Seorang lelaki mempunyai tanggungjawab yang luar biasa sukar jika mempunyai seorang isteri dan juga anak. Sebagai ketua keluarga, Dr. Say sedar dia perlu memainkan peranan sebagai seorang doktor, suami dan juga ayah dalam masa yang sama. Namun dalam ketiga-tiga peranan ini menjadi seorang ayah merupakan cabaran yang paling hebat buat dirinya.
“Saya sudah bergelar sebagai seorang doktor dan suami selama lima tahun. Itu sebelum kemunculan Ace dalam kehidupan kami. Lima tahun saya hanya hidup berdua bersama isteri tersayang, tiba-tiba muncul seorang anak yang menjadi penyeri hidup. Tidak dinafikan pada mulanya rasa ‘koyak’ juga sebab sebelum itu saya dan isteri sangat selesa hidup berdua.
“Setiap lelaki pasti akan hadapi perkara sama apabila pertama kali menjadi bapa. Tiada siapa yang boleh memberikan tunjuk ajar seratus peratus melainkan diri sendiri kena hadapi dan belajar.
“Jadi banyak perkara yang perlu saya hadamkan selepas kelahiran Ace. Dan walau banyak mana sekalipun tip yang dibaca tidak semua bayi mempunyai karakteristik dan perangai sama. Tidak semua tip menjadi pada semua bayi,” ujarnya yang sangat manja dengan anak lelaki kesayangan mereka.
Ads
Sepanjang sesi penggambaran juga penulis sempat menyaksikan momen-momen keakraban romantis di antara Dr. Say dan isterinya, Dr. Azura. Ada satu aura istimewa terserlah jelas terpancar di antara dua insan yang saling melengkapi hidup satu sama.
Kadangkala mereka tidak perlu berkomunikasi secara lisan. Cukup dengan sekadar gerak bahasa badan masing-masing usah mengerti apa yang mahu diperkatakan.
Ads
PERTEMUAN ROMANTIS
Berkongsi kisah pertemuaan dengan isterinya, suara Dr. Say berubah menjadi semakin ceria. Perkenalan mereka bermula ketika masing-masing bergelar sebagai pelajar perubatan.
“Sebelum terbang ke India untuk melanjutkan pelajaran saya berkenalan dengan Azura. Kami berdua merupakan pelajar perubatan yang melakukan persediaan. Saya di Kolej MARA Seremban manakala dia pula di MSU. Saya mula perasan akan kelibatnya ketika di MSU. Pada masa itu dia sangat cantik dan saya tidak fikir dia akan terpikat dengan saya.
Ads
“Kemudian selepas beberapa bulan di India ada seorang kawannya datang menemui saya dan mengatakan Azura ingin minta nombor telefon dan berminat untuk bertanyakan tentang gym dan tips work out.
“Dari situ kami mula berhubung. Kemudian keluar bersama-sama lalu bercinta dari tahun 2009 sehingga sekarang. Kami diijabkabulkan pada 30 Mac 2014,” tambahnya yang merupakan peminat Coldplay dan One Republis sama seperti isterinya.
Kehidupan rumahtangga mereka kini diserikan lagi dengan kelahiran Ace. Bercerita mengenai asal-usul nama gelaran anaknya, Dr. Say berkata, itu merupakan hasil idea daripada isterinya.
“Isteri saya mahu namakan anak kami dengan nama bermula dengan huruf ‘A’, sama seperti namanya. Dan dia juga mahu nama seakan-akan namanya juga dan dalam masa yang sama bunyinya sama ritma dengan nama saya. Jadi selepas puas fikir akhirnya kami dapat nama Aezril. Dan nama Ace itu pula datang dari singkatan nama depannya. Saya seperti saya, ‘Say’dari Shazril,” tambahnya lagi.
Ikuti temu bual eksklusif MASKULIN bersama Dr Say menerusi MASKULIN isu Januari 2020 di pasaran sekarang!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Legenda sukan basikal trek tanah air, Dato Muhammad Azizulhasni Bin Awang merupakan antara harapan negara untuk membawa pibgat di Sukan Olimpik yang sedang berlangsung di Tokyo, Jepun. Beliau yang turut diberi nama gelaran ‘The Pocket Rocketman’ cukup disegani ramai di kalangan atlet berbasikal kerana kehebatannya di atas trek.
Walaupun mempunyai fizikal lebih kecil berbanding pengayuh dari negara-negara Barat namun ia tidak menjadi penghalan kepada Azizul untuk menjadi antara yang terbaik di dunia. Pentas Olimpik kali ini cukup istimewa buat Azizul yang menggalas harapan negara terutama dalam acara kegemarannya, Keirin.
Lebih istimewa untuk sukan Olimpik kali ini, Azizul membawakan ‘senjatanya’ yang terbaru dalam bentuk sebuah basikal berteknologi paling tinggi. Basikal yang dimaksudkan ialah WX-R Vorteq yang dihasilkan khusus untuk Azizul gunakan dalam perlumbaan Olimpik.
Bukan sahaja rakyat Malaysia, malah pengamal media serta peminat sukan berbasikal memberikan tumpuan yang agak luar biasa kepada basikal ini kerana ia dianggap senagai basikal trek paling mahal pernah dihasilkan. Difahamkan WX-R Vortex bernilai GBP60,000 yang bersamaam kira-kira RM352,000!
Mungkin anda hairan apa yang membuatkan basikal ini sangat mahal? Pertama sekali Vorteq menggunakan teknologi karbon fiber yang beratio tinggi. Malah, ia merupakan satu rahsia besar mereka tentang bahan sebenar yang digunakan.
Sebelum digunakan untuk perlumbaan rasmi, basikal ini telah melalui banyak ujian berteknologi tinggi. Antara ujian yang dilakukan ialah CAD (Computer Aided Design), to FEA (Finite Element Analysis) dan CFD (Computational Fluid Dynamics).
Ia juga melalui ujian statik dan dinamik struktur di dalam terowon angin bagi mencari keseimbangan serta aerodinamik yang paling mantap pernah dihasilkan.
Berbeza dengan beberapa frameset pengeluar lain, Vorteq ditawarkan dalam bentuk ‘a la carte’ di mana ia boleh dibeli mengikut komponen. Berikut merupakan harga beberapa komponen basikal WX-R Vorteq:
Fork – RM29,300
Tayar bersama rim – RM35,200
Upper seatpost – RM17,600
Integrated handlebar/stem – RM58,660
Saddle – RM17,600
Untuk pengetahuan anda harga RM352,000 yang dinyatakan di atas adalah tidak termasuk dengan aksesori tersebut. Maka untuk keseluruhan lengkap basikal WX-R vortex ia menelan jumlah sebanyak GBP80,000 (RM469,290).
Ia juga dikeluarkan dalam dua saiz berbeza sahaja iaitu small dan medium. Tidak hairanlah ramai peminat sukan basikal trek global memberikan fokus cukup hebat kepada Azizul di Olimpik kali ini.
Semoga perjuangan Azizul di Sukan Olimpik akan menghadirkan sebutir pingat untuk negara tercinta. Selamat berjuang The Pocket Rocketman!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Hal paling utama dalam usaha untuk menurunkan berat badan adalah anda harus membakar kalori jauh lebih banyak daripada kalori yang masuk ketika anda makan. Kejayaan anda dalam melakukan diet menurunkan berat badan adalah bergantung kepada rutin yang konsisten dari anda.
Jangan sampai anda menyerah kalah di tengah jalan. Yang pasti perlu untuk tekad dan keinginan yang jitu untuk merubah bentuk tubuh anda yang berisi menjadi bentuk tubuh yang ideal.
Sebagai individu yang pernah menjadi obesiti seberat 183kg, Jazli Hassansendiri merasai situasi ini dan berkongsi pengalaman menurunkan berat badan, selain istiqomah dalam mengawal nafsu makannya.
Ini perkongsian beliau:
Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian saya “10 TIPS CARA MENGAWAL NAFSU MAKAN KETIKA SAYA MENURUNKAN 183KG KE 78KG”. Saya tulis berdasarkan hasil pengalaman dan suka duka saya lalui untuk sampai ke tahap hari ini. Sila tag atau share pada kawan-kawan mudahan dapat berikan kebaiakan buat mereka semua. Selamat membaca dan fahami. Sharekan pada yang lain jika ia bermanfaat sebarkan kebaikan ini.
1) Baca doa sebelum makan.
Nampak simpel mengikut pemerhatian saya dan hasil pengalaman saya antara beberapa kali kita makan jarang-jarang kita baca doa, lagi-lagi kalau berhadapan dengan makanan yang sedap. Cuba berdoa sampai habis lihat makanan dengan ketenangan nak nikmati makanan secara pelahan-lahan. Berdoa menguji kita bersabar dan muhasabah diri ketika berhadapan dengan makanan di samping itu mengajar kita bersyukur. Jangan malu untuk buat perubahan. Sedikit perubahan akan berikan kesan mendalam.
2) Berbisik dalam hati.
Ramai yang suka berbisik dengan suara hati sesuatu yang negatif lagi-lagi ketika terlihat orang makan yang sedap-sedap. Akhirnya muncul lah “HIDUP INI SEMENTARA RUGI KALAU TAK MAKAN”. Cuba latih aku makan untuk hidup bukan hidup untuk makan. Setkan dalam minda selama bereberapa tahun aku hidup berikan peluang untuk diri aku sendiri membuat perubahan sebelum terlambat. Selalunnya bila dah terlambat baru nak berubah makan yang baik2. Cuba berkata atau berbisik dalam hati sesuatu yang positif.
3) Mulakan dengan meminum air dahulu atau makan buahan dan serat.
Zaman nabi dahulu.Mereka mulakan dengan meminum air atau makan dengan buah-buahan atau dengan syuran yang berserat.sebelum menjamah makanan yang berat-berat.Dan berhenti sebelum kenyang..hal ini bila kita makan buahan dan serat dahulu atau dahulukan dengan air…kita dapat stabilkan asid dalam perut dari menganas punca nafsu kita naik macam setahun tak makan.tenangkan fikiran jangan ikutkan hati..Makanan sedap sentiasa ada dan semakin hari semakin banyak menu sedap-sedap…tapi kesihatan sihat sekali sahaja datang kalau dah sakit perlukan masa lama untuk sembuh..
4) Makan perlahan-lahan dengan ketenangan.
Dalam sepuluh orang pemerhatian saya di kedai makan, hanya dua atau seorang yang baca doa dan mula menjamah secara pelahan-lahan menikmati makanan. Yang lain kalau order datang lambat siap marah-marah. Ada makanan panas pun dia kunyah juga sebab tue bila dah habis satu pinggan makanan pun rasa tak kenyang. Penghayatan dan nikmat makanan itu tak ada. Makan ikutkan hati yang bertopengkan nafsu makan yang membuak-buak. Kawal dan anda boleh cuma hati sentiasa berbisik yang negatif. Macam-macam alasan timbul.
5) Jangan terpedaya dengan rupa makanan.
Zaman serba canggih nie bukan nafsu makan je membuak-buak hospital pun makin penuh dengan orang sakit. Mana taknya pantang tengok iklan makan yang hebat dan pelbagai kreativity. Sabar awak jadi pengguna yang bijak dan berilmu jangan ikut nafsu. Orang tue meniaga makin ramai orang makan makin maju perniagaannya. Kita nak support bussines diorg boleh cuba makan dengan penuh bijaksana. Janganlah makan dah lewat malam. Bahaya! Kena ingat nafsu tue ego kita. Perangai kita, emosi kita. Awak tue mastermind untuk seluruh fungsi tubuh awak. Dulu saya selalu kata dalam diri saya jauh dah aku berusaha kalau sebab makanan nie aku tewas. Memang aku seorang losser.
6) Makan kerap tapi sedikit-sedikit.
Ini paling sikit orang buat. Cuba bertenang sabar dan muhasabah diri. Helloooo makanan dekat Malaysia terlebih dan antara negara paling banyak pembuangan sisa makanan. So situ kita dah boleh tahu peratus nak kebuluran tak akan. Cuba latih makan makanan yang sihat. Bila kita ambil sedikit-sedikit tapi kerap dapat melatih kita makan ikut kuantiti kecil tapi kerap. Berbanding kuantiti besar tapi sedikit lama ia akan jadi saiz yang besar. Satu lagi bila kita masukkan makanan kerap dalam perut kita ia dapat mengawal proses kelaparan terlampau kerana ia dapat mengawal keaktifan asid dari menganas. Jangan amalkan makan waktu tak betul itulah punca nafsu makan buaya anda timbul.
7) Sentiasa ingat mati.
Jangan takut!!!! Mati itu pasti. Cuba makan sesuatu yang sedap itu kita ingat mati. Bila kita ingat mati kita akan lebih bersyukur. Mental kita akan berubah secara automatik. Selama ini kita makan bukan gunakan akal tapi gunakan nafsu serakah yang tak tentu pasal rakus meratah makanan. Bila sakit 3 serangkai datang baru sibuk nak cari pemakanan sihatlah. ubah gaya hidup sihatlah. Saya dulu hanya asid refluck je baru kawal makan kaw2. semua sekat minyak, pedas, lemak, masin terlampau. Jangan buat sesuatu yang bodoh lagi. Cuba jadi seorang yang pandai menikmati makanan dengan cara betul. Makan dengan keadaan bersyukur baru kita berjaya kawal nafsu makan.
8) Rancang pemakanan sebelum pergi makan.
Latih diri untuk pergi makan di luar latih diri baca menu awal-awal untuk merancang diri ini makan dengan tenang. Bila kita ada perancangan kita akan ada kesabaran sekali gus dapat kawal nafsu pemakanankita menjadi lebih baik. Jangan perut dah lapar sangat baru nak cari kedai makanan. Pastu semua ada dalam menu nak order. Orang hantar salah order pun balun katanya dah lapar. Sebab salah kita sendiri tak rancang masa dan waktu makan dengan betul serta tempat pemilihan makan salah main hentam je. Nak latih membuat perubahan memang banyak pengorbanan tapi demi kebaikan. Dulu saya siap tanya awal2 tempat tue makanan macam mana, masakan apa ada.
9) Belajar “THROWBACK” dan “MEMORY RECALL”
Saya dulu bila diuji depan makanan sedap saya mesti terbayang suka duka saya buat senaman macam separuh mati, saya dah korbankan pelbagai untuk sampai ke sesuatu tahap takkan saya nak ikutkan nafsu makan macam2 hanya dalam beberapa minit sahaja semuanya musnah. Bila susah juga saya akan memory recall balik kenapa saya nak berubah bila dah menusuk kalbu baru saya tersedar betapa jauh lagi perjalanan saya. Secara automatik saya akan dapat mengawal nafsu saya. Lama-kelamaan saya semakin ingat pada matlamat saya.
10) Ikhlaskan hati dan redha.
Sekuat mana pun nafsu makan kita, cuba juga hayati cara ikhlaskan hati dan redha. Lama-lama anda perlu juga berubah.sesuatu nikmat yang sedap ini tak kekal lama. Dulu saya suka makan nasi lemak paru, mee goreng mamak telur mata dengan ayam goreng. Sekejap je sedapnya masuk mulut kunyah telan esoknya jadi najis keluar tapi akibat kita ikutkan nafsu, saya diserang sesak nafas teruk. Dari situ saya mula belajar ikhlaskan hati dan redha. Saya setkan dalam minda saya cukupkan saya seksa diri saya dengan makanan.. Tiba masanya saya buat perubahan. Selagi berkesempatan untuk berubah, berubahlah. Percaya cakap saya bila kita makan ikut nafsu hancur binasa kita.
Mudahan sedikit perkongsian pengalaman saya ini dapat berikan kesedaran bahaya kita mengikut nafsu makan kita. Janganlah ikut nafsu makan kita. Banyak saya terlihat di hospital-hospital terlantar menyesal dengan kehidupan mereka yang terlalu mengikut nafsu ketika makan. Sila share dan tagkan pada sahabat-sahabat anda yang obesiti.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.