Dalam perniagaan perkara paling penting sekali ialah kejujuran dan memenuhi janji yang termeterai sama ada menerusi kontrak bertulis atau lisan. Tanpa kepercayaan ini maka sesebuah perniagaan atau projek pasti tidak akan dapat dijalan dengan baik.
Ini terutamanya apabila melibatkan kos serta pengursan yang bernilai tinggi seperti bidang hartanah dan pembinaan. Apabila tidak ditunaikan mengikut perjanjian pastinya masalah akan timbul.
Itulah yang berlaku kepada seorang kontraktor atau pembina yang mengambil tindakan drastik akibat rasa tidak puas hatinya kepada pemaju. Sebuah video dari Jerman telah tular di atas talian menyasikan bagaimana seorang lelaki menggunakan jengkaut meruntuhkan sekurang-kurangnya tiga balkoni aparment.
Memetik laporan Daily Mail, rakaman video yang menyaksikan jengkaut berwarna hitam dan kuning tersebut dikendalikan oleh seorang kontraktor yang dikatakan berang akibat tidak dibayar oleh pemaju yang berhutang dengannya kira-kira £4.2 juta (RM24.7 juta).
Kejadian tersebut dirakamkan oleh orang awam yang tingga berdekatan dengan tapam projek apartmen tersebut di Blumberg di Selatan Jerman. Menurut laporan lagi, selepas melakukan perkara tersebut lelaki tersebut kemudiannya menyerahkan diri kepada pihak polis.
Agak bernasib baik kerana ketika kejadian tiada sesiapa pun berada di dalam mana-mana unit apartment yang dirosakkan dan tiada sebarang kecederaan yang berlaku.
Menurut saksi, kontraktor tersebut hanya berhenti melakukan perbuatan tersebut selepas mendapati hos hidraulik jengkaut telah rosak.
Perkara ini mungkin dapat dielakkan jika pemaju mengambil sikap lebih bertanggungjawab dan melunaskan pembayaran seperti yang dijanjikan.
Semoga kejadian ini menjadi mengajaran untuk kita semua.