Tidak kiralah sama ada dari generasi Y atau millenieals, nama Deagon Ball Z pastinya cukup dekat di hati anda. Suatu ketika dahulu ia menjadi abnime dan juga manga yang sangat popular bukan sahaja di Malaysia tetapi seluruh dunia.
Karya Akira Toriyama merentas generasi dan sehingga kini ia masih lagi relevan dan mendapat sambutan yang sangat baik. Jadi tidak hairanlah mengapa ia dianggap sebagai anime yang paling ikonik pernah lahir dari bumi negara matahari terbit tersebut.
Terbaru, jenama jam kasual popular SWATCH telah menampilkan koleksi edisi terhad bersama Dragon Ball Z dan dijangka mendapat sambutan baik dari peminatnya. SWATCH x Dragon Ball menyaksikan sebanyak tujuh jam berbeza yang setiap satunya menampilkan karakter berbeza.
Nama-nama karakter seperti Goku, Vegeta, Majin Buu, Frieza, Gohan, Cell, Kamesennin dan Shenron tampil dengan setiap rekaan untuk koleksi ini. Malah, setiap satunya tampil dengan warna dan juga elemen yang dibawa oleh karakter-karakter tersebut.
Koleksi jam SWATCH x Dragon Ball hadir dengan beberapa saiz berbeza dengan model Goky, Shenron dan Cell dikeluarkan dengan saiz paling besar iaitu model 47mm Big Bold.
Menurut SWATCH Malaysia, koleksi edisi terhad ini sudah mula boleh didapati di outlet mereka dan laman sesawangnya bermula 25 Ogos 2022. Jadi buat peminat Dragon Ball jangan lupa abadikan notalgia anda dalam bentuk jam tangan istimewa seperti ini!
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN dan follow TikTok Maskulin untuk update terkini!