Nampaknya jenama New Balance meneruskan legasi mereka di kalangan peminat kasut atau sneakerhead dengan koleksi kolaborasi terbaru.
Terkini, New Balance bakal menampilkan koleksi kolaborasi bersama jenama skateboard popular dan cukup berpengaruh dari London iaitu Palace Skate Skateboards.
Koleksi ini terlebih awal telah dilancarkan secara eksklusif menerusi laman sesawang Palace. Manakala di laman sesawang New Balance pula ia akan mula boleh didapati bermula esok, 30 September 2022. New Balance x Palace 580 juga dilaporkan dipasarkan ke seluruh dunia.
Ini merupakan kolaborasi pertama New Balance bersama Palace yang cukup dinantikan ramai. Untuk kolaborasi ini, Palace Skateboards mengetengahkan rekaan yang banyak bermain dengan sisi nostalgia 90-an.
Pemilihan siluet New Balance 580 juga menonjolkan kelainan. Sebanyak dua colorway berbeza telah dihasilkan dengan tona warna lapis blue, neutral gargoyle, pensy violet dan deep shaded spruce.
New Balance x Palace 580 turut disertakan dengan ciri-ciri unik yang cukup digemari sneakerhead seperti bespoke stash pocket tongue dan juga cetakan jenama Palace di bawah logo New Balance.
Buat anda yang mungkin berminat dan ingin mencuba nasib mendapatkan kasut ini bolehlah layari www.newbalace.com.my pada esok.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI