
Mengambil inspirasi dari budaya dan warisan China, jenama pakaian sukan terkemuka global, PUMA melancarkan Koleksi Tahun Baru Cina SS24 pada 8 Januari 2024.
Dengan menyatukan gaya sukan kontemporari dengan budaya warisan Tibe, PUMA menyasarkan meraikan raungan naga dalam koleksi baru ini dan menyambut tahun kebersamaan. PUMA membawa kepada anda Koleksi Tahun Baru Cina SS24 yang dinanti-nantikan, mempersembahkan siri pakaian asal dan kasut yang menggabungkan simbol-simbol budaya Tibet dan corak etnik.
Tiada yang lebih mengalu-alukan Tahun Naga selain daripada logo PUMA yang direka khas dan perkataan dalam koleksi ini. Mereka menampilkan seekor naga bergaya Tibet yang melilit “P” bersama dengan sulaman perkataan PUMA dalam warna merah terang untuk menangkap intipati perayaan.
Koleksi ini menampilkan pakaian klasik seperti pakaian trek ikonik T7, baju panas leher bulat dengan seluar sukan yang sepadan, serta kemeja-T santai dan berkolar, sesuai untuk sebarang majlis dalam dan luar musim perayaan.
Dalam Tahun Naga, PUMA mengajak anda untuk mengambil langkah ikonik pertama dalam edisi Koleksi Tahun Baru Cina BLKTOP Rider yang satu-satunya. Kasut ini memberi penghormatan kepada warisan larian PUMA pada tahun 80-an.
Dengan garis merah bersih dan warna yang menonjolkan jalur PUMA dan kasut, BLKTOP Rider mewakili daya tarikan budaya Cina sambil tetap kontemporari untuk generasi hari ini.
Koleksi eksklusif Tahun Baru Cina PUMA SS24 boleh didapati di semua cawangan JD Sports, kedai PUMA dan PUMA.com mulai 8 Januari 2024.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Penyanyi OST Drama Korea Ini berjaya Turunkan 30kg Dalam 6 Minggu!

Untuk peminat muzik Korea anda pasti kenali jejaka yang bernama Lee Changmin. Lelaki ini debut di bawah label JYP yang juga merupakan Syarikat kumpulan wanita Wonder Girls. Dalam sebuah rancangan televisyen di Korea Selatan, Changmin telah memberitahu pengacara dan artis jemputan yang lain berkenaan berat badannya sebelum beliau menjadi seorang artis. Pada ketika itu berat beliau hampir mencecah 120kg. Bila bertanya berapa lama beliau mengambil masa untuk turunkan berat badan, jawapannya adalah 30kg dalam masa 6 minggu! Menarik kan?
“ketika itu JYP(Syarikat muzik) tidak mahu ambil saya kerana fizikal saya yang kurang menarik. Mereka berkata jika saya mahu menyertai Syarikat tersebut, saya harus menurunkan berat badan, walaupun saya ada bakat dalam nyanyian.”
Walaupun kecewa selepas di tolak sebegitu, namun ia tidak mematahkan semangat Changmin dalam menurunkan berat badan. Kerana kekangan masa, beliau hanya mempunyai 3 minggu untuk kuruskan badan.
Pada awalnya beliau akui yang beliau mahu melupakan niat untuk menjadi penyanyi dan berpindah pada bidang lain, namun dia berasa bakal yang beliau miliki akan menjadi sia-sia hanya kerana beliau gemuk.
Dan hasilnya tentulah hari ini seperti yang anda lihat di dada-dada akhbar betapa sado dan berketaknya tubuh badan dari penyanyi bersuara lunak ini.Semangat dan sifat Changmin yang kita mahukan. Berputus asa merupakan jalan terakhir untuknya. Kerana itu hari ini beliau berjaya dalam bidang yang beliau ceburi.
Pemakanan yang seimbang saja bukan jalan untuk anda menurunkan berat badan, namun semangat dan disiplin juga merupakan perkara utama untuk anda capai bentuk badan yang cantik.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
adidas Adimatic Bawa Elemen Keselesaan Luar Biasa & Estetika Fesyen Jalanan Versatil [REVIEW]

Gaya lama yang dikembalikan semula dengan nafas lebih baharu. Itulah perkara yang sentiasa berlaku dalam dunia fesyen. Apa yang trendy pada masa kini sebenarnya pernah popular dalam tempoh waktu dahulu.
Sebagai contoh lihatlah dunia sneakers yang semakin hari dilihat semakin besar pengaruhnya dalam dunia fesyen kontemporari. Sama ada gaya streetwear atau lebih kasual, sneakers kini secara konsensusnya telah diterima sebagai item fesyen yang cukup signifikan.
Sejak kebelakangan ini pengaruh dunia skateboard dilihat kembali berpengaruh. Salah satu jenama yang turut menghidupkan kembali sneakers mereka yang pernah diperkenalkan suatu ketika dahulu ialah adidas.
Walaupun adidas tidaklah terlalu sinonim dengan skateboarding namun sebenarnya mereka mempunyai sejarah yang tersendiri. Baru-baru ini MASKULIN sempat mencuba sendiri adidas Adimatic yang merupakan sneakers skateboarding diperkenalkan pada era 90-an.
Buat generasi yang membesar pada era 90-an pasti cukup kenal dengan adidas Adimatic yang kini diperkenalkan semula. Rekaan yang ‘dikorek’ semula dari arkib luar biasa dimiliki jenama sinonim dengan tiga jalur, adidas Adimatic hadir dengan sebuah ilham sneakers yang bukan sahaja tahan lasak malah mempunyai penampilan yang cukup versatil dan sesuai digayakan dengan pelbagai outfit.
KELEBIHAN
Salah satu mengapa sneakers skateboarding cukup popular walaupun bukan di kalangan penggemar sukan lasak tersebut ialah tahap keselesaan yang ditawarkan. adidas Adimatic hadir dengan perlindungan yang cukup baik dari hujung kaki hingga ke tumit.
Ia juga lebih ‘bulky’ berbanding sneakers biasa menjadikan ia nampak lebih menonjol apabila disarung di kaki. Memakai kasut ini seharian melakukan tugas di pejabat dan juga aktiviti luaran juga tidak mendatangkan sebarang masalah.
Seperti kasut skate yang lain ia turut mempunyai kemampuan menyerap tekanan dengan baik. Itu juga salah satu sebab mengapa sneakers ini cukup selesa dipakai walaupun sepanjang hari.
Pada bahagian upper ia dilengkapi dengan kulit suede dan kanvas yang hadir dengan tiga jalur cukup menonjol.
Selain itu kasut ini juga mempunyai grip yang cukup baik dengan bahagian midsole-nya lengkap dengan corak unik ‘zig-zag’ yang menjadi identiti menonjol adidas Adimatic. Buat anda yang memiliki kaki yang lebar juga tidak perlu risau.
ESTETIKA REKAAN
adidas Adimatic hadir dengan rekaan lebih lebar terutamanya pada bahagian hadapan dan hujung jari. Estetika rekaannya juga menjadikan ia tidak sukar untuk digayakan dengan apa jua jenis seluar atau outfit.
Sebagai contoh ia cukup cocok dengan penampilan bersama seluar kargo, chino, skinny jeans mahupun seluar pendek paras lutut. Buat mereka yang cenderung ke arah streetwear pasti menyukai estetika yang dibawa oleh sneakers yang merentasi zaman dan generasi ini.
Sebagai seorang yang bolehlah dianggap sebagai ‘sneakerhead’, penulis mendapati adidas Adimatic yang lengkap dengan insole nipis yang dipadankan dengan tapak tengah yang lebar menjadikan ia sebagai kasut cukup ‘lembut’ dipakai. Jadi tidak timbul masalah sakit kaki walaupun dipakai seharian. Talinya yang lebar juga memberikan penampilan lebih ‘tough’ dan ‘rugged’.
Manakala reka bentuk ‘tongue’ yang lebih lebar dan tebal juga cukup menarik. Dengan padding yang tebal ia memberikan perlindungan maksima pada bahagian tengah kaki. Dari segi pemilihan siaz boleh kekal dengan ‘true-to-size’ kecuali buat anda yang lebih suka sensasi loose bolehlah tambah setengah saiz ke atas.
EKSKLUSIF
adidas Malaysia kini menawarkan dua model ekslusif yang hanya boleh di dapati di Atmos Sunway Pyramid sahaja iaitu adidas Adimatic Puprle, RM569 dan adidas Adimatic Xlarge, RM489.
Lebih menarik adidas Malaysia dan Atmos bakal memberikan hadiah yang cukup menarik berupa skate deck ekslusif yang direka oleh Jefr. Skate deck ini merupakan kolabrasi istimewa bersempena pembukaan outlet Atmos di Sunway Pyramid baru-baru ini. Sebanyak dua jenis rekaan skate deck yang dihasilkan dengan setiap satunya menjadi rebutan pengumpul.
Jefr merupakan seorang penulis dan ilustrator yang cukup berpengaruh dengan seni berdasarkan grafiti. Dikenali sebagai seorang penulis grafiti, Jefr merupakan artis ‘self-taught’ yang memnpunyai pengalaman luas sejak tahun 2012.
Jika anda ingin miliki skate deck ini bolehlah dapati sama ada adidas Adimatic Xlarge atau adidas Adimatic Purple hanya di Atmos Sunway Pyramid sekarang sementara stok masih ada.
Rating MASKULIN: 4/5
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Ini Yang Akan Terjadi Jika Anda Kerap Warna Rambut

Tentu ramai yang gemar mewarna rambut kan? Ia seperti sudah menjadi trend semasa untuk mewarna rambut. Mereka yang gemar mewarnakan rambut ini bukan saja mewarna rambut di kedai, malah mereka mempunyai kretiviti tersendiri untuk mewarna rambut di rumah dengan campuran color seperti selebriti. Tetapi ada satu fakta yang kita telah terlepas pandang. Masalah keselamatan rambut pewarna. Baru-baru ini, ramai yang memilih henna untuk pewarna rambut kerana dikatakan tidak mempunyai bahan kimia yang tinggi. Walaubagaimanapun henna tidak terlepas dari kesan sampingan yang buruk.
Anda masih ingin mengikut peredaran semasa, namun bimbang akan kesan sampingan yang mungkin akan merosakkan rambut anda lebih teruk. Ada ke bahan pewarna yang tidak mempunyai kesan sampingan yang tinggi?
Sebuah hospital universiti mengambil kaji selidik dari 319 orang dewasa berusia lebih 20 tahun yang telah mencelupkan rambut mereka sebelum dan mendapati 23.8% telah mengalami kesan sampingan yang negatif. Di samping itu, didapati bahawa satu daripada setiap empat orang yang mewarna rambut mereka untuk menutupi uban turun terkesan juga. Tapi apakah sebabnya?
Pewarna yang paling biasa adalah campuran ammonia dan hidrogen peroksida. Ammonia kuat berasid membantu menembusi permukaan rambut dan membantu pewarna rambut meresap ke dalam rambut. Asid hidrogen peroksida yang kuat memainkan peranan dalam memusnahkan pigmen melanin rambut.
Walau bagaimanapun, masalahnya ammonia yang kuat dan hidrogen peroksida bukan sahaja merosakkan lapisan kulit kepala tetapi juga menyebabkan masalah kulit, ruam mata dan mengurangkan imuniti rambut. Semakin tinggi kandungan ramuan, semakin buruk kesan sampingan, dan dalam kes yang teruk, ia membawa kepada keguguran rambut.
Henna, yang dipercayai lebih selamat daripada pewarna biasa, juga menyebabkan sedikit kesan sampingan. Oleh kerana ramuan henna semula jadi mempunyai daya pewarna yang terhad, tidak ada pilihan selain campuran bahan-bahan lain.
Khususnya, untuk menghasilkan warna hitam, komponen kimia yang dipanggil paraphenylenediamine (PPD) perlu ditambah, dan semakin tinggi kepekatan komponen, semakin kuat kerosakan kulit pada kulit.
Menurut Lembaran Data Keselamatan Bahan (MSDS), sentuhan kulit jangka panjang dengan ramuan boleh menyebabkan penyakit asma dan sukar untuk bernafas, dan jika ia mempunyai hubungan dengan mata untuk jangka masa yang panjang, ia boleh menyebabkan penglihatan kabur atau buta. Ini kerana bahan kimia serap kedalam akar rambut yang boleh menyentuh sedikit saraf mata jika ia kerap dilakukan. Oleh itu, kami mencadangkan anda mencuba ujian patch untuk memeriksa kesan sampingan daripada menggunakan pewarna tanpa bahan kimia.
- Ada cara untuk mewarna tanpa bahan kimia?
Walaupun terdapat kesan sampingan yang berterusan, kebanyakan pusat kecantikan rambut masih lagi mewarna rambut pelanggan dengan pewarna biasa dan inai. Untuk mengatasi realiti ini, ada pewarna baru muncul sebagai alternatif. Ia adalah ‘pewarna rambut jenis serbuk herba’ dari Jayeon-e Meuldeulida.
Pewarna hypoallergenic, yang tidak mengandungi ammonia dan parabens, sangat baik untuk melindungi kulit kepala dengan meminimumkan tahap kerosakan rambut. Ia juga sangat mudah kerana anda boleh mencelupkan rambut anda dengan segera dengan mencampurkannya dengan air sahaja. Tepuk dada tanya selera. Jika anda rasa was was dengan pewarna, lebih baik anda berhentik dari mewarna.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI