Bila menyebut tentang Warner Bros pastinya anda akan terasa cukup dekat dengan karakter-karakter animasi yang pernah dilahirkan oleh studio gergasi Hollywood tersebut.
Di antara yang paling dikenali ramai ialah Looney Tunes menampilkan karakter duo legenda seperti Tom and Jerry, Bugs Bunny dan Lola Bunny, Sylvester dan Tweety dan juga karakter lain seperti Daffy Duck, Tasmanian Devil dan Yosemite Sam.
Meraikan ulang tahun ke-100 Warner Bros, jenama sukan dan gaya hidup terkenal Skechers menampilkan koleksi khas dengan kolaborasi bersama mereka.
Koleksi dikenali sebagai Skechers x Warner Bros. WB100 menampilkan seleksi pakaian edisi terhad seperti t-shirt, seluar, hoodie dan juga pullover. Lebih menarik, koleksi ini diperkenalkan secara berperingkat bermula bulan Jun dan juga Julai 2023.
“Kerjasama seperti ini sentiasa mengujakan dan ia cukup menggembirakan kami memami kerana Skechers akan bekerjasama sekali lagi dengan pasukan Warner Bros pada ulang tahun ke-100 studio untuk melancarkan koleksi pakaian ini,” jelas Pengarah Urusan Skechers Asia Tenggara, Zann Lee.
“Dengan rangkaian produk untuk orang dewasa dan kanak-kanak, daripada reka bentuk yang bergaya hingga rupa malar hijau, kami yakin koleksi ini akan mendapat tempat dalam almari pakaian mana-mana peminat sembilan watak kartun yang digemari,” tambahnya lagi.
Di antara karakteristik koleksi WB100 ialah cetakan kerajang pada bahagian terpilih bagi reka bentuk masing-masing.
Di antara warna-warna lain, kerajang perak digunakan secara meluas yang secara menarik mengingatkan kepentingan layar perak yang berkait rapat dengan identiti Warner Bros.
Sebanyak sepuluh reka bentuk membentuk koleksi dewasa dan enam untuk koleksi kanak-kanak. Setiap reka bentuk didatangkan dalam dua warna dari dalam rangkaian Pantone Loden Frost hijau pertengahan, Pantone Orion Blue biru kelabu, hitam dan putih.
Buat anda terutamanya peminat karakter-karakter animasi Warner Bros boleh dapatkan koleksi WB100 ini di beberapa outlet terpilih Skechers di seluruh negara seperti di Pavilion Bukit Jalil, Mitsui Shopping Park Lalaport BBCC, Suria KLCC serta 1Utama Shopping Centre.
Jangan lupa untuk subscribe serta follow YouTube dan TikTok MASKULIN ya!
@maskulinmy Lelaki bermisai sememangnya dikatakan memiliki persona kelelakian tersendiri! #maskulin #majalahmaskulin #fyp #fypmalaysia #maskulinmojo #hiburanmalaysia #grooming #groomsmen ♬ Chopin Nocturne No. 2 Piano Mono