Kongsi Rezeki Beri Kucing Jalanan Makan, Tindakan Kakak Polis Ini Dapat Pujian Netizen!

Share

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa sejak 18 Mac yang lalu, haiwan jalanan seperti kucing dan anjing juga turut terkesan apabila hilang punca makanan.

Perkara ini membimbangkan apabila ada sebahagian haiwan-haiwan jalanan ini mati kelaparan. Namun, masih ada lagi masyarakat yang prihatin menghulurkan makanan demi membela nasib haiwan-haiwan jalanan ini.

Selain orang perseorangan dan NGO, anggota polis juga tidak ketinggalan menaburkan bakti dengan memberikan makanan buat sekumpulan kucing jalanan di di Pantai Jason Bay Sedili, Kota Tinggi, Johor.

Selain bertugas untuk memantau rakyat, sikap prihatin Kakak-Kakak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi ini nyata mendapat pujian dan ucapan terima kasih atas kemurahan hati mereka.

TERBAIK KAKAK POLIS

Terima kasih kepada pegawai dan anggota Polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi yang sudi berkongsi rezeki dengan kucing jalanan di Pantai Jason Bay Sedili, Kota Tinggi, Johor, malam tadi.

Makhluk ini turut terkesan dengan pelaksanaan PKP

Mungkin kita terlupa bahawa haiwan-haiwan jalanan sebegini juga merupakan makhluk ciptaanNya yang sangat terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di negara kita.

Semoga dimurahkan rezeki

Semoga kakak-kakak Polis IPD Kota Tinggi yang memberi makanan kepada kucing itu dimurahkan rezeki.

Sumber: PolisDirajaMalaysia, Orang Kota – Tinggi

Published by
Roselinda