Rasanya mustahil untuk kita membicarakan tentang fesyen atau kelengkapan outdoor tanpa menyebut jenama Timberland. Dengan pengalaman yang dimiliki jenamanya, maka tidak hairan kepercayaan yang diberikan oleh pengguna menyaksikan Timberland terus relevan dan gah dalam kategori ini.

Terbaru untuk koleksi Spring/Summer 2020, Timberland membina rekaan yang berasaskan alam sekitar dengan nilai-nilai pengembaraan relevan dengan gaya terkini. Ia juga meneruskan Nature Needs Heroes, kempen berterusan dari Timberland yang terus-menerus menyokong penggunaan bahan kitar, organik dan jupga bahan boleh guna semula.

Antara koleksi yang menjadi tumpuan ialah but ikonik 6 inci. Kali ini but ikonik Timberland diberi sentuhan terkini dengan menggabungkan gaya jalanan dan juga workwear menggunakan bahan tahan lasak.

IKLAN

Koleksi Timberland Spring/Summer 2020 Hadir Dengan Tema Warisan 

Bersempena dengan pelancaran koleksi baru ini Timberland turut memperkenalkan duta terbarunya yang juga Asia Eco Hero, Yo Yang. Beliau merupakan antara individu penting dalam kempen alam sekitar seperti ‘Birthday Project’, sebuah inisiatif kitar semula yang dijalankannya sendiri.

IKLAN

Yo Yang turut secara langsung terlibat dengan projek penanaman semula pokok di Horqin Desert, China di mana setiap perserta menanam pokok bagi mengembalikan kehijauan hutan yang telah banyak terhapus dek pembangunan.

IKLAN

Koleksi Timberland Spring/Summer 2020 Hadir Dengan Tema Warisan Koleksi Timberland Spring/Summer 2020 Hadir Dengan Tema Warisan Selain itu, item pilihan koleksi ini ialah Mount Tecumseh Worker Jacket. Ia merupakan jaket double-breasted yang dihasilkan daripada tekstil campuran 85 peratus ReBOTL dan 15 peratus kapas.

Melengkapkan koleksi ini pula adalah but Brooklyn 6 inci yang menggabungjan teknologi Ortholite dan AeroCore Energy System. Kpl

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI