Rasanya mustahil untuk kita membicarakan tentang fesyen atau kelengkapan outdoor tanpa menyebut jenama Timberland. Dengan pengalaman yang dimiliki jenamanya, maka tidak hairan kepercayaan yang diberikan oleh pengguna menyaksikan Timberland terus relevan dan gah dalam kategori ini.
Terbaru untuk koleksi Spring/Summer 2020, Timberland membina rekaan yang berasaskan alam sekitar dengan nilai-nilai pengembaraan relevan dengan gaya terkini. Ia juga meneruskan Nature Needs Heroes, kempen berterusan dari Timberland yang terus-menerus menyokong penggunaan bahan kitar, organik dan jupga bahan boleh guna semula.
Antara koleksi yang menjadi tumpuan ialah but ikonik 6 inci. Kali ini but ikonik Timberland diberi sentuhan terkini dengan menggabungkan gaya jalanan dan juga workwear menggunakan bahan tahan lasak.
Ads
Bersempena dengan pelancaran koleksi baru ini Timberland turut memperkenalkan duta terbarunya yang juga Asia Eco Hero, Yo Yang. Beliau merupakan antara individu penting dalam kempen alam sekitar seperti ‘Birthday Project’, sebuah inisiatif kitar semula yang dijalankannya sendiri.
Ads
Yo Yang turut secara langsung terlibat dengan projek penanaman semula pokok di Horqin Desert, China di mana setiap perserta menanam pokok bagi mengembalikan kehijauan hutan yang telah banyak terhapus dek pembangunan.
Ads
Selain itu, item pilihan koleksi ini ialah Mount Tecumseh Worker Jacket. Ia merupakan jaket double-breasted yang dihasilkan daripada tekstil campuran 85 peratus ReBOTL dan 15 peratus kapas.
Melengkapkan koleksi ini pula adalah but Brooklyn 6 inci yang menggabungjan teknologi Ortholite dan AeroCore Energy System. Kpl
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Saban tahun jenama pengeluar pakaian akan sentiasa menampilkan teknologi fabrik bagi memberikan keselesaan maksima buat pengguna mereka.
Sebagai salah satu jenama yang sentiasa terkehadapan dalam memperkenalkan teknologi fabrik buat pengguna, adidas kini menampilkan koleksi yang menjanjikan bukan sahaja keselsaan tetapi hadir dengan persona gaya yang mantap.
Terbaru, adidas memperkenalkan koleksi terbaru dari label sportwaer mereka, koleksi Z.N.E. Ia merupakan koleksi yang dihasilkan tawaran keselesaan yang sangat baik serta padanan relax-fit dari material fabrik berteknologi AEROREADY.
Lebih menarik, fabrik yang digunakan juga menampilkan ciri four-way strecth yang membuatkan sesiapa sahaja yang memakainya pasti merasai keselesaan yang luar biasa. Koleksi ini menampilkan beberapa jenis pakaian seperti hoodie, trackpants, kemeja-T dan juga seluar pendek.
Dari segi rekaan dan penggayaan keseluruhannya koleksi Z.N.E. diterjemahkan dengan sentuhan cukup minimalis tanpa gangguan cetakan atau seni reka asing. Ia hanya tampil dengan satu warna yang dipilih sesuai mengikut trend relevan pada masa kini.
Pelakon, David Yang menggayakan kemeja-T dan seluar pendek berwarna putih dari koleksi Z.N.E.
Koleksi yang membarisan pakaian menampilkan gaya asas dan bebas gangguan yang bagus untuk dipakai setiap hari inin menawarkan seleksi pakaian buat lelaki dan juga wanita serta hadir dalam pelbagai saiz.
adidas Sportswear Z.N.E. ini telah pun dilancarkan pada 27 Jun yang lalu dan mengikut pemerhatian MASKULIN di laman media sosial, ia mendapat sambutan dan respons yang cukup positif dari peminat pakaian sukan dan terutamanya penggemar fesyen streetwear.
Pelakon popular, Jenna Ortega bersama hoodie dan trackpants koleksi Z.N.E.
Menariknya, kempen koleksi Z.N.E. turut menampilkan wajah-wajah yang cukup popular dan berpenaruh.
Di antaranya ialah pelakon yang popular dengan watak ‘Wednesday’, Jenna Ortega, pelakon dan model Hoyeon, pelakon David Yang, pemain bola sepak Jerman dan juara Olimpik Melanie Leupolz, pengawal menembak Minnesota Timberwolves Anthony Edwards, dan penyerang Manchester United Alessia Russo. Kempen ini telah diperkenalkan oleh ikon yang menerajui dunia fesyen dan sukan.
Pelakon dan peragawati antarabngsa dari Korea Selatan, Hoyeon.
“Saya membesar dengan bermain bola sepak, begitu juga seluruh keluarga saya. Ia adalah sukan kegemaran kami untuk menonton dan bermain bersama.
Saya hanya suka bagaimana semangat kompetitif permainan membuatkan anda kekal pada masa ini. Penurunan terbaru label Pakaian Sukan, adidas Z.N.E. sangat sesuai untuk itu – selesa, dan mudah untuk ditonton untuk sebarang acara sukan,” jelas Jenna Ortega.
Seperti MASKULIN nyatakan di atas, seleksi pakaian ini menggabungkannya teknologi AEROREADY jenama dan ciri-ciri gaya minimalis sederhana, semuanya sambil mengekalkan keselesaan adidas Sportswear diutamakan.
Gaya utama daripada koleksi itu merangkumi pendekatan yang dikupas yang boleh berpakaian dalam pelbagai gaya untuk memenuhi cita rasa fesyen yang unik dan pilihan peribadi.
Koleksi adidas Z.N.E. kini boleh di dapati di outlet terpilih adidas di seluruh negara dan di laman sesawang rasmi mereka di https://www.adidas.com.my/en/sportswear serta aplikasi adidas.
Bermula 10 sehingga 23 Julai 2023, adidas Malaysia menawarkan sebarang pembelian Z.N.E akan melayakkan ahli adiClub mendapat sepasang Z.N.E Coaster.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sama seperti wanita, lelaki juga mementingkan fesyen rambut. Selain penampilan diri, fesyen rambut terkini dan trendy menjadi antara aksesori terpenting yang ingin mereka tonjolkan. Tidak dinafikan fesyen rambut lelaki sentiasa berubah-ubah dari satu gaya ke satu gaya yang lain.
Sebelum ke kedai gunting rambut, pernahkah anda terfikir sama ada fesyen rambut yang anda pilih itu sesuai dengan diri anda atau tidak. Buat anda yang mungkin buntu untuk memilih fesyen rambut yang sesuai, apa kata hadam panduan ini agar pilihan fesyen rambut anda kena dengan gaya dan bentuk muka.
1. OBLONG: BENTUK MUKA LEBIH PANJANG DARIPADA LEBAR
Potongan rambut yang pendek sesuai dengan bentuk muka jenis oblong. Tetapi anda perlu berhati-hati jika mempunyai jambang kerana jambang yang terlalu tebal akan membuatkan muka anda nampak lebih lebar dan besar.
2. OVAL: BENTUK MUKA YANG RUNCING DAN TIDAK MENAMPAKKAN TULANG RAHANG
Bagi yang mempunyai bentuk muka oval, anda sangat bertuah kerana kebanyakan daripada jenis penggayaan rambut sesuai dengan bentuk muka anda. Tetapi, berhati-hati dengan pemilihan rambut hadapan atau apa jenis penggayaan rambut yang boleh menutupi dahi anda. Ini kerana pemilihan rambut tersebut boleh menampakkan muka anda lebih bulat.
3. DIAMOND: MEMPUNYAI ‘JAWLINE’ DAN TULANG PIPI YANG BERBENTUK
Ia berbeza dengan bentuk muka oval tadi. Untuk bentuk muka diamond, mereka lebih sesuai jika mempunyai rambut depan yang menutupi sedikit ruang dahi mereka. Untuk menampakkan anda lebih maskulin, lelaki dengan bentuk muka diamond lebih sesuai jika mempunyai jambang.
4. BULAT: SAIZ BENTUK MUKA SAMA PANJANG DAN LEBAR
Bagi lelaki yang mempunyai bentuk muka round/bulat, jenis penggayaan rambut yang mempunyai sedikit definisi dan berbentuk sangat sesuai. Potongan rambut yang sesuai dnegan bentuk muka bulat anda adalah jenis potongan yang boleh menipiskan bahagian tepi rambut.
Bentuk muka petak ini biasanya mempunyai tulang muka yang lebih jelas dan nampak lebih maskulin. Bentuk muka petak ini biasanya sama sahaja dengan gaya rambut yang sesuai untuk bentuk muka yang bulat. Mereka lebih sesuai memilih rambut yang lebih nipis di kiri dan kanan serta sedikit tebal di bahagian atas.
6. TRIANGLE: TULANG RAHANG LEBIH LEBAR DARIPADA TULANG PIPI
Bentuk muka triangle mempunyai tulang rahang yang agak lebar dan berbentuk berbanding tulang pipi mereka. Lelaki dengan bentuk muka triangle ini lebih sesuai mempunyai kepanjangan rambut yang medium, di mana tidak terlampau pendek dan tidak terlampau panjang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Setiap tahun warga Amerika Syarikat berketurunan African American menyambut Black History Month bagi memperingati segala perjuangan, pengorbanan serta penderitaan yang dilalui oleh nenek moyang mereka pada suatu ketika dahulu.
Dan sebagai memperingati bulan cukup istimewa itu banyak jenama fesyen menampilkan koleksi eksklusif. Antara yang sering mengetengahkan koleksi edisi khas ialah Nike dan Converse.
Untuk koleksi tahun ini, Nike dan Converse baru sahaja mengumumkan koleksi yang menampilkan kasut Nike Air Force 1, Nike Air Max 95, Converse Chuck 70 dan Converse Pro Leather.
KOLEKSI NIKE
Rekaan dan pemilihan warna gabungan pada setiap kasut melambangkan kepelbagaian warisan budaya Afrika. Tampil dengan tema color-blocking ia merupakan satu penghormatan kepada tekstil pengaruh Afrika dan juga gaya trendy era 90-an.
KOLEKSI CONVERSE
Menariknya di setiap ‘lidah’ kasut terdapat cetakan ‘BHM’ yang membawa maksud ‘Black History Month’.
Koleksi dari Nike dan Converse ini dijangka berada di pasaran bermula pada bulan Februari tahun ini. Bagi collector kasut Nike dan Converse inilah koleksi edisi terhada yang tidak harus dilepaskan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.