Koleksi Fall/Winter 2019 TIMBERLAND Tampilkan Seleksi But & Jaket Tahan Lasak

390

Tidak dapat dinafikan Timberland merupakan jenama yang sangat sinonim dengan kasut but.

Sejak berdekad lamanya Timberland telah menjadi pilihan bukan sahaja di kalangan penggemar aktiviti lasak dan menjelajah tetapi ia juga sudah sebati sebagai antara kasut popular dalam pelbagai fesyen sub budaya.

Dengan sejarahnya yang kaya dengan kepakaran mencipta pelbagai barangan khususnya untuk aktiviti outdoor, Timberland tidak pernah gagal mengetengahkan rekaan-rekaan terkini yang muncul bersama teknologi terbaru.

Untuk koleksi musim Fall/Winter 2019, Timberland memperkenalkan dua produk yang mampu memberuikan perlindungan serta membangkitkan gaya urban dalam suasana cuaca tidak menentu.

BACA: Tip Mudah Jaga Kasut Kulit Agar Lebih Tahan Lama & Cantik

Koleksi Ultimate Boot dan Ultimate Winter Jacket merupakan dua ciptaan terbaru Timberland yang direka dengan menggunakan silver-rated tannery serta mendapat pengiktirafan daripada Leather Workign Group kerana mengamalkan praktis mesra alam sekitar.

Timberland juga menyerapkan teknologi terbarunya di dalam koleksi Ultimate Boot iaitu TimberGrip, sistem sole atau tapak kasut yang dihasilkan daripada kompau getah berasakan bio.

Ia bukan sahaja memberikan cengkaman terbaik tetapi mempunyai kemampuan untuk digunakan di atas permukaan licin.

Manakala teknologi Primaloft pula menawarkan keselesaan maksimum kepada pemakainya dan juga sangat ringan. Bagi model but 6 inci pula, ia turut dilengkapi dengan TimberDry, sejenis membran tahan kering bagi memberikan perlindungan ekstra.

Koleksi Ultimate Boot ini boleh didapati dalam pilihan 6 inci dan juga Chukka.

Ultimate Winter Jacket pula sesuai digunakan untuk menghadapi pelbagai jenis cuaca ekstrem contohnya hujan lebat seperti di negara kita. Inovasi teknologi DryVent menyaksikan jaket ini berfungsi dengan baik dan tidak panas selain itu ia turut kalis air.