
Sempena sambutan Jubli Emas Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 18 Mei lalu, Dr. Noor Hisham telah memuat naik di laman facebooknya beberapa keping gambar kenangan beliau ketika zaman pengajian di UKM bersama mentornya.
Selain menzahirkan rasa bangga menjadi sebahagian daripada alumni UKM yang merupakan antara universiti tertua di Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia itu juga turut merakamkan ucapan penghargaan buat mentornya.
Menurutnya sepanjang bergelar pelajar, beliau telah berjumpa dengan ramai individu hebat yang telah memberikannya inspirasi serta bimbingan kepadanya selama ini.
Dan salah seorang mentor beliau ialah Profesor Emeritus Dr Freda Andrea Meah yang menjadi tulang belakang kepada kejayaannya sepanjang melanjutkan pengajian.
Perkongsian beliau ini ternyata menarik perhatian warganet untuk mengucapkan perhargaan terima kasih kepadanya yang telah menjadi Hero Negara bersama barisan hadapan yang lain dalam menangani penularan wabak COVID-19, selain memuji kekacakan Dr Noor Hisham ketika zaman mudanya.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Terkenal Dengan Semangat Patriotisme, 10 Fakta Tentang Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud

Sebentar tadi Malaysia telah kehilangan seorang tokoh yang unggul dan amat disegani.
Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Mahmud bin Taib telah dilaporkan meninggal dunia pagi ini. Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 4.28 pagi di Hospital Cardiac Vaskular Sentral Kuala Lumpur.
Tidak dinafikan allahyarham merupakan tokoh yang berpengaruh dan disegani ramai. Beliau terkenal dengan semangat patriotisme dengan cuba menyingkirkan tembok tradisi dan taraf sosial dalam kalangan masyarakat Sarawak.
Ini kami rangulkan 10 fakta menarik tentang figura ini.
1. Berjaya mengurangkan kadar kemiskinan di Sarawak daripada kadar 70 peratus kepada serendah satu digit sahaja.Disebabkan itu, Allahyarham digelar sebagai Bapa Pembangunan dan Pemodenan Sarawak.
2. Memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak (kini dikenali sebagai Premier Sarawak) selama 33 tahun. 16 Mac 1981 hingga 28 Februari 2014.

3. Menekankan polisi politik pembangunan yang berpaksikan kesaksamaan bagi mewujudkan pembangunan dan kemakmuran Sarawak agar sebarang perbalahan politik, sama ada dalaman atau luaran diketepikan.
4. Membawa masuk kampus universiti-universiti Barat dan Australia ke Sarawak amat dititikberatkan oleh Abdul Taib. Inisiatif ini bagi merapatkan jurang ketidaksamaan.
5. Memperkenalkan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui (SCORE) yang bertujuan mempelbagaikan ekonomi masa hadapan Sarawak.
6. Dilahirkan di bandar Miri, Sarawak pada 21 Mei 1936 dengan berdarah bangsawan.

7. Cemerlang dalam bidang akademik kerana ditawarkan biasiswa Colombo Plan bagi melanjutkan pelajaran di menara gading dalam jurusan undang-undang di Universiti Adelaide Australia.
8. Menolak pelawaan berkerja sebagai hakim dan menjawat jawatan pendakwa raya di negeri tercinta Sarawak.
9. Melakar sejarah sebagai tokoh termuda dalam kancah politik Sarawak, pada 22 Julai 1963 beliau mengangkat sumpah sebagai seorang menteri.
10. Ketua Menteri paling lama berkhidmat dalam sejarah Sarawak.
Innalillahiwainnailaihirojiun…Semoga roh Tun Pehin Sri Haji Mahmud bin Taib dicucuri rahmatNYA.
Sumber : UKAS
Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat untuk anda semua. Jangan lupa untuk subscribe Telegram MASKULIN untuk update terkini!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Pemergian Aie Kartunis ‘Blues Untuk Aku’ Kehilangan Besar Industri Komik Tanah Air

Hari ini kita dikejutkan dengan berita pemergian seorang kartunis yang dianggap cukup legenda dalam industri komik dan seni tanah air. Kartunis Aie atau nama sebenarnya Saari Sulong telah dilaporkan menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 4 pagi hari ini akibat komplikasi buah pinggang.
Buat anda yang kini berusia 30-an hingga penghujung 40-an, nama Aie pasti sangat sinonim dalam kehidupan seharian sepanjang usia remaja. Siri komiknya yang sangat popular dan diterbitkan menerusi komik Ujang seperti ‘Blues Untuk Aku’ dan ‘Aku Hidup Dalam Blues’ menjadi kisah yang cukup sebati generasi tersebut.
Malah tidak keterlaluan untuk dikatakan watak utamanya, Sahak sangat dikenali ramai dan memberikan kesan cukup istimewa terutamanya di kalangan pembaca lelaki. Suara Sahak menjadi suara ramai pembaca yang berdepan pelbagai cabaran hidup.
Berita pemergian Aie turut dikongsi oleh rakan baiknya yang juga seorang lagi legenda kartunis tanah air, Ibrahim Anon atau Ujang menerusi laman Facebook kendaliannya.
“Innalillahiwainnailaihirrojiun. Mendapat perkhabaran duka….Kartunis Aie pelukis kerekter Abe meninggal dunia jam 4.00 pagi tadi di kediamannya di kampung sg.Manggis,Banting,selangor kerana komplikasi buah pinggang.Semoga rohnya di di cucuri rahmat dan di terima dalam golongan orang-orang yang di redhoi Allah.”

Memetik laman sesawang JenamaX, Aie dilahirkan di Kuala Lumpur pada Februari 1973. Beliau dibesarkan di Segamat dan Kluang, Johor sebelum menamatkan tingkatan 5 dekat Kuantan, Pahang.
Sepanjang 25 tahun penglibatannya dalam industri seni komik, Aie mempunyai pengalaman dan pemgaruh cukup besar dalam industri ini.
Beliau pernah bergelar sebagai kartunis, ilustrator, pelukis komik, pereka grafik, ketua studio, penolong ketua kartunis, ketua unit ilustrasi dan Pengarah Seni di beberapa syarikat penerbitan tanah air.
Selain Ujang, karya-karyanya juga pernah muncuk di beberapa majalah lain sepetri Jenakarama, Majalah Kartun Disney ‘Mickey” (edisi bahasa melayu), Starz, Utopia, G3, Jom, Boboi dan Gila-Gila.
Selain siri komik ‘Blues’, salah saty karyanya yang cukup memberikan kesan kepada pembaca ialah ‘Abe’. Karakter ini juga cukup ikonik kerana memaparkan kehidupan watak kanak-kanak kelainan upaya terencat akal yang menghadapi liku-liku cabaran hidup.
Jadi tidak hairanlah mengapa hari ini di laman media sosial ramai yang meratapi pemergiaan Allahyarham Aie. Karya-karyanya bukanlah sekadar bahan hiburan semata tetapi memberikan makna yang cukup istimewa kepada pembaca. Sesuatu yang sukar didapati pada hari ini.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Takziah MASKULIN ucapkan kepada seluruh ahli keluarga dan rakan-rakannya.
Al-fatihah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
2 Tahun Kumpul RM16.50, Bapa Akhirnya Mampu Belikan Anak Baju Baharu!

Kesungguhan seorang bapa yang juga merupakan pengemis berhempas-pulas mengumpul duit selama dua tahun untuk membeli baju baharu anaknya mendapat perhatian dunia.
Biar pun nilai baju tersebut cuma 300 taka (RM16.50) sahaja namun kisah menyayat hati sebuah keluarga dari Bangladesh itu meruntun jiwa ramai orang.
Baru-baru ini, kisah itu diceritakan menerusi sekeping gambar yang dikongsikan jurugambar, GMB Akash di Facebook dan ia mendapat lebih 69,000 reaksi serta 21,000 perkongsian.
Berikut adalah teks yang diolah semula oleh Amri Hassan :
“Semalam, saya berjaya beli sehelai baju baru untuk anak perempuan saya selepas dua tahun. Ketika saya menyerahkan 60 keping nota 5 taka kepada jurujual, dia menjerit ke arah saya bertanya sama ada saya ini seorang pengemis. Anak saya pegang tangan saya dan menangis mahu meninggalkan kedai itu sambil berkata dia tidak mahu membeli baju baru. Saya sapu air matanya dengan sebelah tangan.
“Ya, saya seorang pengemis. Sepuluh tahun lepas saya tak pernah menyangka akan meminta-minta duit dari orang. Satu malam bas terjatuh dari sebuah jambatan dan tidak sangka saya hidup. Saya masih hidup tetapi cacat. Anak lelaki bongsu saya selalu bertanya di mana saya tinggalkan tangan saya sebelah lagi. Anak perempuan saya, Sumaiya, pula selalu suapkan saya setiap hari dan berkata dia tahu betapa sukarnya buat kerja sebelah tangan.
“Selepas dua tahun (hari ini), anak perempuan saya memakai baju baru. Sebab itu saya bawa dia bermain sebentar. Mungkin saya tidak akan mendapat duit hari ni, tapi saya mahu bermain-main sebentar bersama anak kecil saya. Saya senyap-senyap meminjam telefon jiran tanpa memberitahu isteri saya. Anak perempuan saya tidak pernah bergambar dan saya mahu buat hari ini menjadi hari yang istimewa buatnya. Bila satu hari nanti saya mampu beli telefon, saya akan ambil banyak foto anak-anak saya. Saya mahu simpan semua kenangan manis.
“Sukar untuk menghantar anak saya ke sekolah, tapi saya sendiri yang mengajar mereka. Kadang-kadang mereka tidak boleh pergi mengambil ujian kerana mustahil untuk saya membayar yurannya. Ketika itu, saya akan memberitahu mereka; kadang-kadang kita boleh ponteng ujian.
“Sekarang saya akan pergi mengemis. Saya akan letakkan anak saya di satu tempat lain untuk dia menunggu saya. Saya akan tengok dia dari jauh ketika saya sedang mengemis. Saya rasa malu apabila dia melihat menadah tangan kepada orang lain. Tapi dia langsung tidak meninggalkan saya seorang diri. Kerana ada kereta-kereta besar dan khuatir kemalangan boleh berlaku dan melanggar saya hingga mati.
“Apabila saya mendapat sedikit duit, saya akan pulang ke rumah sambil memegang tangan anak saya. Kami akan pergi ke pasar dalam perjalanan rumah dan anak saya yang menolong untuk membawa beg saya. Ketika hujan, kami suka biarkan diri basah dan bercakap tentang impian kami.
“Jika tak dapat wang, saya akan pulang diam-diam. Hari itu saya rasa mahu mati tapi pada malamnya, apabila anak-anak saya tidur sambil memeluk saya, saya fikir hidup ni bukanlah teruk sangat. (Hidup) hanya teruk bila anak perempuan saya menunggu sambil tundukkan kepala dia ke bawah. Apabila saya tidak dapat lihat mata dia ketika mengemis.
“Tapi hari ni hari yang lain. Kerana hari ini anak perempuan saya sangat gembira. Hari ni bapanya bukan seorang pengemis. Hari ini, bapanya seorang raja dan ini adalah puterinya.
– MD. Kawsar Hossain
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI