Bergelak ketawa sambil melayari kehidupan dengan keriangan sememangnya menjadi satu kebiasaan yang harus dipraktikkan. Apabila kita gembira, tandanya kita bahagia. Namun, jangan terkejut jika sekiranya kegembiraan yang ‘terlampau’ sebenarnya mampu membunuh secara mendadak yang punya kaitannya dengan sistem jantung anda.
KENALI SINDROM L.Q.T
Apa itu sindrom L.Q.T? Buat pengetahuan pembaca, sindrom ini merupakan satu kondisi ganguan irama elektrik jantung yang berpotensi untuk menyebabkan degupan jantung berdegup laju, kencang dan pesat. Malah, degupan jantung yang kejang boleh menyebabkan anda sukar bernafas. Keadaan ini boleh menyebabkan pitam secara tiba-tiba, pengsan mahupun kematian yang mendadak. Jantung berdetik sekitar 100,000 kali sehari bagi mengedarkan darah ke seluruh tubuh.
Istilah ‘Q.T’ merujuk kepada corak abnormal yang dilihat pada EKG (elektrokardiogram) dimana ia merupakan satu proses atau ujian yang mengesan dan merekodkan aktiviti elektrik jantung.
Dengan setiap degupan jantung, isyarat elektrik merebak dari bahagian atas jantung hingga ke bawah. Data dari EKG dipetakan pada graf supaya doktor anda boleh mengkaji aktiviti elektrik jantung anda.
MATI MENDADAK AKIBAT KETAWA
1_ Berdasarkan pemerhatian Dr Ananya Mandal, MD, ‘ mereka yang memiliki sindrom QT diperolehi daripada genetik keluarga. Kadangkala mereka tidak sedar yang mereka menghidapnya. Namun, aktiviti seharian kita juga boleh menyumbang kepada sindrom ini
.
2_ Selain dari tu, kebiasaan penyebab kepada kadar dengupan jantung berdetik deras adalah akibat kegiatan yang melibatkan fisik atau kegembiraan yang terlampau emosional.
3_ Contohnya, apabila kita ketawa terbahak-bahak sehingga tidak berhenti-henti. Ini juga boleh menyebakan degupan jantung berdenyut deras sehingga otak tidak mampu untuk menerima bekalan darah yang mencukupi. Ini yang menyebabkan otot jantung kejang dan boleh menyebabkan kematian yang mendadak, walaupun pada golongan yang berusia muda.
CONTOH KES: ALEX MITCHELL MATI KETAWA
1_ Pada 24 Mac 1975, seorang lelaki yang bernama Alex Mitchell didapati tumbang, pitam dan seterusnya mati selepas ketawa terbahak-bahak ketika menonton sebuah episod dari rancangan komedi Britain berjudul ‘Goodies’.
2_Pakar kardiologi ketika itu mengesahkan Alex Mitchell mengalami gangguan irama jantung yang jarang berlaku (pada ketika itu) iaitu sindrom Q.T. yang menyebabkan serangan jantung yang dicetuskan oleh keghairahan, pengerahan tenaga serta kemuncak hormon adrenalin akibat ketawa.
3_Isteri Alex memaklumkan, ‘Alex ketawa selama 25 minit tanpa henti ketika menonton episod ‘Kung Ku Kapers’ dari rancangan ‘Goodies’. Isteri Alex turut menghantar surat penghargaan kerana mengembirakan hati suaminya di saat-saat akhir hidupnya.
GEJALA
Berikutan dengan kondisi sindrom ini yang didapati ada pada seseorang tanpa mudah untuk disedari, ada gejala yang boleh anda amati tanda-tandanya seperti:
1_ Degup jantung makin deras
2_ Hampir hampir nak pengsan dan pitam
3_ Otot-otot kejang
4_ Badan berpeluh-peluh
5_ Mengah dan sukar untuk bernafas