Tidak dinafikan sesetengah lelaki sememangnya agak jahil dalam memilih padanan warna yang sesuai untuk pakaian mereka.
Berbeza dengan kaum wanita di mana mereka lebih cerewet dan peka dengan sebarang padanan warna, lelaki pula kadang-kadang terlalu mengambil remeh akan perkara ini.
Akhirnya bila padanan tak kena mereka akan terus nampak janggal dan langsung tidak menarik. Lebih parah ia boleh merosakkan tema majlis!
Perkara pertama anda harus ialah warna memainkan peranan sangat penting bukan sahaja dalam penggayaan fesyen malah penampilan diri. Seorang lelaki yang ingin tampil yakin bergaya perlulah peka dengan pemilihan atau memadankan kombinasi warna yang baik.
Bukan sahaja nampak lebih kecak malah ia membuatkan seorang lelaki itu tampil mudah didekati dan ada cita rasa yang baik.
Kombinasi warna pakaian yang terbaik bergantung kepada pelbagai faktor termasuk konteks acara, gaya peribadi, dan warna kulit. Berikut MASKULIN kongsikan beberapa kombinasi warna yang sering dianggap sesuai dan menarik dalam pakaian lelaki:
Navy dan Putih
Foto: https://www.instagram.com/sandro/
Kombinasi navy (biru gelap) dengan putih pilihan klasik yang sentiasa relevan sepanjang zaman. Ia memberikan penampilan nampak kemas dan elegan. Contohnya padanan kemeja putih dengan seluar navy atau sebaliknya.
Hitam dan Putih
Ads
Mudah dan ringkas. Inilah padanan paling umum boleh anda pilih. Kombinasi hitam dan putih adalah memberikan kontras yang cantik dan sentiasa bergaya. Boleh dipakai dalam pelbagai gaya pakaian, sama ada formal atau kasual.
Kelabu dan Putih
Ramai tidak tahu bahawa kelabu merupakan warna yang sangat versatil dalam fesyen. Ia warna yang serba boleh dan sering kali dipadankan dengan putih untuk memberikan tampilan yang bersih dan teratur.
Biru Gelap dan Kuning
Kombinasi biru gelap dengan aksen warna kuning keemasan mampu memberikan sentuhan keceriaan dan gaya yang menonjol.
Ads
Coklat dan Krim
Satu lagi kombinasi yang cukup elegan. Kombinasi coklat dengan krim atau beige memberikan kesan yang hangat dan kasual serta sesuai untuk suasana santai.
Hijau Zaitun dan Coklat Tua
Tak salah jika kita katakan padanan atau kombinasi dua warna ini paling tegas dan nampak maskulin. Warna hijau zaitun memberi kontras dengan coklat tua.
Merah Marun dan Biru
Ads
Padanan merah marun dengan biru memberikan kombinasi yang menarik dan memberikan keceriaan kepada pemakainya. Ia tidaklah terlalu ‘loud’ tapi dalam masa yang sama ada karakter tersendiri.
Biru Laut dan Merah
Kombinasi biru laut dengan aksen merah pula memberikan kesan nautical yang segar dan menarik.
Memilih padanan warna sesuai perlu juga untuk mengamvil faktor agar ia sesuai dengan jenis acara, suasana dan gaya peribadi anda.
Selain itu, memahami kontras warna dan memastikan pakaian anda bersih dan terjaga juga adalah faktor penting untuk mencapai penampilan yang menawan.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dalam dunia fesyen kini bagaikan sudah menjadi trend jenama fesyen mewah melakukan kolaborasi dengan jenama pakaian dari segmen yang jauh berbeza.
Jika dahulu Louis Vuitton telah menggegarkan dunia fesyen dengan melakukan kolaborasi bersama jenama skate/streetwear popular, Supreme hingga menjadi item yang cukup bernilai tinggi.
Terbaru jenama fesyen high-end asal Itali, Gucci telah mengeluarkan teaser tentang kolaborasinya bersama jenama pakaian dan kelengkapan outdoor, North Face.
Menariknya ini merupakan kali pertama Gucci melakukan kolaborasi pada skala besar dengan jenama lain sejak Alessandro Michele memegang jawatan sebagai Pengarah Seni sejak lima tahun lalu.
Alessandro Michele
Seleksi pakaian outdoor dari North Face dijangka bakal menerima perhatian luar biasa daripada penggemar fesyen dengan pengenalan kerjasama ini. Namun ia bukanlah kali pertama menyaksikan North Face melakukan kolaborasi dengan jenama lain.
Mereka juga pernah berjaya dengan kolaborasi sebelumny bersama Supreme, Brain Dead dan Hender Scheme.
PENGENALAN TEASER
Berbeza dengan Gucci yang tidak dikenali sebagai pengeluar pakaian outdoor teknikal. Ini membuatkan ramai teruja ingin melihat apakah hala tuju serta pembaharuan yang boleh dibawa Gucci bersama dengan North Face.
Sekarang ini heboh sana-sini terutamanya di lama media sosial tentang filem terbaru daripada DC & Warner Bros. iaitu ‘Joker’. Karakter antagonis yang merupakan musuh utama adiwira Batman kini muncul dalam filem stand-alone tersendiri.
Minggu lalu sahaja filem ‘Joker’ yang dilakonkan oleh Joaquin Phoenix telah memecahkan box-office tayangan bulan Oktober di Amerika Syarikat dengan jumlah kutipan melebih USD90 juta.
Ternyata lakonan yang dibawakan oleh Joaquin telah memberikan impak cukup hebat seperti mana yang telah dilakukan oleh mendiang Heath Ledger menerusi ‘The Dark Knight’ dahulu.
Populariti filem ini juga menyaksikan pelbagai barangan terkait karakter ini diperkenalkan. Antara yang paling menarik perhatian ialah jam tangan Joker buatan Swiss.
Dikeluarkan oleh RJ Watches, jam tangan mewah ini turut mengandungi sebanyak 57 permata, 3 strap boleh ubah dan ukiran Joker di bahaguan belakang. Jam tangan istimewa ini dikenali dengan nama ARRAW The Joker.
Ini bukanlah kali pertama pengeluar jam dari Swiss ini bekerjasama dengan Warner Bros. Sebelum ini juga mereka pernah mengeluarkan banyak koleksi edisi terhada jam tangan bertemakan Batman.
Jam tangan Joker edisi terhad ini dipasarkan pada harga USD17,900 (RM75135) dan bakal dipasarkan pada penghujugn bulan ini di Watches of Switzerland Soho, New York.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kita semua mempunyai sahabat dan kawan-kawan yang sangat penyayang. Kawan adalah segala-galanya bagi kita. Dengan dialah kita luahkan rasa tak puas hati ketika di pejabat, mereka juga bahu untuk kita bersandar bila kita ditinggalkan kekasih. Tapi, tahukah anda dalam persahabatan yang anda bina itu, terdapat rakan yang baik dan rakan yang beracun? Kami sediakan list untuk anda kenali rakan-rakan anda dikategori yang mana.
Kejayaan
Seorang rakan yang baik akan berasa gembira dengan pencapaian yang anda miliki. Mereka akan menjadi orang pertama yang mengucapkan tahniah kepada anda dan belanja anda makan! Ini termasuk kejayaan anda dalam hubungan dan juga kerjaya. Sementara rakan beracun, mereka akan cemburu dengan kejayaan anda malah hanya memberi senyum sinis ketika anda bercerita tentang kegembiraan yang anda baru perolehi.
Masa peribadi
Seorang rakan yang baik akan memahami masa peribadi anda. Sebagai contoh jika mereka mengajak anda keluar shopping, dan anda beri alasan tidak mahu ke mall kerana penat. Mereka akan menghormati keputusan anda. Mereka tidak akan menganggu anda. Jika anda berkawan dengan rakan beracun, mereka akan paksa anda jika anda tidak mahu keluar bersama mereka. Mereka akan mula protes, dan tidak bercakap dengan anda selama beberapa hari kerana anda tidak mahu meluagkan masa dengan mereka.
Jaga hati
Rakan yang baik akan lebih bijak menjaga hati rakan mereka. Ini kerana sifat sayang mereka terhadap anda mengatasi segala-galanya. Dia bertindak seperti ibu anda, seburuk mana pun anda, ibu pasti akan memuji bukan? Jika anda salah, mereka akan menegur secara baik, dan mereka lebih tahu masa yang sesuai untuk menasihati anda. Sementara rakan beracun, mereka tidak bersungguh-sungguh dalam menjaga hati rakan. Mereka akan mengutuk anda jika fashion anda buruk dan malu untuk keluar dengan anda jika anda tidak pandai berfashion. Mereka akan menutup kelakuan mereka dengan ayat “aku cakap je. Ikut kau lah nak dengar ke tak” ini akan membuatkan anda lebih tidak selesa dan membuatkan anda hilang rasa konfiden.
Bertukar pendapat
Rakan yang baik sedia menerima pendapat anda tak kira apa pun. Walaupun mereka punya hujah tersendiri, tapi mereka akan berbincang dengan anda sehingga anda berdua ketawa di akhir perbualan. Sementara rakan beracun akan berusaha untuk menang dalam perbincangan yang diadakan. Dia tidak akan beri ruang untuk anda mengutarakan pendapan anda walau sedikit.
Telefon
Pernah tak anda terima panggilan dari rakan yang selalu minta bantuan anda? Tahniah! Itu rakan beracun anda. Rakan beracun hanya akan mencari anda dikala mereka susah. “dah susah baru nak cari” nampak sangat anda hanya diperlukan masa susah. Ini berbeza dengan rakan baik, mereka akan telefon anda walaupun mereka tidak punya topik perbualan. Telefon atau text hanya untuk cakap “rindu” “Apa cerita bro? Jom lepak”.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.