Mungkin ramai yang tidak menyangka penyanyi lelaki yang tidak pernah gagal mengeluarkan satu demi satu lagu hit sejak bermula kariernya 17 tahun lalu tidak pernah menganjurkan konsert sulung.
Jadi tidak hairanlah penantian yang dinantikan selama ini oleh peminat Faizal Tahir pada Sabtu lalu membawa satu momen yang bukan sahaja menghiburkan tetapi memahat sejarah tersendiri.
Konsert ‘Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur’ diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) dengan cukup meriah. Penyanyi versatil yang telah mengharungi pelbagai onak ranjau dalam karier nyanyiannya telah menghadiahkan satu persembahan yang cukup bermakna buat peminatnya yang menantikan sekian lama konsert seperti ini.
Tepat 9 malam, figura penyanyi lengkap memakai baju dan seluar putih muncul di pentas yang disambut dengan tepukan yang cukup gemuruh. Tidak dinafikan tenaga yang dirasai di Dewan Merdeka pada malam tersebut memang menghadirkan ‘intimasi’ tersendiri.
Muncul dengan lagu hitnya, ‘Mahakarya Cinta’, Faizal Tahir membuka pentas dengan nyanyian yang seperti mana kita semua sedia maklum, cukup mantap!
Walaupun terdapat sedikti masalag teknikal selepas lagu tersebut namun ia tidaklah terlalu menjejaskan persembahan dan konsert. Penyanyi berusia 45 tahun tersebut kembali ke pentas dengan single terbarunya, ‘OK’ yang turut hadir dengan gimik taburan wang kertas dari siling Dewan Merdeka.
Persembahan kemudian diteruskan dengan beberap buah lagu popularnya seperti ‘Bencinta’, ‘Karma’, ‘Cuba’, ‘Hanyut’ dan ‘Assalamulaikum’.
Konsert Faizal Tahor pada malam itu menjadi lebih gamat apabila Datuk Seri Siti Nurhazliza yang hadir bersama suami Datuk Seri Mohd Khalid Mohd Jiwa dijemput secara spontan ke pentas untuk menyanyi berduet lagu mereka berdua bertajuk ‘Dirgayahu’.
Bukan itu sahaja, rakan seperjuangannya bersama-sama program ‘One In a Million’ dahulu, Alif Satar turut naik ke pentas secara spontan mennyanyikan bersama-sama lagu ‘Gemuruh’. Sepanjang konsert pada malam tersebut, Faizal Tahir menghiburkan peminat dan penonton dengan sebanyak 21 buah lagu.
Lagu-lagu popularnya yang lain seperti ‘Ragaman’, ‘Ratu’, ‘Malaysia’ dan ‘Sejati’ tidak ketinggalan disampaikan dengan penuh profesional. Persembahan pada malam tersebut diakhiri dengan dua buag lagu iaitu ‘Gemuruh’ dan juga single popular terbarunya yang kini sedang hangat diputarkan di merata tempat, ‘Santai’.
Tahniah MASKULIN ucapkan buat Faizal Tahir dan penganjut JioBuddy kerana penganjuran konsert yang cukup berjaya. Semoga selepas ini kita semua tidak perlu lagi menunggu selama 17 tahun untuk menyansikan konsert kedua dari Faizal Tahir.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI