Negara kita terletak di garisan khatulistiwa. Ia adalah garisan cuaca yang orang ramai gelarkan cuaca tropika.
Di mana tiada musim sejuk dan mempunyai cuaca yang panas tetapi lembab hingga buat kita mudah berpeluh.
Negara kita tidak terlalu panas sepertimana negara di timur tengah, namun bila menjelang waktu tengahari kita pasti akan berasa panas yang teramat.
Apabila berjalan kita mudah berpeluh dan mula membasahi diri.
Jika peluh sahaja yang keluar itu tidak mengapa. Lebih parah lagi, bila bau badan naik sebab terlalu banyak berpeluh.
BACA: Cara Buat Teh Hijau Untuk Hilangkan Bau Badan & Ratakan Perut, Hanya Guna 3 Bahan!
Jadi, melalui perkongsian ini, MASKULIN beri panduan bagaimana nak mengawalnya.
Jangan tak tahu, ada yang berani keluar rumah pada waktu pagi tidak mandi. Habit seperti ini patut dielakkan untuk pastikan badan sentiasa segar dan bersih. Selepas mandi, pastikan setiap pelusuk badan dikeringkan secara rapi terutamanya di bahagian celahan serta lipatan badan. Jika ada tempat yang tidak kering, maka bankteria akan mula bersarang dan membuatkan badan anda berbau bila peluh mula membasahi.
Makanan juga menyumbang kepada bau badan. Salah satunya adalah bau bawang. Ia memang menyedapkan makanan tetapi jika diambil secara berlebihan, bau badan anda yng akan jadi mangsa. Perbanyakkan makan sayuran serta buah-buahan untuk pastikan badan anda terima nutrisi yang baik.
BACA: 8 Fakta Tentang Bau Badan Lelaki Yang Boleh Buat Wanita Jadi Tak Keruan
Di badan, antara tempat yang tidak sepatutnya kita biarkan ia tumbuh adalah di bahagian ketiak. Ketiak adalah tempat utama bermulanya bau badan. Jika anda membiarkan bulu ketiak tumbuh melata, lagi cepat untuk bau badan naik. Solusi paling mudah adalah cukur sahaja bulu tersebut.
Terdapat banyak jenis material baju yang dijual di pasaran. Ada jenis poliester, rayon dan juga kain kapas. Di Malaysia, kita tidak sesuai untuk menyarungkan jumper shirt sepanjang masa kerana ia direka khas untuk pakaian musim sejuk dan materialnya agak tebal. Alternatif paling mudah adalah dengan memakai baju daripada material nipis dan jenis pakaian yang diperbuat daripada kain kapas. Ia amat efektif dalam menyerap peluh.
Apabila menyembur minyak wangi pada badan, anda kena pastikan agar ia disembur di tempat yang betul seperti leher, siku, dan pergelangan tangan. Selain itu, anda juga kena sapukan body cologne yang sesuai dengan badan. Pastikan anda selalu menyemaknya di pasaran kerana tidak semua orang mempunyai toleransi body cologne yang sama.