumpulan kawalan) tidak berbeza, sama ada mereka mendapat satu atau dua dos vaksin MMR.
Jadi jangan perjudikan kesihatan anak anda hanya kerana kebimbangan tidak berasas ini.
Campak biasanya sembuh dalam masa 10 hingga 14 hari. Bagi sesetengah pesakit, keadaannya boleh menjadi serius tetapi kebanyakan orang akan pulih sepenuhnya.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Hampir 78 Ribu Pasangan Failkan Perceraian Sejak Pandemik Bermula Tahun Lalu
Pelbagai dugaan dan cabaran yang harus kita semua tempuhi sejak bermulanya pandemik COVID-19 pada tahun lalu. Selain menyaksikan ramai rakyat Malaysia kehilagan nyawa akibat wabak ini, ribuan dilaporkan telah kehilangan pekerjaan.
Masalah kesihatan mental juga telah meningkat berkali ganda sehingga kes bunuh diri sentiasa menjadi tajuk-tajuk akhbar. Berdepan cabaran ini juga tidak mudah buat ramai pasangan yang mula mendapati mereka tidak sehaluan.
Pada sidang Dewan Rakyat, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri mendedahkan kira-kira 78,000 kes perceraian telah direkodkan di seluruh negara sejak bermulanya pandemik COVID-19 pada tahun lalu.
Jelas beliau, sebanyak 10.346 kes perceraian melibatkan pasangan bukan beragama Islam manakala 66,440 kes pula melibatkan pasangan beragama Islam di antara bulan Mac tahun lalu dan Ogos tahun ini.
Kes perceraian di kalangan pasangan beragama Islam paling tinggi dicatatkan di Johor dengan 7,558 dan diikuti oleh Kedah (5,985) dan Kelantan (5,082). Manakala kes perceraian pasangan bukan beragama Islam paling tinggi pula dicatatkan di negeri Selangor sebanyak 3,160 kes dan diikuti Kuala Lumpur (2,893) dan Perak (1,209).
BERI TEKANAN KEPADA PASANGAN
Perdana Menteri turut ambil maklum bahawa kesan pandemik dan juga Perintah Kawalan Pergerakan telah sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada pasangan yang sudah berkahwin serta institusi keluarga.
“Kehidupan di bawah norma baharu telah memberikan impak terhadap aspek kehidupan terutamanya isntitusi kekeluargaan,” jelas Datuk Ismail Sabri pada Sidang Dewan Rakyat hari ini.
Berikutan pencerahan kondisi ini, beliau berkata Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) teah menjalankan tinjauan bermula di antara 5 Mac lalu untuk mengkaji impak pandemik terhadap pasangan yang sudah berkahwin.
Tinjauan tersebut menyaksikan seramai 1,148 pasangan berkahwin yang mempunyai cahaya mata berusia di antara tujuh hingga 24 tahun.
Jelasnya, menerusi tinjauan tersebut mereka mendapat 80% ibu bapa tersebut berdepan dengan masalah ekonomi dan tekanan mental berikutan gelombang ketiga wabak ini pada awal tahun lalu. Manakala 28% lagi berdepan masalah ekonomi yang semakin teruk berbanding Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelumnya.
Manakala 63% daripada mereka juga mengakui berdepan masalah kemurungan. Masalah tekanan menyaksikan 20% daripada ibu bapa tersebut mengakui semakin sukar mengawal kemarahan mereka.
Ia dikuti dengan masalah sukar tidur, sakit kepala dan juga sakit perut. Namun terdapat perkara positif yang ditemui dengan mendapati kira-kira 96.1% ibu bapa bersetuju mendapatkan vaksinasi bersama keluarga masing-masing demi mendapatkan imuniti kelompok negara.
Perdana Menteri turut memberi jaminan bahawa usaha berterusan akan diambol untuk membantu mana-mana pihak yang terkesan dengan inisiatf yang kompreshensif.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI