‘Apa yang membelenggu fikiran manusia hari ini? Masa hadapan yang tidak ketentuan, krisis dunia yang tidak berakhir, peperangan tanpa batasan, campur kuasa politik mengugat rakyat sejagat, menyebabkan beberapa implikasi pada dunia, juga ketamadunan manusia hampir musnah dek mengejar kepuasan diri.’

Pentas fesyen lelaki untuk musim Fall/Winter 2017 kali ini membincangkan segala krisis yang berlaku dengan mempersembahkan koleksi rekaan yang berbalik kepada asas. Lebih logik dan relevan dalam penghasilan reka bentuk pakaian, barisan pereka seakan melupakan seketika era rekaan yang glamor dan penuh warna-warni. Kali ini ia lebih bercerita mengenai hati mereka sendiri dan disampaikan dengan gaya artistik melalui penghasilan koleksi mereka.

KRISIS DUNIA DALAM PENTAS FESYEN LELAKI: SIGNIFIKASI GAYA LELAKI MODEN DALAM TREND SEMASA.

ELIT

Kesibukan wargakerja di Wall Street menganalisis saham, pengendali pemasaran mengerah idea di Leo Burnett serta kemegahan legasi Trump dalam mengemudi dunia perniagaan menjadi kunci utama barisan pereka menghasilkan rekaan ala business wear ini. Namun, dengan mencedok sedikit elemen moden, mewah persis normcore, workwear yang direka dalam pentas F/W 17 kali ini lebih berbeza dengan siluet kemeja yang lebih besar, jua pemakaian tali leher satin potongan lebih panjang juga berkonsepkan ala misteri dari segi keseluruhan penggayaan. Mungkin tampak sedikit tidak terurus / tidak formal, namun gaya ini adalah gambaran komuniti Wall Street pada hari ini, berbeza dari tahun 1985. Potongan seluar yang sedikit besar dan lebar juga antara percaturan dalam imej business class ini.

IKLAN

KRISIS DUNIA DALAM PENTAS FESYEN LELAKI: SIGNIFIKASI GAYA LELAKI MODEN DALAM TREND SEMASA.

NORMCORE – THE SPECIAL NORMAL

Gabungan perkataan ‘normal’ dan ‘hardcore’ ini membawa maksud menjadikan sesuatu yang biasa itu lebih eksklusif. Seiring peredaran dunia fesyen yang kianrancak, permintaan dari masyarakat khususnya yang tidak terlalu mementingkan gaya fesyen inginkan sesuatu yang simple, casual dan clean. Maka lahirlah konsep normcore ini dengan idea menggabungkan ceraian produk dan menjadi satu gaya yang lebih minimal namun tampak mahal. Bukan semua orang ingin kelihatan glamor setiap masa, dan normcore ini adalah idea trend terbaik untuk anda yang mahukan gaya santai tapi eksklusif. Apa yang penting, anda haruslah punya ilmu suai padan yang lebih ekstrem!

IKLAN

KRISIS DUNIA DALAM PENTAS FESYEN LELAKI: SIGNIFIKASI GAYA LELAKI MODEN DALAM TREND SEMASA.

IKLAN

MERAH

Merah kali ini bukanlah simbolik kepada percintaan. Malah lebih memfokuskan kepada elemen keberanian juga semangat tegar dalam diri setiap individu. Pastinya rona merah ini menjadi pilihan kaum Adam hari ini untuk tampil lebih berkeyakinan dan segak. Bukan itu sahaja, malah simbol kepada elegance juga dapat dilihat dari pemakaian warna merah ini. Bukankah rona merah ini pelengkap gaya yang terbaik untuk anda? Barisan pereka seperti Dior Homme dan Balenciaga antara yang mempertaruhkan rona merah sebagai elemen bonus dalam rekaan koleksi mereka.

KRISIS DUNIA DALAM PENTAS FESYEN LELAKI: SIGNIFIKASI GAYA LELAKI MODEN DALAM TREND SEMASA.

SENI DALAM REKA

Tidak lari elemen seni dalam rekaan yang menarik. Pentas F/W 17 kali ini menyaksikan barisan pereka memfokuskan corak seni dalam menjadikan ia sebagai elemen utama setiap helaian. Warna, simbol, corak geometri avant-garde, serta craftsmanship yang lebih teliti dan kemas antara penyebab utama konsep ini diterima ramai. Biarpun dilihat seperti hasil kerja pelajar, namun ia diadun dengan unsur eksklusif, sekaligus menjadikan ia cebisan idea yang mewah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI