Koleksi Pestle & Mortar Clothing x ULTRAMAN Imbau Kenangan Nostalgia Peminat Malaysia

265

Jenama pakaian streetwear terkenal tempatan, Pestle & Mortar Clothing sekali lagi membuktikan bahawa anak tempatan juga mampu melakukan kolaborasi dengan jenama besar dari luar negara.

Kali ini Pestle & Mortar Clothing memperkenalkan kolaborasi unik dengan Ultraman, watak adiwira ciptaan produksi negara matahari terbit, Jepun yang cukup dekat di hati peminat tempatan.

Jika sebelum ini menyaksikan jenama terkenal streetwear, BAPE mengeluarkan kapsul kolaborasi Ultraman, kini Pestle & Mortar Clothing pula diberi kepercayaan sama.

Watak-watak Ultaraman sememangnya tidak asing lagi bagi kita semua kerana ia telah wujud sejak tahun 1966. Tanya saja sesiapa sahaja darimana-mana generasi pasti mereka akan kenal dengan Ultraman.

BACA: Koleksi PUMA X TYAKASHA, Anda Pasti Tak Sangka Inspirasi Di Sebalik Rekaannya!

KOLEKSI KAPSUL ISTIMEWA

Jadi tidak mengejutkan apabila Pestle & Mortar Clothing mencipta kapsul koleksi istimewa ini dengan membawa rekaan bersifat mengimbau nostalgia lama. Elemen-elemen retro dalam siri Ultraman terdahulu dibawakan khusus ke rekaan pakaian serta pelbagai barangan lain.

Menerusi kolaborasi ini peminat tempatan pasti mampu mengimbau kembali kenangan mereka bersama watak kesayangan ramai ini.

Koleksi PMC x Ultraman ini menampilkan sebanyak 21 jenis gaya. Ia termasuklah t-shirt, bowling shirt dan juga hoodie. Pestle & Mortar Clothing juga memperkenalkan jaket reversible edisi terhad, The Attack Team Reversible yang boleh digayakan sama ada pada bahagian luar atau dalam.

Kesemua rekaan istimewa dari koleksi ini akan dilancarkan pada 5 Oktober 2019 di acara sneakers terbesar di Malaysia iaitu Sneakerlah. Ia juga akan turut boleh didapati di laman sesawang rasmi Pestle & Mortar Clothing bermula jam 10 pagi pada hari yang sama.

Buat anda yang pernah menjadi peminat setia Ultraman inilah masanya untuk anda miliki item karakter kegemaran.