Koleksi Musim Luruh & Dingin 2021 Onitsuka Tiger Tampilkan Elemen Vintaj & Inspirasi Banjaran Himalaya

Share

Buat penggemar fesyen dari negara matahari terbit iaitu Jepun, jenama fesyen Onitsuka Tiger tidak perlu diperkenalkan lagi. Sejak ia mula diperkenalkan,Onitsuka Tiger telah menjadi salah satu ikon fesyen telah banyak mempengaruhi trend fesyen global.

Dan kini mereka meneruskan komitmen tersebut secara berterusan dengan mempersembahkan koleksi kontemporari yang menggabungkan fesyen dengan sukan, serta warisan bersama daya inovasi.

Terbaru, Onitsuka Tiger mempersembahkan koleksi Musim Luruh & Dingin. Menariknya koleksi eksklusif kali ini hadir bersama cetusan inspirasi alam semula jadi banjaran Himalaya yang hebat. Anugerah alam yang cukup ikonik ini disusuli dengan ledakan aktiviti pendakian dan trekking pada era 1970-an.

Bagi koleksi musim ini, Andrea berkolaborasi dengan Toyoki Adachi, pereka dan pengarah artistik jenama grafik tekstil ‘nowartt’. Hasil kolaborasi ini menghasilkan ledakan ekspresif rekaan grafik mereka kepada setiap helaian koleksi ini. Grafik tekstil ini, dihasilkan menerusi kombinasi dua konsep yang saling bercanggah – “vintaj x seni” dan “analog (lukisan tangan) x digital” – digunakan pada helaian seluar trek klasik, jaket tebal serta beg galas.

ASPEK ORIGIN

Koleksi ini juga mencerminkan teknologi gaya hidup yang mengkhususkan kepada aspek fungsi iaitu asal-usul Onitsuka Tiger, di samping perincian reka bentuk estetik jenama ini yang penuh dengan hasil mutu ketukangan dan ketelitian.

Helaian utama dalam koleksi ini adalah material fleece atau bulu biri-biri, yang sesuai untuk mengekalkan rasa hangat serta mencegah selesema semasa sesi pendakian musim sejuk, manakala siri nilon yang menawarkan gabungan warna neon mempesona bersama jahitan sulaman yang halus dan unik.

Koleksi ini tidak ketinggalan mengetengahkan penggayaan kreatif yang mengguna pakai helaian rekaan minimalis. Kot tebal atau puffer serta jaket berjalur dan gaun nyata menghasilkan gaya mod.

Untuk padanan sneakers, Onitsuka Tiger menampilkan elemen arkib bersama rekaan kontemporari. Menerusi sokongan dari seluruh dunia, Onitsuka Tiger melancarkan pelbagai reka bentuk unik bagi musim ini, termasuk kasut but dengan cengkaman kuat yang dapat menakluki gunung – di mana gunung ini mewakili Mentaliti Metropolitan dan masyarakat moden.

Berdasarkan daripada kasut trekking yang diperkenalkan pada 1966, koleksi HMR PEAK TRAINER dikemaskinikan dari segi rekaan serta fungsinya untuk gaya hidup moden.

Sementara koleksi MOAGE CO & MOAGE MO menggabungkan sentuhan moden penuh bergaya pada rekaan klasik, manakala BIG LOGO TRAINER PUFFED menonjolkan jaluran ikonik Onitsuka Tiger yang melangkaui hingga ke tapak luar kasut.

Koleksi Musim Luruh & Dingin 2021 Onitsuka Tiger ini hanya boleh didapati di beberapa butik terpilih dan menerusi https://www.onitsukatiger.com/my/en-my/p/aw21 mulai bulan ini.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim