Sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini kita dapat lihat ramai usahawan yang berjaya dan murah hati berbondong-bondong membuat kerja amal jariah dan bersedekah.
Di antara golongan yang sering diraikan ialah pelajar-pelajar tahfiz dan juga anak-anak yatim.
Mengambil peluang sempena bulan Ramadan, pasangan selebriti dan usahawan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal telah meraikan pelajar tahfiz dan anak yatim dalam satu majlis berbuka puasa baru-baru ini.
Anak yatim merupakan golongan yang cukup istimewa buat Aeril Zafrel kerana dia sendiri turut kehilangan kedua ibu bapa pada usia remaja. Jelasnya tiada apa lebih bermakna selain dapat berkongsi rezeki dan kasih kepada mereka.
“Majlis Raikan Ramadan 2024 ini memang sudah lama kami rancang dan pasang niat nak raikan lebih ramai anak-anak yatim dan tahfiz bagi tahun ini.
“Mengapa tidak untuk meraikan mereka dengan sama-sama berkongsi rezeki. Apatah lagi pada bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Semua orang layak untuk rasa gembira dalam menantikan hari raya,” jelasnya dalam satu temu bual bersama Media Hiburan.
View this post on Instagram
SUMBANGAN ISTIMEWA
Selain dijamu dengan pelbagai juada dan juga sumbangan duit raya, majlis anjuran syarikat mereka, Wawa Cosmetics turut memberikan beg sekolah buat anak-anak yatim dari Pertubuhan Warisan Suci dan Pusat Jagaan Rumah Bakti Nur Ain Bangi serta pelajar tahfiz dari Pertubuhan Kebajikan Pendidikan dan Kesihatan Nur Nasari.
Kesantunan pasangan ini meraikan anak yatim dan pelajar tahfiz turut menyentuh hati warganet terutamanya pengikut mereka di laman media sosial.
BACA: Aeril Zafrel Kini Selesa Bergelar Usahawan Berjaya
“Pertama kali nampak orang kaya yang betul-betul raikan anak-anak.. bukan dikerah buat persembahan itu ini kemudian makan dipenjuru-penjuru sambil VVIP yang makan enak-nak di meja tanpa rasa insaf.” jelas satu komen di Instagram Aeril Zafrel.
Malah ramai memuji pasangan ini yang tidak kekok dan menyantuni mereka dengan penuh ikhlas dan kasih sayang.
Pada majlis tersebut juga, Wawa Cosmetics turut melancarkan produk mereka, advance moisturizer dan cleansing oil yang hadir menerusi set ‘Love Your Skin.’
Semoga kita semua turut terinspirasi dari Aeril Zafrel dan juga Wawa Zainal untuk terus menyumbang bakti kepada golongan kurang bernasib baik.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI