Bila dua nama besar dalam industri fesyen lelaki berganbung. Lalu menghasilkan koleksi eksklusif yang bukan sahaja hebat tetapi membawa elemen istimewa dengan setiap item mendapat sentuhan dua perekanya.
Itulah yang boleh kita saksikan menerusi koleksi terbaru kolbaorasi jenama Ermenegildo Zegna dan Fear of God, jenama yang diasaskan oleh Jerry Lorenzo.
Bukan senang untuk kita saksikan dua jenama hebat seperti ini melakukan kolaborasi dengan memperkenalkan koleksi yang cukup menarik. Bahkan ‘penyatuan’ dua jenama yang popular dari segmentasi berbeza dengan Ermenegildo Zegna fesyen high-end dan Fear of God, premium streetwear membuatkan ia lebih istimewa.
Koleksi Ermenegildo Zegna x Fear of God mengetengahkan sentuhan klasik Pengarah Artistik Ermenegildo Zegna, Allesandro Sartori yang lebih besifat sartorial manakala Jerry Lorenzo pula membawa nafas streetwear dengan sofistikated dan lebih relaks dan essential.
Menerusi koleksi ini juga kita dapat menyaksikan gabungan rekaan daripada dua pengaruh kota fesyen berbeza iaitu Milan dan New York.
Keinginan menerapkan kolaborasi ini dicetuskan menerusi sentuhan artistik daripada Ermenegildo Zegna. Manakala ia direalisasikan bersama oleh antara nama terbesar dalam industri streetwear, Jerry Lorenzo.
Bagi anda yang berminat, koleksi eksklusif ini kini boleh didapati di butik Ermenegildo Zegna, Pavillion Kuala Lumpur.
Buat anda yang ingin mencari ite fesyen berjenama pada harga menarik pula boleh dapatkannya di sini.