Dunia muzik dan denim kembali bergabung dan kali ini menerusi kolaborasi bersama aktor serta pemuzik yang memenangi 10 Anugerah Grammy, Justin Timberlake. Sentuhan moden pada helaian ikonik Levi’s® yang dicetuskan daripada cinta Justin terhadap muzik diolah pada koleksi “Fresh Leaves” Levi’s® x Justin Timberlake yang sememangnya amat dinantikan dan bakal ditampillkan di butik Levi’s® terpilih seluruh dunia mulai 4 Oktober ini.      

Nama “Fresh Leaves” diambil daripada konsep Timberlake yang menonjolkan penggayaan tersendiri sambil menawarkan penampilan segar pada helaian klasik untuk generasi akan datang. Timberlake bekerjasama dengan pasukan rekaan Levi’s® dalam mencipta semula beberapa helaian ikonik jenama ini dengan hasil memukau yang menyerlahkan padanan klasik bernafas baru. Hasilnya ialah koleksi 18-helaian untuk lelaki, direka dengan padanan penuh ikonik menerusi lensa moden dan di luar jangkaan. 

Koleksi Levi’s x Justin Timberlake ‘Fresh Leaves’ Buat Penggemar Denim

Ads

Justin bergandingan dengan pasukan rekaan Levi’s® dalam mencipta koleksi eksklusif ketika sesi mendengar dan merekacipta di Makmal Inovasi Eureka terletak di San Francisco, pusat Levi’s® Archives dan bilik pameran di Los Angeles yang lebih dikenali sebagai Haus of Strauss. Hasilnya ialah koleksi 18-helaian untuk lelaki, direka dengan padanan penuh ikonik menerusi lensa moden dan di luar jangkaan.   

Koleksi Levi’s x Justin Timberlake ‘Fresh Leaves’ Buat Penggemar Denim

Ads

Koleksi kapsul ini memperkenalkan himpunan ikon Levi’s® terbaik, semuanya dihasilkan penuh teliti dan terperinci menggunakan fabrik premium. Koleksi ini menawarkan gaya jalanan moden dan bermain dengan aspek ketidakseimbangan, dengan padanan besar dan lebih labuh serta menambah hood pada jaket trucker dan kemeja. Red Tab ikonik Levi’s® dan tampalan kulit ‘Two Horse Pull’ yang menjadi tanda pengenalan jenama ini kedua-duanya ditampilkan dalam tulisan hitam, elemen unik yang eksklusif untuk koleksi ini.

Koleksi Levi’s x Justin Timberlake ‘Fresh Leaves’ Buat Penggemar Denim

Ads

Koleksi “Fresh Leaves” ini boleh didapati di butik terpilih Levi’s® seluruh Malaysia mulai 4 Oktober 2018 dengan harga antara RM99 to RM599. Untuk maklumat lanjut, layari www.levi.com.my atau laman Facebook Levi’s® di www.facebook.com/levismy.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI