Kombinasi Padanan Warna Pakaian Paling Mantap Untuk Lelaki, ‘Auto’ Nampak Handsome!

Share

Tidak dinafikan sesetengah lelaki sememangnya agak jahil dalam memilih padanan warna yang sesuai untuk pakaian mereka.

Berbeza dengan kaum wanita di mana mereka lebih cerewet dan peka dengan sebarang padanan warna, lelaki pula kadang-kadang terlalu mengambil remeh akan perkara ini.

Akhirnya bila padanan tak kena mereka akan terus nampak janggal dan langsung tidak menarik. Lebih parah ia boleh merosakkan tema majlis!

Perkara pertama anda harus ialah warna memainkan peranan sangat penting bukan sahaja dalam penggayaan fesyen malah penampilan diri. Seorang lelaki yang ingin tampil yakin bergaya perlulah peka dengan pemilihan atau memadankan kombinasi warna yang baik.

Bukan sahaja nampak lebih kecak malah ia membuatkan seorang lelaki itu tampil mudah didekati dan ada cita rasa yang baik.

Kombinasi warna pakaian yang terbaik bergantung kepada pelbagai faktor termasuk konteks acara, gaya peribadi, dan warna kulit. Berikut MASKULIN kongsikan beberapa kombinasi warna yang sering dianggap sesuai dan menarik dalam pakaian lelaki:

Navy dan Putih

Foto: https://www.instagram.com/sandro/

Kombinasi navy (biru gelap) dengan putih pilihan klasik yang sentiasa relevan sepanjang zaman. Ia memberikan penampilan nampak kemas dan elegan. Contohnya padanan kemeja putih dengan seluar navy atau sebaliknya.

Hitam dan Putih

Mudah dan ringkas. Inilah padanan paling umum boleh anda pilih. Kombinasi hitam dan putih adalah memberikan kontras yang cantik dan sentiasa bergaya. Boleh dipakai dalam pelbagai gaya pakaian, sama ada formal atau kasual.

Kelabu dan Putih

Ramai tidak tahu bahawa kelabu merupakan warna yang sangat versatil dalam fesyen. Ia warna yang serba boleh dan sering kali dipadankan dengan putih untuk memberikan tampilan yang bersih dan teratur.

Biru Gelap dan Kuning

Kombinasi biru gelap dengan aksen warna kuning keemasan mampu memberikan sentuhan keceriaan dan gaya yang menonjol.

Coklat dan Krim

Satu lagi kombinasi yang cukup elegan. Kombinasi coklat dengan krim atau beige memberikan kesan yang hangat dan kasual serta sesuai untuk suasana santai.

Hijau Zaitun dan Coklat Tua

Tak salah jika kita katakan padanan atau kombinasi dua warna ini paling tegas dan nampak maskulin. Warna hijau zaitun memberi kontras dengan coklat tua.

Merah Marun dan Biru

Padanan merah marun dengan biru memberikan kombinasi yang menarik dan memberikan keceriaan kepada pemakainya. Ia tidaklah terlalu ‘loud’ tapi dalam masa yang sama ada karakter tersendiri.

Biru Laut dan Merah

Kombinasi biru laut dengan aksen merah pula memberikan kesan nautical yang segar dan menarik.

Memilih padanan warna sesuai perlu juga untuk mengamvil faktor agar ia sesuai dengan jenis acara, suasana dan gaya peribadi anda.

Selain itu, memahami kontras warna dan memastikan pakaian anda bersih dan terjaga juga adalah faktor penting untuk mencapai penampilan yang menawan.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim