Koleksi Eksklusif Ralph Lauren x Friends Imbau Nostalgia Fesyen New York

Share

MASKULIN yakin ramai di antara anda pastinya pernah menonton sekurang-kurangnya satu episod siri TV popular pada suatu ketika dahulu berjudul, ‘FRIENDS’.

25 tahun lalu Rechel Karen Green karakter lakonan Jennifer Anniston muncul sebagai wanita paling elegan dengan fesyennya menerusi drama bersiri itu.

Lantas, gaya pakaiannya terus menjadi perhatian serta ikutan ramai. Pada era 1990-an hingga awal 2000-an, nama Rachel Karen Green begitu sinonim dalam dunia fesyen.

Pengaruh yang dibawa karakter serta pelakon-pelakon lain dalam siri tersebut kini cuba dihidupkan semula oleh janam mewah, Ralph Lauren.

BACA: Kolaborasi Juara F1, Lewis Hamilton & Tommy Hilfiger Hasilkan Koleksi Pakaian Eksklusif

Koleksi dikenali sebagai Ralph Lauren x Friends ini meranngkumi pelbagai jenis pakaian wanita dan lelaki.

Dari dungarees, baggy combats dan juga seleksi denim menarik menjadi pilihan utama penggemar jenama Ralph Lauren dan juga drama bersiri Friends.

Koleksi ini turut dicipta bersama Warner Bros Consumer Products mengandungi pakaian Ralph Lauren yang telah sedia ada dan juga rekaan ekslusif seperti super-luxe wool suiting.

“Friends telah menjadi sebuah karya yang cukup terpahat dalam ingatan peminat selama 25 tahun. Koleksi ini memberi refelsi dari Ralph Lauren yang turut tidak lekang dek panas dan sesuai buat pemuda-pemudi moden,” jelas wakil jenama Ralph Lauren.

Published by
Farizul Izwany