Mungkin ramai di antara anda mengenali jenama KOMONO dengan seleksi jam tangan yang dihasilkannya. Namun tahukah anda jenama asal Belgium ini juga turut mengeluarkan koleksi kaca mata atau eyewear yang cukup ‘stailo’!
Terbaru, KOMONO telah melancarkan koleksi kolaborasinya bersama perunding dan ikon fesyen terkenal dari Belgium, Tom Eerebout. Turut tampil bekerjasama untuk koleksi ini ialah rakan kreatifnya, Sandra Amadorm mereka menghasilkan koleksi elegan yang turut mendapat perhatian selebriti global terkenal.
Sebelum ini, Tom Eerebout pernah melakukan kerjasama bersama penyanyi pop terkenal, Lady Gaga. Malah, dia juga pernah memberikan khidmat rundingan sepanjang siri jelajah ‘theJoanne’ dan juga residensi Lady Gaga di Las Vegas.
Koleksi kolaborasi ini menampilan kapsul pertama yang akan dilancarkan pada penghujung Mac 2022. Sentuhan pertamanya menerusi rekaan eyewear ini menyaksikan pendekatan estetika elegan dan glamor di karpet merah sesuai digayakan untuk lelaki dan juga wanita.
Lebih menarik ia dihasilkan daripada bahan mesra alam sekitar dan diinspirasikan daripada Buddy Holly dan imeh dari Waylon Jenning 1959.
Pada majlis pelancarannya di Time Zone IOI Mall City Mall Putrajaya ia turut dihadiri Pengerusi Habib Group, Dato’ Sri Meer Habib.
Beliau turut berkongsi keterujaannya melihat koleksi yang cukup menawan dari KOMONO. Selain itu, majlis turut diserikan dengan kehadiran beberapa personaliti laman media sosial seperti Marc Sadique,Irene Sin, Nurina Myylia dan Norishkamilya.
Koleksi eyerwear elegan ini kini boleh didapati di beberapa cawangan otulet Time Zone seperti di Ampang, Putrajaya dan juga Kuala Lumpur. Selain itu ia juga turut ditawarkan menerusi laman e-dagang terkenal seperti Lazada, Shopee dan Zalora.