Saban tahun jenama fesyen premium asal Jepun, Onitsuka Tiger sentiasa menampilkan koleksi eksklusif yang cukup istimewa. Lebih menarik koleksi yang ditampilkan lebih hebat dengan kolaborasi bersama jenama atau artis yang cukup berpengaruh dalam budaya popular dan seni masa kini.
Kemunculan Lunar Year atau Tahun Baharu Cina pada tahun hadapan dimeriahkan oleh Onitsuka Tiger dengan pengenalan koleksi yang cukup istimewa. Pada tahun hadapan sambutan lebih bermakna apabila ‘Year of the Tiger’ menjadi simbol utama perayaan.
Harimau yang merupakan zodiak bagi sambutan tahun hadapan juga merupakan ikon kepada kenama Onitsuka Tiger. Bagi meraikan ketibaan ‘Year of the Tiger’ yang muncul sekali dalam 12 tahun, Onitsuka Tiger mengumumkan kemunculan koleksi eksklusif ‘Year of Onitsuka Tiger’.
Ia menampilkan koleksi dengan siri motif daripada harimau yang dihasilkan oleh beberapa seleksi artis berpengaruh.
Untuk pengenalan pertama atau Part 1, Onitsuka Tiger berkolaorasi dengan ilustrator, pereka dan pereka model miniatur, Yasushi Nirasawa. Beliau yang merupakan artis yang dianggap genius dalam bidang heteromorphy menampilkan lukisan dan rekaan untuk Onitsuka Tiger.
Menerusi koleksi kolaborasi ini, Onitsuka Tiger menampilkan dua ‘makhluk’ digelar sebagai Onistuka Tiger Man (berwarna biru) dan Onitsuka Tiger Stripes (berwarna merah).
Sebagai tambahan beliau turut menghasilkan figura ‘Onitsuka Tiger Man’ (bukan untuk dijual) berdasarkan lukisan 3D. Patung figura tersebut dilaporkan bakal dipertontonkan di Onitsuka Tiger flagship store di Omotesando dan beberapa lokasi lain.
Koleksi kolaborasi istimewa ini bakal berada di pasaran pada 1 Januari 2022 di outlet Onitsuka Tiger Pavilion dan juga laman e-dagang mereka. Buat penggemar koleksi kolaborasi edisi eksklusif Onitsuka Tiger, pastinya anda mahu jadikan ia sebagai koleksi anda!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI