Jam tangan sudoah berdekad lamanya dianggap sebagai sebahagian daripada item personaliti, fesyen serta status seseorang. Kini jam tangan telah terbahagi kepada banyak kategori berbeza dengan segala macam rekaan yang unik dan tersendiri.
Terbaru, Time Zone yang merupakan divisyen jam tangan di bawah Habib Group membawakan jenama KOMONO di pasaran Malaysia. Sebagai salah sebuah jenama pengedar dan pengeluar disegani ramai, Time Zone sentiasa menampilkan seleksi jam yang cukup relevan dengan trend semasa.
Minggu lalu, MASKULIN berkesempatan memenuhi jemputan Time Zone untuk menghadairi sesi KOMONO Preview 2021. Bagi anda yang mungkin tidak berapa tahu tentang jenama ini, KOMONO merupakan jenama yang bertapak dengan budaya tradisi Belgium yang cukup mementingkan hasil kraf dan kerja tangan berkualiti tinggi.
Perkataan KOMONO itu sendiri bermakdus ‘sesuatu yang kecil’. Menampilkan seleksi yang lebih minimalis dan rigkas, KOMONO menggabungkan visi dan penunjuk masa dalam trend fesyen global terunggul.
Diasaskan di Antwerp pada tahun 2009 oleh bekas atlet papan salji, Anton Janssens dan Raf Maes, KOMONO telah berjaya menembusi pasaran dengan rekaan tersendiri. Selain jam tangan, KOMONO juga menghasilkan aksesori seperti cermin mata, aksesori optikal dan juga topeng ski.
Pada sesi preview tersebut, Time Zone memperkenalkan tiga model jam tangan KOMONO terbaru iaitu The KATE, The MONO dan The KONRAD. Ketiga-tiga jam tangan istimewa KOMONO ini hadir dengan satu persamaan iaitu rekaan yang cukup minimalis, ringkas dan mesra trend terkini.
Koleksi ini juga kaya dengan variasi warna yang menarik dan mampu memenuhi permintaan pelbagai peringkat usia dengan konsepnya yang sangat universal.
Koleksi KOMONO kini boleh didapati di outlet terpiliih Time Zon serta di beberapa platform online seperti Lazada, Shopee dan Zalora.