Jenama HUBLOT sememangnya tidak asing lagi terutamanya di kalangan penggemar jam mewah dan premium. Sentiasa menampilkan rekaan yang trendy serta terkini, HUBLOT juga sentiasa menawarkan konsep yang lebih dekat dengan penggemar jenamanya terutama di sekitar Asia Tenggara.
Pengenalan koleksi HUBLOT South East Asia Edition meraikan koleksi istimewa jam sofistikated di jajahan tersebut.
Koleksi ini menampilkan tiga koleksi Big Bang (44mm, 41mm dan 38mm), Classic Fusion 45mm Aerofusion Chronograph Ceramic dan Spirit of Big Bang 42mm.
Terdapat koleksi lelaki dan wanita yang diperkenalkan menjadikannya ia sebagai item sesuai untuk pasangan romantis.
Bagi koleksi lelaki terdapat perbezaan yang cukup signifikan menerusi koleksi ini berbanding model biasa. Kesemua koleksi lelaki ini ditampilkan dengan kemasa berwarna hitam dan emas.
Ia melambangkan kondisi klimak serta cuaca Asia Tenggara yang sentiasa panas dan lembap. Disamping itu juga HUBLOT mengetengahkan reka bentuk tali jam yag mengambil inspirasi rekaan jam 80-an.
Koleksi yang paling menyerlah ialah Big Bang Chronograph dengan kemasan karbon fiber di bahagian sarung dan juga bezel. Manakala kemasan 3N plat emas pula menonjokan sisi mewah pemakainya.