Koleksi Istimewa Tahun Baharu Lunar Dari New Balance Tampilkan Rekaan Inspirasi Zodiak Arnab

Share

Setiap kali kemunculan Tahun Baharu Cina atau Tahun Baharu Lunar pasti banyak jenama fesyen memperkenalkan koleksi istimewa mereka. Tidak ketinggalan jenama sukan dan gaya hidup yang kini cukup mendapat tempat di kalangan penggemar fesyen iaitu New Balance.

Dianggap sebagai ‘sneaker brand of the year’ oleh ramai peminat, New Balance dilihat sekali lagi berjaya menghasilkan satu koleksi yang cukup menarik. Kemunculan Tahun Arnab bagi sambutan tahun ini dijadikan sebagai inspirasi utama New Balance menampilkan beberapa model kasut.

Lebih menarik koleksi ini ditampilkan dengan tema bagi meraikan kebersamaanm kesejahteraan dan meraikan kepelbagaian personaliti setiap individu serta gaya berbeza.

Diserikan dengan inspirasi tema zodiak arnab, koleksi Lunar New Year dari New Balance menampilkan koleksi kasut dan juga pakaian yang versatail hadir dengan tona warna neutral serta lirikan warna merah.

New Balance 550

Model-model kasut yang menjadi pilihan New Balance untuk diketengahkan menerusi koleksi ini ialah dari siri 550, 574, 2002R dan juga 9060. Setiap satunya hadir dengan personaliti tersendiri sesuai untuk penggayaan di musim perayaan.

New Balance 2002R
New Balance 5060

Buat mereka yang ingin tampil dengan gaya lebih minimalis dan santai, inilah seleksi yang boleh menonjolkan keterampilan diri dengan cukup menarik. Koleksi ini telah mula berada di pasaran sekarang.

New Balance 574

Ia boleh didapati di beberapa outlet New Balance seperti di Pavilion KL, Sunway Pyramid, One Utama, Mid Valley Megamall and Southkey dan laman e-dagang di sini.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim