Himpunan koleksi kolaborasi di antara jenama pakaian mampu milik dan jenama mewah kini dilihat sebagai di antara trend baharu yang membawa keunikannya tersendiri.
Sebagai jenama fesyen yang cukup universal, UNIQLO sentiasa dikenali ramai kerana keterbukaan mereka untuk berkolaborasi dengan pelbagai pihak dari cabang seni berlainan. Terbaru, UNIQLO telah mengumumkan kerjasama mereka bersama jenama fesyen mewah dari Itali yang cukup terkenal, MARNI.
Menerusi kenyataan medianya, UNIQLO berkata kolaborasi ini telah dinantikan dengan cukup lama oleh penggemar kedua-dua jenama. Koleksi UNIQLO x MARNI diketengahkan dengan sentuhan yang lebih berani dan menyerlah dengan sifat keremajaan serta identiti rekaan kedua-dua jenama.
UNIQLO LifeWear terkenal dengan rekaan minimalis dan pakar dalam teknikal pakaian manakala MARNI pula tersohor dengan nilai estetika pelbagai corak dan bentuk unik. Kedua-dua elemen ini diketengahkan menerusi koleksi yang membariskan cukup banyak variasi pilihan pakaian.
Menurut Pegawai Eksekutif Senior dan Ketua R&D UNIQLO, Yukihiro Katsuka berkata,” Kami berbangga dengan kolaborasi bersama MARNI yang telah menyaksikan kelahiran koleksi musim baru dan memberikan keriangan berpakaian.
“Falsafah UNIQLO adalah mudah iaitu dengan ringkas, kualiti tinggi, berfungsi dan sarat dengan ciri-ciri kreativiti. Kami juga berbezar hati memperkenalkan koleksi kolaborasi bersama MARNI dengan sensasi cukup positif,” tambahnya lagi.
Manakala bagi Pengarah Kreatif MARNI pula berkata, “Kami juga begitu teruja melihat kejayaan kolaborasi ini sejak dari mula lagi. Keseluruhan proses menghasilkan koleksi ini mendukung visi UNIQLO dan dalam masa yang sama menawarkan visi MARNI dengan rekaan tersendiri”.
Koleksi UNIQLO x MARNI boleh didapati menerusi platform e-dagang mereka dan juga outlet UNIQLO Fahrenheit88.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
5 Pemimpin Tertua Di Dunia Ini Masih Aktif Menguruskan Hal Negara. Hebatnya Mereka Ni
Malaysia masih lagi dalam keadaan separa sedar dengan berita kemenangan PH pada pilihanraya ke 14 Khamis lalu. Rata-rata mengucapkan tahniah kepada antara satu sama lain kerana bersepakat dalam mengubah pentadbiran negara. Bukan saja rakyat Malaysia, malah pengamal media luar juga terkejut dengan negara Malaysia yang telah melakar sejarah dengan memperolehi Perdana Menteri tertua di Dunia. Hebat tak Malaysia?
Tun Mahathir mungkin Pemimpin tertua di dunia, namun disini kami ingin listkan beberapa lagi pemimpin yang berusia namun masih lagi aktif bekerja.
- Dame Marguerite Matilda Pindling
Mungkin anda tertanya-tanya siapakah wanita ini. Ia adalah Governor General Bahamas terkini sejak kali pertama memengang tahta pada tahun 8 July 2014. Peranan beliau lebih kurangg Ratu Elizabeth dimana beliau menguruskan pelantikan perdana menteri dan menteri-mentari serta hal ehwal Bahamas. Oleh kerana Ratu Elizabeth II tidak boleh menampung tugas yang banyak, maka beliau telah menyerahkan tugasan dalaman Bahamas kepada Merguerite. Beliau dilahirkan pada tahun 1932 dan berumur 86 tahun ini.
- Sheikh Sabah IV Ahmad Al-Jaber Al-Sabah
Sheikh Sabah IV Ahmad Al-Jaber Al-Sabah dilahirkan pada 16 Jun 1929) adalah Raja ke-15 dan Emir ke-5 Kuwait dan Panglima Angkatan Tentera Kuwait. Beliau bersumpah pada 29 Januari 2006 selepas pengesahan oleh Dewan Negara. Beliau adalah anak keempat dari Sheikh Ahmad Al-Jaber Al-Sabah. Yang Mulia Amir dari Negeri Kuwait Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah telah dihormati oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 9 September 2014 dan menamakan pemimpin pekerjaan kemanusiaan. Pada bulan Mac 2017, beliau telah dianugerahkan Doktor Kehormat dari Universiti Kuwait untuk peranan kemanusiaan dan globalnya. Beliau berusia 89 tahun.
- Mohamed Beji Caid Essebsi
Dilahirkan pada 29 November 1926 yang telah menjadi Presiden Tunisia sejak Disember 2014. Sebelum itu, beliau berkhidmat sebagai Menteri Luar Negeri dari 1981 hingga 1986 dan sebagai Perdana Menteri dari Februari 2011 hingga Disember 2011.
Essebsi adalah pengasas parti politik Nidaa Tounes, yang memenangi pluraliti dalam pilihan raya parlimen 2014. Pada bulan Disember 2014, beliau memenangi pemilihan presiden biasa yang pertama berikutan Revolusi Tunisia, menjadi Presiden pertama yang dipilih secara bebas dan langsung di Tunisia. Usia beliau hari ini 92 tahun.
- Ratu Elizabeth II
Elizabeth II (Elizabeth Alexandra Mary, lahir pada 21 April 1926) merupakan Ratu United Kingdom dannegara-negara Komanwel yang lain.
Ratu Elizabeth dilahirkan di London sebagai anak pertama Duke dan Duchess of York, kemudian Raja George VI dan Queen Elizabeth, dan dia dididik secara peribadi di rumah. Ayahnya menyerahkan takhta kepada saudaranya Raja Edward VIII pada tahun 1936, dari mana dia menjadi ahli waris. Dia mula menjalankan tugas awam semasa Perang Dunia Kedua, yang berkhidmat dalam Perkhidmatan Wilayah Bantuan. Pada tahun 1947, dia berkahwin dengan Philip, Duke of Edinburgh, bekas putera Greece dan Denmark, yang mempunyai empat orang anaknya iaitu Charles, Prince of Wales, Anne, Princess Royal; Andrew, Duke of York, dan Edward, Earl of Wessex. Hari ini Ratu kita ini berusia 92 tahun.
- Tun Dr. Mahathir Mohamad
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, lahir 10 Julai 1925) merupakan seorang ahli politik Malaysia yang kini berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh. Beliau adalah pengerusi pakatan Pakatan Harapan, serta ahli Parlimen Malaysia untuk kawasan Langkawi di Kedah. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Perdana Menteri keempat dari 1981 hingga 2003, menjadikannya pemegang jawatan terpanjang dalam dunia. Kerjaya politik Tun Mahathir telah merangkumi lebih daripada 70 tahun sejak dia mula bergabung dengan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang baru terbentuk pada tahun 1946, sebelum membentuk partinya sendiri, Parti Pribumi Bersatu Malaysia, pada 2016. Hari ini Tun berusia 93 tahun menjadikan beliau seorang pemimpin tertua di Dunia.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Sakit Kepala Dan Telinga Berdesing Tanda Anda Penghidap Darah Tinggi. Kena Hati-Hati Ni
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, 1.13 bilion orang di dunia mengalami tekanan darah tinggi. Semakin kita berusia, semakin tinggi peluang untuk menerima penyakit ini. Tetapi apa sebenarnya penyebab tekanan darah tinggi, dan apa yang boleh kita lakukan untuk menghindarinya?
Apa itu darah tinggi?
Sebelum kita pergi lebih dalam mengenai penyakit ini, anda perlu tahu apa yang di maksudkan tekanan darah tinggi. Ia merupakan peredaran darah yang bergerak di dalam alteri anda, darah yang dipaksa untuk melalui dinding alteri anda akibat beberapa faktor menyebabkan darah tinggi berlaku.
Bagaimana untuk membaca darah tinggi?
Terdapat pelbagai alat untuk membaca tekanan darah. Anda boleh dapat alat-alat ini di farmasi atau pusat rawatan kerajaan atau swasta. Terdapat juga peranti yang boleh dibeli untuk rumah anda. Bacaan tekanan darah sentiasa diambil dari lengan anda, di peringkat jantung anda. Jika anda memakai lengan panjang, penting untuk menggulungnya untuk mendapatkan bacaan yang paling tepat.
Apakah tekanan darah tinggi?
Dalam bidang perubatan, dua bacaan diperlukan untuk mengira tekanan darah. Yang pertama adalah tekanan sistolik. Inilah bacaan yang lebih tinggi dari kedua-dua, kerana ia diambil pada saat tindak balas hati anda. Yang kedua adalah tekanan diastolik. Ini diambil apabila jantung dalam keadaan tenang, dan bacaan yang lebih kecil. Anda mempunyai tekanan darah tinggi, juga dikenali sebagai hipertensi, jika anda mempunyai bacaan 140/90 mmHg (milimeter merkuri) atau lebih.
Faktor Darah tinggi
Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, yang sering dikaitkan dengan gaya hidup kurang sihat seperti merokok, tidak aktif, mengalami obesiti, makan makanan cepat saji, dan minum terlalu banyak alkohol. Terdapat juga faktor lain seperti umur meningkat, kencing manis, kolesterol atau keadaan buah pinggang.
Bagaimana penyakit ini dapat dicegah?
Tidak ada rawatan yang boleh menghilangkan penyakit ini sekaligus. Sudah tentu, ubat-ubatan memang ada untuk mengurangkan tekanan darah, tetapi jika anda tidak membuat sebarang perubahan pada gaya hidup anda, mereka mungkin tidak mempunyai kesan. Berikan diri anda kemungkinan terbaik untuk berjaya dengan bergerak lebih banyak dan makan dengan lebih baik.
Tekanan darah tinggi yang tidak dirawat boleh menjadi sangat berbahaya, meningkatkan risiko anda mengalami strok, serangan jantung atau kegagalan jantung berfungsi. Tekanan tinggi adalah masalah kesihatan yang tidak boleh diabaikan. Namun mencegah kan lebih baik dari merawat.
Simptom darah tinggi
- Sakit kepala
Mengalami sakit kepala sekali-sekala tidak bermakna anda mempunyai tekanan darah tinggi. Secara amnya, mereka yang mengidap keadaan ini mengadu sakit kepala pada waktu pagi apabila mereka bangun. Kesakitan cenderung terletak di bahagian atas kepala dan di lehernya.
Mudah letih
Adakah anda menghadapi masalah bangun dari katil pada waktu pagi? Adakah anda berasa letih sepanjang hari? Anda mungkin kurang tidur atau vitamin. Tetapi anda mungkin juga mengalami tekanan darah tinggi, terutamanya jika anda mengalami sakit kepala sebelum tengah hari.
- Telinga anda berdesing
Berdesing di telinga kadang kala disebabkan tahi telinga berlebihan atau sebagai kesan sampingan antibiotik. Ia juga memberi kesan kepada pesakit tertentu yang mempunyai tekanan darah tinggi. Walau bagaimanapun, gejala ini hanya akan menjadi jelas apabila tekanan darah tinggi adalah teruk, bermakna anda sudah wajib mendapatkan nasihat perubatan secepat mungkin.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Lokasi Paling Sesuai Untuk Anda Yang Kedekut BerDating, Salah Satunya Pergi Ikea
Dalam dunia serba berbayar sekarang ni, semua orang terpaksa berjimat terutamanya lelaki. Mana tidaknya, sudahlah tanggungjawab terhadap ibu bapa, malah nak memiliki pasangan hidup pun memerlukan seorang lelaki itu untuk menyimpan duit dengan banyak. Ramai lelaki beranggapan bahawa memiliki pasangan akan lebih membebankan kehidupan mereka, dengan keadaan ekonomi yang tidak memberangsangkan ini. Ayat seperti
“lecehlah ada teman wanita ni, nak keluar kita yang kena keluar duit, habis macam tu je”
Hakikatnya, wanita tidak begitu memilih tempat-tempat yang mahal untuk meluangkan masa bersama. Janji romantik. Ini antara tempat-tempat yang anda boleh bawa teman wanita anda, ataupun wanita yang anda baru kenal.
- Pantai
Nak cari mana pantai dekat KL ni? Bawak di pe port klang pun sudah memadai. Sebelum sampai tu, belilah jajan dan air tin di 7 Eleven. Berbual dengannya sambil menikmati keindahan matahari terbenam. Dari situ, banyak perkara yang anda dapat pelajari dari pasangan anda. Dalam pada masa yang sama, apa kata jika anda meriahkan dating tadi dengan permainan seperti True & Dare, Uno, atau mana-mana permainan running man yang bersesuaian dengan situasi.
- Memasak
Sesekali ajak si dia datang ke rumah anda, dan nikmati masakan anda di taman bawah rumah. Jika anda duduk di kawasan yang mempunyai taman, atau swimming pool, lagi cun. Habiskan masa dengannya di kasawan tersebut. Masak sesuatu yang anda sendiri tidak pernah cuba, dan beri dia rasa masakan anda. Jangan berniatkan nak tunjuk skills, atau nak mengatakan anda hebat dalam masakan. Tapi, dengan cara ini, anda akan dapat melihat reaksi comel si dia ketika merasa masakan anda. Pasti comel.
- Berjalan
Tempat paling menarik untuk berjalan tanpa gangguan trafik yang banyak ialah di Putrajaya. Sebenarnya anda boleh gabungkan tempat 1 dan tempat 2, di kawasan Putrajaya. Berjalan-jalan dengannya sambil berbual. Kalau anda dan pasangan sejenis gemar dengan aksi lasak, kami syorkan anda berdua berjogging atau menaiki basikal dan pusing-pusing kawasan tersebut. Bukan saja dapat berdating, malah dapat juga anda berdua membakar lemak, walaupun sedikit. Jika mereka gemar hiking, itu lebih bagus. Sihat pu sihat.
- Pasaraya
Apa yang ada dengan pasaraya ni? Andai kata anda tinggal bersama keluarga, dan anda di minta untuk ke pasaraya untuk membeli barang dapur. Apa kata anda ke pasaraya berdekatan dengan rumah si dia (tidak sesuai untuk pasangan jarak jauh). Beli barang dapur bersama si dia boleh dianggap dating. Jika si dia mahu beli barang dapur pun anda boleh teman mereka. Banyak topik dan pengetahuan anda dan si dia boleh bualkan ketika membeli-belah sebenarnya.
- Ikea
Biar benar nak luangkan masa dengan pasangan di Ikea. Untuk pengetahuan anda, Ikea merupakan tempat yang strategik untuk berdating. Ini adalah tempat yang menyeronokkan apabila anda meletakkan imaginasi dan kreativiti anda untuk setiap perabot dalam Ikea. Anda boleh kembali ke zaman kanak-kanak dengannya dengan bermain kahwin-kahwin, dan berbincang soal isu negara di kawasan pameran pejabat! Dan apabila anda berdua sudah kepenatan main permaian kanak-kanak ini, anda berdua boleh ke cafe dan menikmati meatball yang in trend itu. Tapi ingat, kawasan dating ini hanya sesuai untuk mereka yang sudah kenal lama, jangan pula pertemuan pertama anda dah bawa pasangan ke sini. Ini akan menimbulkan awkward.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI