Bermula esok beberapa lokasi strathegik negara akan berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Bermula tengah malam ini Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor akan melalui PKPB sehingga 27 Oktober 2020. Usaha menbendung penularan gelombang baharu perlu dilakukan dengan segera. Antara yang aktif ialah KTM Berhad (KTMB) yang memperkenalkan teknologi moden bagi pengimbasan suhu.
Seperti mana yang kita tahun KTMB merupakan antara salah sebuah operator pengangkutan awam yang terbesar di negara terutamanya di Lembah Klang. Setiap hari ribuan penumpang melakukan perjalanan dengan menggunakan perkhidmatan mereka. Secara tidak langsung ia menjadi salah satu hotspot yang perlu mengikuti prosedur operasi standard yang ketat (SOP).
Antara SOP yang dilaksanakan ialah sanitasi tren, penyediaan bahan pencuci tangan dan juga pengimbas suhu. Namun ada satu pembaharuan yang diperkenalkan oleh KTMB yang menarik perhatian ramai.
MENGESAN INDIVIDU BERGEJALA
Menerusi perkongsian di Facebook, KTMB memaparkan bagaimana anggota Polis Bantuan (PB) melakukan rondaan dengan menggunakan helmet pengimbas suhu.
Penggunaan helmet ini oleh PB yang melakukan rondaan dari semasa ke semasa boleh mengesan penumpang yang bergejala dan bersuhu tinggi. Inovasi hebat yang diaplikasikan oleh KTMB untuk kakitangan PB sememangnya satu langkah yangh boleh kita semua puji.
Malah, warganet turut tertarik dengan penggunaan teknologi moden. Ada yang mengatakan anggota PB bertugas memakai helmet tersebut tidak ubah nampak seperti karakter RoboCop.
Ini merupakan kali pertama KTMB memperkenalkan helmet ini untuk kegunaan rondaan di dalam stesen dan juga tren. Penggunaannya dilaporkan bermula pada hari ini.
Selamat menjalankan tugas buat anggota PB yang merupakan frontliners negara. Jasa anda pasti negara tercinta ini akan kenang sampai bila-bila!
Buat anda yang ingin mencari alat pengimbas suhu untuk kegunaan peribadi, boleh dapatkannya di sini.
Kredit: KTMB
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
DYXY Cosmetics Terus Optimis_Shah Hafiz
DYXY IS MORE THAN JUST A MAKEUP
Kejayaan itu adalah proses membina dan mempersiapkan diri untuk mencapai satu matlamat. Membina sebuah empayar pula adalah satu perjalanan membina kekuatan dalam menambah pengetahuan yang tak pernah habis dan tiada noktah. Sama ada tercapai mahupun tidak, ia bukan lagi jadi keutamaan, sebaliknya perjalanan itu harus dinikmati demi perubahan yang kian mencabar, rasai setiap kepuasan dan keseronokan itu dengan sebaiknya.
Demi merealisasikan impian untuk kekal cantik, ada yang sanggup berhabis wang sehingga beribu-ribu ringgit setiap bulan khusus untuk membeli produk-produk kecantikan. Makanya kuasa beli wanita itu cukup besar dilihat di dalam arus caturan perniagaan. Dari kesedaran itu, DYXY, sebuah jenama produk kosmetik baru keluaran bumiputera terus mengorak langkah demi memenuhi kehendak pengguna mereka yang sememangnya ingin tampil cantik, sempurna dan yakin setiap hari.
ATURAN KEHIDUPAN
“Masa lalu anda tidak sama dengan masa depan anda.”
Mungkin sudah tertulis suratan dalam kitab kehidupan, fasa kejatuhannya membuatkan figura besi ini terbang tinggi seperti hari ini. Tersusun ribuan liku kepayahan yang harus ditempuh demi meraih manisnya kejayaan. Kini tular di media sosial, produk kosmetik DYXY mampu mengubah tekstur wajah pengguna menjadi lebih sempurna tanpa sebarang editing di telefon pintar. Mahu mengenali lebih dekat pengasasnya, Maskulin bersama Shah Hafiz Borhannuddin, 31 tahun atau lebih dikenali sebagi Shah Hafiz, berkongsi ceritera hidupnya, membangun sebagai anak peniaga dan kini menjadi usahawan kosmetik yang semakin disegani.
Dia yang satu ketika dahulu pernah dihimpit kepayahan hidup benar-benar mengajar dirinya untuk lebih menghargai kejayaan. Shah Hafiz, sangat optimis dengan produk kecantikan kosmetik DYXY yang dilihat sebagai anak sulungnya yang wajar diberikan tumpuan.
“Mungkin orang tidak mengenali siapa saya lagi, saya juga terkejut kerana diberikan penghargaan sebesar ini untuk menghiasi kulit hadapan Maskulin edisi Mac 2018. Ini diibaratkan sebagai salah satu kejayaan peribadi yang tidak mungkin dapat saya lupakan. Membesar dalam keluarga kecil hanya ada ayah dan abang, kami dibesarkan dan diberi kasih sayang dengan cukup sempurna sekali, hinggalah saat kehilangan ibu tercinta sewaktu saya berusia dalam lingkungan belasan tahun. Sejak itu keluarga kami sedikit goyah, ditambah pula nasib ayah yang baru kehilangan kerja dan punca pencarian utama waktu itu.
KAMI SEKELUARGA HANYA TINGGAL DI FLAT LAMA YANG SANGAT SEMPIT DAN TIDAK SELESA. PALING TIDAK MUNGKIN DAPAT SAYA LUPAKAN, APABILA TIBA BULAN RAMADAN, KAMI SEKELUARGA MENGALAS PERUT HANYA DENGAN MENIKMATI JUADAH SARDIN YANG DIPELBAGAIKAN. SAHUR DAN BERBUKA, ITULAH MENU KAMI. JIKA BOSAN, KAMI SINGGAH KE MASJID UNTUK MERASAI SUATU YANG BERBEZA UNTUK MENGALAS PERUT KAMI.”
“Disebabkan tiada peluang menyambung pengajian ke peringkat tinggi, saya mula berniaga sendiri, dari pasar malam sehinggalah perniagaan import eksport. Satu ketika apa yang direncanakan tidak berjalan lancar, habis musnah perniagaan waktu itu dan saya diisytiharkan bankrap pada usia 23 tahun. Hutang tidak perlu diceritakan, lebih ratusan ribu ringgit terpaksa saya langsaikan. Sedih, tidak ramai yang ingin membantu tika itu, hanya isteri dan keluarga tempat saya mengadu. Isteri berikan sokongan yang tidak terhingga sehinggalah satu ketika saya mendapat idea tatkala melihat isteri sibuk dengan alatan soleknya. Terdetik untuk saya memperkembangkan perniagaan berasaskan solekan.”
“Tidak mudah untuk saya yang bermula dari kosong semula untuk meraih kepercayaan, saya mengambil masa sekitar dua tahun untuk kembali pulih dari kemerosotan hidup. Isteri saya sangat membantu dalam usaha kami merealisasikan perniagaan kosmetik pertama kami. Akhirnya DYXY tercipta yang hanya bermula dengan satu BC Cream sahaja. Memulakan sejarah perniagaan kami di Wakaf Che Yeh Kelantan dengan bertemankan sebiji meja plastik menjadi saksi perjudian nasib terakhir perniagaan ini. Kenapa memilih Kelantan? Saya lihat ramai usahawan kosmetik berjaya banyak bermula dari negeri ini. Siapa sangka orang di sana sangat-sangat membantu dan begitu terbuka dalam menerima produk baru kami. Hanya dalam tempoh dua bulan produk kami semakin dikenali, meraih kepercayaan juga perhatian. Sejak itulah DYXY terus berkembang.”
“Bila berbicara mengenai produk berasaskan alat solek wanita, lelaki adalah agen paling mudah memahami dan mendekati pelanggan wanita. Berbeza gender inilah menjadi daya tarikan utama produk DYXY semakin dikenali. Simple, lelaki faham kehendak wanita dan kuasa beli wanita itu sangat besar, jadi mengapa perlu saya persiakannya. Kini isteri saya yang menguruskan perihal produk dan saya sepenuhnya menguruskan rancangan dan projek pembangunan produk DYXY untuk tempoh masa mendatang.”
DAPATKAN MAJALAH MASKULIN EDISI MAC 2018, KINI DI PASARAN!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Para Suami Wajib Ada 4 Mindset Ini, Kalau Nak Isteri Happy Dan Rumah Tangga Bahagia
Tips bahagia dan happy dalam rumah tangga memang selalu kita dengar, samada di media cetak atau elektronik. Ramai juga pakar motivasi memberikan petua dan cara tersendiri, namun masih lagi ramai yang merasakan tidak bahagia.
Kehidupan rumah-tangga bukan semata-mata satu tuntutan atau Sunnah Rasulullah S.A.W, malah ia adalah merupakan satu medan untuk kita belajar lebih menghargai dan mensyukuri nikmat dari Allah.
Jadi mari ambil ikhtibar dari perkongsian saudara Ehsan Halim seorang lelaki tentang mindset yang perlu ada pada setiap suami agar hubungan rumah tangga menjadi harmoni.
” Kadangkala isteri saya minta izin nak pergi beli barang dapur di pasaraya
Saya kata wasap sahaja list nanti saya keluar belikan. Lagi senang. Dia tak letih.
Tapi tidak lama kemudian, saya fikir balik. Saya izinkan dia keluar pergi beli barang sendiri.
Maka keluarlah dia dengan anak sulung bersama. Tolak troli pasaraya beli barang. Anak yang nombor dua saya jaga di rumah.
Tidak berapa lama kemudian dia balik dengan wajah senyum sampai telinga. Bawa balik barang-barang dapur yang memang saya biasa beli. Bawang , biskut, telur dan lain-lain.
Katanya, seronok dapat keluar beli-beli barang. Dapat tolak troli dalam pasaraya tu hilangkan stress.”
******
Begitulah isteri kita para suami sekalian. Kadangkala kita kena raikan sifat mereka ini. Jadi isteri dengan anak-anak yang masih kecil sungguh meletihkan. Letih fizikal dan mental serta emosi.
Maka kitalah para suami kena sentiasa menyokong. Kalau kita balik rumah asyik mengadap handphone dan laptop sahaja lepas tu berfikiran kerja rumah dan anak ini kerja isteri kita, itu sangatlah silap.
Letih macam mana pun kita kerja di pejabat, tak akan sama letih isteri kita mengurus anak-anak kecil di rumah. Tu belum termasuk nak basuh baju, memasak, sapu sampah dan lain-lain lagi.
Pernah saya jaga 2 orang anak(seorang umur dekat dua tahun dan seorang lagi 3 bulan) di rumah. Isteri kena ke sekolah. Balik tengahari. Penat dia tak terkata la. Sorang nak susu, sorang nak kena mandikan, nak makan la, nak dukung la. Exausted!
Maka begitulah isteri kita hadapi. Jadi kalau kita para suami jenis tak buat kerja rumah di rumah. Tak suka bagi ruang pada isteri untuk dia raikan diri dia. Anda jangan pelik jika isteri anda berperangai kasar dengan anda. Sebab dia ibarat gunung berapi yang nak meletup. Stress dan serabut dia tu ditahan-tahan.
So para suami anda kena letak mindset ni:
1. Sepenat mana kerja kita dia pejabat. Takkan dapat lawan penat isteri mengurus anak-anak dan rumah. Sebab mereka tiada office hour macam kita.Mereka kerja every hour.
2. Kena bagi ‘me time’ untuk isteri kita. Sekali sekala bawa gi shopping. Biar dia je beli barang dapur. Kita bagi duit.
3. Tiada istilah tolong isteri buat kerja rumah. Tapi yang betul adalah memang kita ‘sedang buat kerja kita’.kita basuh pinggan mangkuk tu sebab memang kita dah guna untuk makan. Kita basuh dan sidai baju sebab memang kita yang pakai baju tu. Kita urus anak sebab tu anak kita.
4.Isteri kita buka robot. Jadi banyakkan komunikasi dengan dia. Tidak perlu bagi cadangan penyelesaian sangat pun apa yang mereka cakapkan. Cukup jadi pendengar tanda kita prihatin dan sokong dia.
Sekadar perkongsian. Saya pun sedang belajar-belajar jadi suami mithali. Banyak juga silap. Semoga bermanfaat.
Diceritakan Oleh: Ehsan Halim
Sumber : Fb Viral Media Johor
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
12 Benda Ni Korang Patut Tahu Tentang Kereta, Agar Tidak ‘Dicekik’ Harga Bila Rosak
Apabila kereta rosak, mulalah kita menyalahkan jenama kereta tersebut. Tak baguslah, kualiti rendahlah. Hakikatnya, daya tahan sesebuah kereta itu bergantung kepada cara kita menjaganya dan bukan disebabkan kualiti semata-mata.Tambahan pula, bila di hantar ke bangkel macam-macam benda yang di suro tukar walaupun tak perlu sebenarnya.
Nah 22 tip yang di kongsikan oleh oleh page Prowheels M Sdn Bhd.
1. MINYAK HITAM
Minyak hitam jenis bukan sintetik perlu ditukar pada setiap 5,000km perjalanan ataupun selama tiga bulan. Kalau minyak digunakan jenis sintetik, waktu penukaran adalah di antara 7,500km hingga 10,000km.
2. PENAPIS MINYAK (OIL FILTER)
Oil Filter biasa perlu ditukar selepas 5,000km manakala oil filter sintetik ditukar apabila menjangkau 10,000km. Biasanya bila menukar minyak enjin, korang disyorkan juga tukar oil filter.
3. SPARK PLUG
Jadual penukaran spark plug tidak sekerap minyak hitam. Kalau ikut buku selenggaraan kereta, ia ditukar selepas 20,000km perjalanan. Tetapi, jika tidak ditukar ketika 30,000 atau 40,000km pun tidak menjadi masalah. Cuma, jika melebihi 40,000km electrode spark plug akan menipis maka spark plug perlu ditukar segera. Harga untuk empat biji spark plug biasanya di antara RM20 hingga RM25.
4. BATERI KERETA
Hayat bateri kereta korang bergantung kepada cara penggunaan. Kalau pakai bateri jenis ‘free maintenance,’korang tidak perlu isi air bila air bateri berkurangan. Tetapi harganya mahal sedikit daripada bateri biasa. Kalau bateri biasa yang selalu anda jaga dengan mengisi, ianya mampu bertahan sehingga dua tahun. kalau asyik lupa isi air sehingga menjadi kering, tak sampai enam bulan pun bateri boleh rosak. Tip beli bateri: Bateri kereta pun ada yang cetak rompak. jadi, berhati-hati. Nak selamat, beli jenama yang boleh dipercayai seperti Bosch atau Century.
5. TIMING BELT
Jadual penukaran timing belt berlainan mengikut jenis kereta. Kereta Waja biasanya boleh bertahan sehingga 90,000km sementara Honda CRV pula sehingga 160,000km.
Jadi, korang hanya perlu menukar timing beltmengikut kenderaan yang korang pandu. Ramai yang tersilap-60,000km dah tukar sedangkan timing belt keretanya masih elok lagi.
6. AIR FILTER
Perlu ditukar setiap 20,000km.
7. ATF (Automatic Transmission Fluid)
Minyak ini sangat penting bagi kereta jenis AUTO. Dalam buku manual tertulis ia ditukar bila mencapai 20,000km. tetapi nak anjak kepada 30,000 pun tidak mengapa asalkan jangan lebih daripada itu. Pastikan jangan melebihi 30,000 tanpa ditukar kerana ia boleh menyebabkan kerosakan kepada auto gearbox yang bakal memerlukan belanja lebih besar.
8. GEAR OIL (KERETA MANUAL)
Minyak gear ini untuk anda yang pakai kereta manual (Tak perlu ATF). Ia boleh ditukar setiap 60,000km perjalanan.
9. BRAKE FLUID & POWER STEERING FLUID
Kalau rajin dan ada duit lebih sikit, tukar fluid baru setiap 60,000km.
10. RADIATOR COOLANT
Botol dengan cecair bewarna hijau. Sesuai ditukar coolant setiap 60,000km perjalanan. Kalau air radiator bewaarna jernih, guna air paip tak berapa bagus. jadi, gunakan coolant kerana ia akan memudahkan enjin untuk cepat panas dan tak mudah mendidih.
11. MINYAK GEAR
Kalau kereta manual, setiap 40,000km atau kurang 5 tahun, bolehlah tukar minyak gear ini. Juga boleh ditukar apabila saat menukar gear rasanya seperti agak ketat. Untuk kereta auto, minyak gear ATF perlu ditukar setiap 20,000km perjalanan.
12. WATER PUMP
Elok dibuat sekaligus apabila menukar timing belt buat kali kedua. Contohnya, anda menukar timing bel pertama kali pada 80,000km, kemudian pada 160,000km, bila nak buat tukar sekali water pump kerana untuk tukar water pump, timing belt perlu dibuka dahulu. Kebaikan melakukan kedua-dua perkara ini sekaligus ialah anda tidak akan dikenakan caj tambahan. Kira ‘satu harga’ sahaja.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI