KTMB Guna Helmet Pengesan Suhu Bak ‘Robocop’ Di Stesen & Tren

Share

Bermula esok beberapa lokasi strathegik negara akan berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Bermula tengah malam ini Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor akan melalui PKPB sehingga 27 Oktober 2020. Usaha menbendung penularan gelombang baharu perlu dilakukan dengan segera. Antara yang aktif ialah KTM Berhad (KTMB) yang memperkenalkan teknologi moden bagi pengimbasan suhu.

Seperti mana yang kita tahun KTMB merupakan antara salah sebuah operator pengangkutan awam yang terbesar di negara terutamanya di Lembah Klang. Setiap hari ribuan penumpang melakukan perjalanan dengan menggunakan perkhidmatan mereka. Secara tidak langsung ia menjadi salah satu hotspot yang perlu mengikuti prosedur operasi standard yang ketat (SOP).

Antara SOP yang dilaksanakan ialah sanitasi tren, penyediaan bahan pencuci tangan dan juga pengimbas suhu. Namun ada satu pembaharuan yang diperkenalkan oleh KTMB yang menarik perhatian ramai.

MENGESAN INDIVIDU BERGEJALA

Menerusi perkongsian di Facebook, KTMB memaparkan bagaimana anggota Polis Bantuan (PB) melakukan rondaan dengan menggunakan helmet pengimbas suhu.

Penggunaan helmet ini oleh PB yang melakukan rondaan dari semasa ke semasa boleh mengesan penumpang yang bergejala dan bersuhu tinggi. Inovasi hebat yang diaplikasikan oleh KTMB untuk kakitangan PB sememangnya satu langkah yangh boleh kita semua puji.

Malah, warganet turut tertarik dengan penggunaan teknologi moden. Ada yang mengatakan anggota PB bertugas memakai helmet tersebut tidak ubah nampak seperti karakter RoboCop.

Ini merupakan kali pertama KTMB memperkenalkan helmet ini untuk kegunaan rondaan di dalam stesen dan juga tren. Penggunaannya dilaporkan bermula pada hari ini.

Selamat menjalankan tugas buat anggota PB yang merupakan frontliners negara. Jasa anda pasti negara tercinta ini akan kenang sampai bila-bila!

Buat anda yang ingin mencari alat pengimbas suhu untuk kegunaan peribadi, boleh dapatkannya di sini.

Kredit: KTMB

Published by
Farizul Izwany Ibrahim