Tidak dinafikan industri fesyen juga antara yang terjejas dengan penularan wabak Covid-19 yang melanda di dunia. Namun ia tidak mematahkan semangat penggerak industri ini untuk tampil dengan idea-idea merevolusikan fesyen. Antaranya pereka fesyen terkenal tanah air, Hatta Dolmat yang mengetengahkan koleksi dengan konsep lestari.
Tahun ini menyaksikan Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) tidak dapat dilangsungkan secara fizikal. Pentas KLFW 2020 kali ini telah ditransformasikan ke bentuk digital.
Menjadi salah seorang pereka yang mengambil bahagian dalam edisi KLFW ini, Hatta Dolmat mengambil pendekatan yang cukup tersendiri dalam memperkenalkan koleksinya.
Beliau menjadi pereka fesyen Malaysia pertama yang merevolusikan penghasilan pakaian secara lestari. Ia bermakna pendekatan yang diambil memgambil kira aspek kelestarian alam sekitar yang dtiserlahkan dengan visi bagi mengurangkan lambakan sisa pepejal plastik dan tekstil.
Hatta menggabungkan fesyen dan kemampanan alam sekitar sebagai teras utama koleksi HD Monogram yang dilancarkan di KLFW Digital 13 November ini.
PIKUL TANGGUNGJAWAB
“Industri fesyen merupakan industri pengeluar sisa sampah dan pencemaran kedua terbesar selepas industri petroleum. Dikala kita sedang bergelut dengan masalah pencemaran sisa plastik yang tidak terkawal, kita juga telah dihadapkan dengan masalah lambakan sisa tekstil di tapak pelupusan sampah.
Ads
“Justeru, selaku pereka fesyen dan seorang usahawan, ini merupakan tanggungjawab saya untuk mendidik dan memberi laluan yang kondusif bagi semua pereka fesyen untuk mengikuti jejak langkah saya dalam merevolusi industri kearah yang lebih lestari,” jelas Hatta Dolmat.
Tambahnya lagi, pereka fesyen seharusnya menjadi lebih peka terhadap masalah isu semasa dan melihat apa yang boleh dibantu melalui hasil rekaan dan seni masing masing.
Ads
Pengenalan koleksi HD Monogram di KLFW 2020 ini juga selari dengan sambutan ulang tahun Hatta Dolamt selama 15 tahun berkecimpung di dalam industri fesyen.
Penghasilan koleksi ini bukan sekadar hanya sebuah koleksi baru bagi mengisi ruang tayangan KLFW, namun Hatta menggunakan peluang ini bagi menghasilkan sebuah koleksi yang mempunyai nilai etika yang tinggi.
KOLABORASI TIGA SEKTOR
Baik dari segi pemilihan kain, penghasilan dan dari segi kelestarian juga dikawal rapi oleh pihak yang turut berkolaborasi bersama Hatta. Koleksi lestari sedia pakai HD Monogram merupakan gabungan kerjasama tiga sektor induk terdiri daripada Hatta Dolmat, SWCorp dan Kloth Cares.
Mereka bersama-sama tampil dengan hasrat mendidik masyarakat tentang kepenggunaan semula bahan kitar semula mampu untuk menghasilkan koleksi pakaian berkualiti tinggi.
Ads
“Tugas saya selaku pereka fesyen adalah untuk menghasilkan pakaian yang mempunyai nilai etika yang tinggi kepada pengguna. Industri fesyen telah disimbah dengan limpahan populariti dan kemewahan sejak sekian lama, namun tanpa disedari, kami selaku pereka juga memikul tanggung jawab sebegai penggerak ekonomi dunia.
“Malangnya, kita sudah jauh ketinggalan. Saya perlu mendidik rakan seperjuangan saya dan juga masyarakat untuk celik minda dan celik akal dalam melihat realiti kepentingan kelestarian”, tambah Hatta.
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk video menarik tentang gaya hidup lelaki terkini.
https://www.youtube.com/watch?v=hZG-6TWE09w&t=4s
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
“Your money is my money. My money is my money.” Itulah yang sering diungkapkan oleh para isteri yang telah mendirikan rumah tangga. Tak salah sebenarnya untuk berkongsi harta sepencarian, namun para isteri lebih memilih jalan sebegitu. Bahkan, jika dilihat, para suami akan mengalami situasi dimana isteri akan mengambil duit para suami tanpa izin. Ia sama seperti mencuri!
Jika pendekatan “your money is my money” digunapakai, adakah mengambil duit suami yang bukan nafkah itu diizinkan? Menerusi Mukmin solution, apa pun alasan yang digunakan untuk tujuan kebaikan sekalipun seperti yang diterapkan oleh Robin Hood, mencuri lalu diberi hasil curian itu kepada fakir miskin tidak menghalalkan harta yang dicuri itu. Ia tetap haram. Dalam situasi isteri mengambil duit suami, tidak ada masalah, cuma para isteri perlulah memberi tahu di kemudian hari kepada suami jika isteri terdesak untuk menggunakan duit tersebut.
Isteri jangan alpa dengan fakta yang mengatakan itu merupakan nafkah anda. Para suami juga harus maklumkan pada isteri berapa peruntukan nafkah kepada mereka sebulan agar isteri tidak sewenang-wenangnya mengambil duit anda tanpa makluman anda.
Mazhab Syafi’i mengungkapkan jika hukum mengambil harta suami untuk sekadar menopang kehidupan keluarga inti, bukan berniat untuk boros atau huru-hara maka hal ini diperbolehkan. Ini dengan catatan jika suami bersifat bakhil dan enggan memenuhi kewajibannya untuk keluarga. Kadar yang diambil janganlah terlalu banyak, cukup untuk menampung kehidupan. Diluar haknya tersebut maka tidak diperbolehkan, kecuali jika hak memperoleh nafkah itu terhalang. (Sumber: mukminsolution)
Berhubung persoalan ini Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Ambillah apa yang dapat menampungmu dan anak-anakmu secukupnya”. (maksud hadis). Abu Sufian adalah seorang yang sangat kedekut dalam perbelanjaannya. Dia tidak menyediakan perbelanjaan yang cukup untuk anak dan isterinya sehingga isterinya terpaksa datang mengadu dan menceritakan kesempitan hidupnya kepada Rasulullah.
Hadis ini diceritakan oleh Aisyah, riwayat Bukhari Muslim.
Sikap yang kedekut ini sangat banyak diamalkan oleh sesetengah orang kaya pada zaman ini. Namun, mereka lebih bermurah hati jika berada diluar rumah kerana ingin dipuji dan dikenali.
Arahan Rasulullah seperti yang dinyatakan di atas adalah menunjukkan bahawa si isteri boleh mengambil duit si suami tanpa kebenaran suami, sekiranya pemberian suami masih tidak cukup untuk menampung perbelanjaan yang diperlukan oleh si isteri dan anak-anaknya.
Tetapi pengambilan ini mempunyai had di mana si isteri hanya perlu mengambil untuk keperluan sahaja dan adalah HARAM sekiranya si isteri mengambilnya dengan melebihi keperluan yang diperlukan isteri dan anak-anaknya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Antara berita terbesar yang disampaikan oleh jenama jam mewah Bell & Ross untuk tahun ini ialah pengenalan koleksi Bell & Ross BR 05 Skeleton. Bagi anda yang mungkin kurang tahu tentang jenama ini, Bell & Ross merupakan antara pemain utama pembikin jam premium yang juga mengambil inspirasi indsutri penerbangan sebagai pilihan ramai lelaki sukses.
BR 05 merupakan antara model jam baru yang diperkenalkan oleh mereka. Beberapa versi telah dipasarkan sebelum ini dan kini Bell & Ross mengetengahkan versi ‘Skeleton’.
Menariknya model terbaru ini tampil dengan elemen yang lebih ringkas. Apa yang dibawa menerusi model terbaru ini ialah ketepatan, tahan lasak dan juga reka bentuk yang menggabungkan elemen bulat dan segi petak.
Dari segi rekaan pula, Bell & Ross menegaskan bahawa jam ini tergolong dalam ‘famili’ integrated case di mana tali jamnya seakan bercamtun terus dengan bahagian body jam.
Dengan saiz 40mm, ia merupakan saiz yang cukup sederhana serta sesuai buat jejaka yang mahu tampil lebih minimalis. Ia juga melekat dengan padan pada bahagian tangan bila dipakai kerana rekaan melengkung pada bahagian arc.
Sebagai alternatif, Bell & Ross juga menawarkan tali jam getah yang mampu memberikan gaya lebih berbeza.
Bell & Ross BR 05 Skeleton hanya dikeluarkan dalam jumlah 500 unit di seluruh dunia. Dan ia pastinya menjadi rebutan para penggemar jenama jam ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ketibaan Ramadan pastinya dimeriahkan dengan pelbagai jualan baju raya yang mula ditawarkan kepada pengguna. Sebagai salah sebuah pengendali rangkaian peruncitan terbesar dan terkemuka di Malaysia, MYDIN turut sama menampilkan rekaan baju raya yang eksklusif.
Biarpun pelbagai rekaan moden baju Melayu yang dijual di pasaran, MYDIN lebih optimis dengan rekaan baju Melayu yang lengkap dengan samping di bawah jenama Mikhail.
Dikeluarkan khas sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri pada tahun ini, rekaan baju Melayu ini tampil elegan dan mengekalkan ciri-ciri tradisi dengan pelbagai warna menarik. Warna-warna yang dipilih merupakan seleksi tona warna trend terkini yang mampu menyerlahkan gaya segak seorang lelaki.
Koleksi istimewa yang turut dilancarkan bersama Kempen Girang Syawal Tiba 2019 ini boleh didapati di semua cawangan pasar raya MYDIN di seluruh negara.
Selain rekaannya yang berkualiti, koleksi ini turut menampilkan bersama koleksi pakaian sedondon untuk wanita dan kanak-kanak di bawah jenama Mikayla.
Sambutan Syawal anda dan keluarga pada tahun ini pasti lebih lengkap serta bermakna dengan adanya koleksi Mikhail yang menjadi persalinan anda di hari lebaran.
1. Mengekalkan sentuhan baju Melayu klasik merupakan antara keunikan dalam koleksi Mikhail. HARGA: RM59.90
2. Serlahkan kelainan dengan persalinan baju Melayu Teluk Belanga tanpa poket di bahagian bawah baju. HARGA: RM69.90
3. Baju Melayu kelabu ini segak digandingkan dengan samping warna maroon untuk gaya hari lebaran. HARGA: RM69.90
4. Gabungan samping bertona warna sama bakal jadi trend popular Syawal pada tahun ini. HARGA: RM59.90
5. Stail lelaki maskulin bergaya di Hari Raya dengan padanan samping rona ungu. HARGA: RM69.90
6. Baju Melayu hijau pucuk pisang menampilkan gaya sopan seorang jejaka. HARGA: RM69.90
7. Hitam tidak pernah gagal dalam menyerlahkan sisi maskulin seorang lelaki. HARGA: RM69.90
8. Rekaan samping Mikhail yang kaya dengan corak bermotifkan geometri Islamik. HARGA: RM69.90
9. Baju Melayu hijau gelap ini dijangka menjadi antara warna popular di pagi lebaran tahun ini. HARGA: RM69.90
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.