Koleksi Eksklusif Juventus x Palace x adidas Football Tampilkan Kolaborasi Unik

248

Palace merupakan salah satu jenama skateboarding dan streetwear yang mempunyai pengaruh cukup besar dalam industri fesyen masa kini.

Walaupun impaknya tidaklah sebesar jenama Supreme namun ia turut menjadi pilihan ramai ikon-ikon fesyen terkenal antarabangsa.

Sejak Mei lalu sudah bertiup kencang tentang khabar angin kolaborasi antara Palace, adidas dan juga pasukan bolasepak yang juga juara Itali, Juventus FC.

Dan kini kolaborasi istimewa ini direalisasikan dengan ketiga-tiga nama besar dalam bidangh masing-masing ini mengetengahkan koleksi yang memaparkan jersi, t-shirt, seluar dan pelbagai aksesori.

Pada perlawanan baru-baru ini juga, Juventus telah menggunakan jersi keluaran has daripada kolaborasi in ketika menentang pasukan Genoa.

Ketika itulah ia mula menjadi tular dan bahan bualan ramai terutamanya di kalangan peminat fesyen dan bola sepak. Kolaborasi ini dikatakan mengambil template daripada kit adidas pada kejohanan Piala Dunmia 2006 yang berlangsung di Jerman.

Jersi keluaran khas Juventus memaparkan padanan jersi tradisional hitam putih Juventus bersama kemasan warna hijau neon di bahagian logo, lengan baju, nama, bombor dan tulisan Palace x adidas di bahagian dada sebelah kanan.

Mungkin ramai tak tahu bahawa sebelum ini Palace pernah menghasilkan dua baju yang diinspirasikan daripada pasukan Juventus yang dipakai sekitar tahun 1980-an.

Langkah ini dilihat seakan mengikut jejak langkah yang dilakukan oleh pasukan juara dari Perancis, Paris St Germain dan jenama Jordan dari Nike.