Konsert Hujan X Masdo Hadiah Buat Peminat Indie

Bagaikan kembali ke masa lalu, Raingers dan Geng Betara Guru terpukau mendengar alunan tribut yang disajikan oleh Hujan melalui lagu Konflik Metropolis manakala Masdo pula memukau peminatnya dengan cover lagu Mawar Khayalan. Kedua-dua lagu tersebut amat terkenal suatu ketika dahulu yang mana pada asalnya dinyanyikan oleh Laila’s Lounge(Mawar Khayalan) dan Komplot (Konflik Metropolis).

Meskipun hujan ketika konsert sedang dijalankan, peminat tampil dengan semangat yang begitu mengujakan kerana tidak mahu terlepas dengan dua legend dalam muzik underground ini. Ini juga merupakan kolaborasi pertama serta konsert berskala besar buat kedua-dua kumpulan. Menampilkan persembahan hampir 30 lagu dalam masa dua jam dan hampir keemua lagu diselia dan dipantau oleh AG Coco yang juga pengarah muzik konsert ini.

Tujuan utama tribut ini disajikan adalah sebagai tanda penghargaan buat peminat muzik indie di sekitar awal tahun 2000 dan pada masa yang sama kedua-dua lagu tersebut merupakan antara lagu yang wajib pada ketika itu. Selain itu, gabungan kedua-dua kumpulan ini merupakan kali pertama dijalankan dalam skala yang besar dan berlangsung di MAEPS, Serdang pada 6 Oktober 2018.

Di antara segmen-segmen khas yang  dipaparkan adalah persembahan ‘mash-up’, ‘battle of the bands’ Hujan vs Masdo, set Disko  dan juga ‘strip down’. Tidak ketinggalan juga adalah persembahan lagu-lagu popular Hujan dan Masdo. Terdapat juga segmen tribut yang ditujukan khas buat dua kumpulan yang sama-sama berjuang di peringkat awal pembabitan mereka dalam dunia muzik ‘indie’ iaitu Laila’s Lounge & Komplot.

 

Laila’s Lounge diberi segmen tribut kerana di awal era muzik indie, lagu-lagu dari kumpulan ini menjadi lagu wajib buat penggerak muzik indie di sekitar awal tahun 2000 manakala Komplot pula merupakan antara kumpulan yang aktif dalam pergerakan muzik indie ketika itu. Tribut ini juga adalah untuk memberi penghormatan kepada vokalis Komplot yang sudah meninggal dunia iaitu Allahyarham Azrafe Zaky.

Ini antara gambar- gambar menarik sepanjang konsert berlangsung! Memang Terbaik!!!