Memperagakan pakaian atau fesyen dari luar negara di Malaysia kadangkala boleh menjadi satu ‘beban’ yang cukup berat. Apa tidaknya kebanyakannya direka untuk sesuai dengan cuaca empat musim di negara Barat dan juga Timur seperti Jepun dan Korea Selatan.
Melainkan untuk pakaian musim panas tidak banyak yang dapat digayakan dengan penuh selesa di negara kita. Sebagai salah satu jebnama fesyen yang sentiasa hadir dengan teknologi fabrik dan denim terbaik, Levi’s memperkenalkan satu koleksi yang cukup menarik.
Membuka tirai musim panas dan bunga, mereka sekali lagi melancarkan koleksi +Levi’s® Cool yang menampilkan kejuruteraan denim bersifat ringan dan lut udara untuk keselesaan maksimum.
Bagi koleksi kali ini mereka hadir dengan misi untuk penggunanya menyerlahkan gaya yang lebih segak dan segar. Tampil ’cool’, kekal ’cool’ dan terus ’cool’.
Denim biru bukan sahaja padanan sesuai untuk palet musim panas malah mampu mencipta penampilan yang selesa serta bergaya untuk variasi acara. Koleksi +Levi’s® Cool ini berterusan menjadi helaian pelbagai fungsi, dengan fabrik lut udara dan ringan yang lembut serta selesa.
Koleksi musim ini menawarkan pelbagai jenis potongan denim, antaranya seluar jean, skirt denim, kemeja dan kemeja-T musim panas. Denim dengan basuhan ringan pula membawakan penampilan musim panas yang lebih segar dan selesa.
Khusus buat anda, Levi’s menampilkan himpunan pakaian atau seleksi menarik daripada koleksi 505® REGULAR, 510® SKINNY, sehinggalah ke 512® SLIM TAPER dan 502® TAPER. Setiap potongan berbeza ini mampu menonjolkan penggayaan yang santai dan kasual dengan bahagian atas yang lebih longgar.
Gabungkan gaya dan keselesaan ke dalam satu pengalaman denim yang ’cool’ kala anda memadankan seluar jean dengan kemeja-T lut udara dalam grafik yang menyeronokkan serta baju dalam cetakan jaluran luncur air atau palet neutral.
Manakala untuk si dia pula, Levi’s turut menawarkan seleksi padanan yang tidak kurang hebatnya. Antara yang paling selesa ialah celana jean Boyfriend Levi’s®.
Ia merupakan seleksi denim sempurna untuk pelbagai aktviti serta bercanda di bawah sinaran matahari. Potongannya longgar dengan regangan pinggang berfungsi sama ada si dia mahu mengekalkan suasana santai atau mengenakan stail serba lengkap.
Tingkatkan gaya anda dengan kemeja-T yang lebih santai dalam warna pastel penuh berseri atau sekadar penampilan yang mudah dengan hanya menggandingkan bahagian atas yang sesuai.
Koleksi terbaru +Levi’s Cool kini boleh didapati di seluruh butik Levi’s dan juga laman sesawang mereka menerusi levi.com.my bermula Ogos 2023.