Cuaca sering panas dan beriklim Tropika seperti negara kita menuntut setiap kenderaan untuk mempunyai aircond atau sistem penghawa dingin yang baik.
Agak sukar untuk memandu dalam keadaan cuaca panas tanpa aircond. Memang sangat memeritkan! Jadi apabila ia mengalami kerosakan semestinya kita akan sakit kepala memikirkan kos membaikinya mungkin agak tinggi. Namun mungkin anda tidak tahu bahawa sistem aircond itu sendiri terdiri daripada beberapa komponen berasingan.
Bagi mengelakkan anda mungkin ditipu adalah lebih baik anda mengetahui serba sedikit petanda kerosakan yang mungkin berlaku. Kerosakan yang berlaku pada setiap komponen kebiasannya akan menunjukkan petanda yang berbeza.
MASKULIN harap perkongsian ini dapat membantu anda mengenal pasti kerosakan pada sistem aircond kenderaan dengan baik.
Di bahagian kompresor terdapat magnet clutch di mana ia bertindak melekat bersama dengan pulley setelah suis aircond dibuka. Ia kemudiannya mengakibatkan aliran gas dimampatkan untuk mendapatkan udara sejuk aircond. Salah satu petanda kerosakan pada bahagian kompresor ialah bila suhu dalam kereta jadi panas yang ketara dan ada bunyi bising bila.
Jika terdapat petanda ini, anda boleh periksa dengan menyentuh sekeliling kompressor. Andai kata anda dapati ada kotoran berkeladak hitam itu kemungkinan besar kompressor telah rosak. Dan jika terdapat kotoran hitam bercampur sedikit habuk besi, kompressor mungkin ada alami kerosakan bering.
Sudahlah aircond tak rasa sejuk tapi bila dibuka ada asap putih seperti kabu keluar dari corongnya. Ini kemungkinan besar berlaku kerosakan pada cooling coil tinggi. Sama ada kebocoran kecil atau besar berlaku pada cooling coil, ia boleh menjejaskan aircond tidak menjadi sejuk.
Malah anda juga akan dapat hidu bau gas aircond yang telah bocor dalam kereta. Kerosakan seperti ini boleh diperbaiki dengan menukar cooling coil yang baru, servis atau tampal pada kebocoran.
Komponen ini saiznya kecil tapi impaknya cukup besar. Ia merupakan injap yang bertindak mengawal suis automatik pada keseluruhan sistem aircond menggunakan kesejukan suhu pada cooling coil.
Disebabkan itulah bila ia rosak, aircond kereta jadi tak menentu malah tidak sejuk langsung. Andai kata anda berdepan petanda ini, segerlah hantar ke bengkel untuk dibaiki atau melakukan servis aircond.
Salah satu komponen penting bagi memastikan sistem aircond berfungsi dengan sempurna. Ia sangat jarang rosak namun bila berlaku membbuatkan aircond kereta terus tidak berfungsi dengan baik. Bukan itu sahaja ia juga menyebabkan suhu enjin naik mendadak dan boleh overheat.
Kerosakan pada kondenser akan lebih senang diketahui jika enjin anda mengeluarkan bunyi lebih kasar dan sedikit bising apabila tekanan pada pedal minyak ditambah.
Apabila memeriksa kondenser rasakan kedua hujung sambungan gas, pada atas dan bawah kereta, jika terlalu panas kondenser anda rosak sama sekali dan jika terdapat kebocoran keladak hitam akan terdapat pada kedua sambungan hose pada kondenser.
Jika kereta anda berbunyi dan tersentap sekali sekala jika aircond dipasang kemungkinan suis aircond tersebut rosak adalah tinggi. Keadaan ini dapat dapat dipastikan apabila semua komponen lain seperti kompresor dalam keadaan baik. Bunyi klik suis hanya sekali apabila anda pasang aircond adalah bunyi yang betul apabila suis aircond berfungsi dengan baik.
Jika anda perasan suhu sejuk ketika menggunakan aircond perlu ditambah tolok, ia berkemungkinan besar gas aircond telah berkurangan. Untuk selesaikan masalah ini pergilah ke bengkel untuk tambah gas aircond.
Tapi anda harus ingat jangan gunakan tolok aircond paling sejuk ketika aorcond dalam keadaan normal. Ini dikhuatiri menyebabkan kersoakan pada bahagian valve pula.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat buat anda.
Kredit: Mekanik Kereta