Kronologi Apa Yang Berlaku Dalam Badan Selepas Sejam Mengambil Minuman Berkarbonat

Share

Sebut sahaja tentang minuman bergas atau berkarbonat, pastinya ia tak dapat lari daripada kehidupan moden kita pada hari ini.

Ke mana-mana sahaja kita pergi pasti akan ketemui air gas yang terdapat di restoran makanan segera, restoran biasa, hotel mewah, stesen minyak mahu pun kedai runcit.

Ia kini sudah jadi sebagai satu budaya pemakanan yang sudah sebati dengan kehidupan seharian kita. Cuma ia bergantung kepada kita sahaja untuk mengawal pengambilan air yang banyak memberikan mudarat kepada kesihatan.

Perkara paling utama tentang air gas pastinya kandungan gula yang terlampau tinggi. Bila kita bercakap tentang makanan atau minuman mengandungi gula yang tinggi ia secara langsung dikaitkan dengan pelbagai penyakit.

Tapi tahukah anda apa yang berlaku dalam badan selepas meminum minuman berkarbonat ini?

SELEPAS 10 MINIT

Anda baru sahaja lepas makan atau mungkin anda ingin hilangkan dahaga. Lalu air gas menjadi pilihan untuk penuhi hasrat itu. Untuk 10 minit pertama kira-kira 10 sudu kecil gula masuk sistem badan. Ini adalah jumlah melebihi 100% dari yang disyorkan.

SELEPAS 20 MINIT

Kandungan gula dalam darah meningkat mendadak lalu menyebabkan pemecahan insulin. Hati akan menghantar isyarat terhadap hasil ini dengan menukarkan gula kepada lemak.

Bagi haiwan, atau tikus makmal, fruktos sampai ke hati dalam kuantiti yang mencukupi dengan kelajuan yang mencukupi, dan hati akan menukarkannya kepada lemak. Ini mengasilkan situasi yang dipanggil rintangan insulin, iaitu masalah asas obesiti dan penyebab kepada penyakit jantung dan diabetes tahap 2. Ia juga boleh menjadi penyebab kepada banyak barah.

BACA: Ingin Sihat & Berat Badan Turun Cepat, Elak 9 Jenis Makanan & Minuman Ini

SELEPAS 40 MINIT

Kira-kira 40 minit selepas anda mengambilnya penyerapan kafein sudah tamat. Anak mata anda menjadi besar dan tekanan darah meningkat sebagai respons kepada hati yang merembeskan kadar gula yang banyak ke saluran darah.

Reseptor adenosin dalam otak pula disekat untuk mengelakkan rasa mengantuk. Lima minit selepas tempoh ini badan akan rangsang rasa seronok kerana dopamin telah dihasilkan.

SELEPAS SEJAM

Jadi apa yang berlaku selepas sejam anda meminumnya? Asid fosforik mengikat kalsium, magnesium dan zink dalam usus yang meningkatkan metabolisma anda. Perkara ini akan lebih buruk dengan kandungan gula yang tinggi.

Kandungan pemanis buatan juga meningkatkan perkumuhan kalsium. Ciri-ciri diuretik kafein mula memainkan peranan yang membuatkan anda kencing. Ia akan memastikan anda membuang kalsium, magnesium dan zink yang sedang menuju ke tulang anda.

Apabila rasa seronok dan “rush” dalam badan anda berkurangan, anda akan mula mengalami apa yang dipanggil “sugar crash”. Anda mungkin akan mula rasa marah atau lembab. Anda juga mungkin akan kencing segala air yang terdapat dalam air berkarbonat itu tadi.

Published by
Farizul Izwany