Koleksi Timberland ‘Weather Ready’ Dihasilkan Dari Plastik Kitar Semula

Share

Aktiviti outdoor seperti mendaki bukit, hiking dan juga larian trail kini semakin popular terutamanya buat warga kota. Di sebalik kesesakan kota raya yang penuh hiruk-pikuk maka tidak hairanlah mengapa aktviti outdoor jadi pilihan ramai. Bagi keselesaan aktiviti tersebut pastinya pakaian sesuai diperlukan untuk ketahanan. Di antara jenama yang sering menampilkan koleksi pakaian outdoor adalah Timberland.

Terbaru, Timberland melancarkan koleksi dikenali sebagai Weather Ready yang dikeluarkan sebagai seleksi penghujung tahun atau Fall/Winter 2020. Komitmen Timberland bukan sahaja terhadap menghasilkan variasi pakaian dan kasut tahan lasak tetapi juga memainkan peranan penting kepada alam sekitar.

Menerusi pelbagai kempen, Timberland telah memberi komitmen mereka untuk menanam lebih 50 juta pokok menjelang tahun 2025. Dan sebelum ini juga mereka telah menanam jutaan pokok di beberapa lokasi di dunia. Menyedari akan impak industri fesyen terhadap alam sekitar, Timberland turut melancarkan Nature by 2030. Ia satu inisiatif untuk memastikan kelestarian alam sekitar lebih terpelihara.

VISI REKAAN

Dengan visi tersebutlah koleksi Weather Ready ini dihasilkan. Antara ciri utama yang diserlahkan menerusi setiap item adalah sifat penebat dengan menggunakan fabriks tahan lasak. Ia juga menggunakan teknologi kalis air, TimberDry yang diperbuat daripada bahan plastik kitar semula yang diambil dari tapak pelupusan sampah.

Keselesaan maksima pula dapat dirasai dengan jaket paling premium dihasilkan Timberland iaitu Ecoriginal Waterproff Parka. Lebih menarik, jaket ini menampilkan teknologi penebat Thermore ECOdown yang dihasilkan sepenuhnya dari bahan kitar semula plastik.

BACA: Jenis-Jenis Kasut Kasual Untuk Kegunaan Di Pejabat & Majlis Formal

Ia juga turut menggunakan fabrik dari teknologi ReBOTL pada lapisan luar yang terhasil sekurang-kurangnya 40% plastik kitar semula. Manakala ciri-ciri kalis air pula dilengkapi DryVent.

Koleksi Weather Ready Timberland turut menampilkan Sherpa Jackets untuk lelaki dan wanita. Selain itu, Outdoor Archive Sherpa Fleece Jackets pula tampil dengan tema warna retro yang dihasilkan daripada 100% bahan kitar semula poliester.

FOOTWEAR

Bagi kategori footwear pula, Timberland memperkenalkan The Garrisan Trail Waterproof High Hiker yang kalis air dan dilengkapi teknologi TimberDry.

Bahagian luaran but yang kalis air dihasilkan daripada kulit berkualiti tinggi yang diiktiraf oleh Leather Working Group dengan jaminan praktis alam sekitar.

Koleksi Weather Ready Timberland kini telah mula dipasarkan di Malaysia menerusi semua outletnya.

Jangan lupa untuk follow Instagram MASKULIN untuk update trend lelaki terkini!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim