
Bila dua nama besar dalam industri fesyen lelaki berganbung. Lalu menghasilkan koleksi eksklusif yang bukan sahaja hebat tetapi membawa elemen istimewa dengan setiap item mendapat sentuhan dua perekanya.
Itulah yang boleh kita saksikan menerusi koleksi terbaru kolbaorasi jenama Ermenegildo Zegna dan Fear of God, jenama yang diasaskan oleh Jerry Lorenzo.
Bukan senang untuk kita saksikan dua jenama hebat seperti ini melakukan kolaborasi dengan memperkenalkan koleksi yang cukup menarik. Bahkan ‘penyatuan’ dua jenama yang popular dari segmentasi berbeza dengan Ermenegildo Zegna fesyen high-end dan Fear of God, premium streetwear membuatkan ia lebih istimewa.
SENTUHAN SOFISTIKATED
Koleksi Ermenegildo Zegna x Fear of God mengetengahkan sentuhan klasik Pengarah Artistik Ermenegildo Zegna, Allesandro Sartori yang lebih besifat sartorial manakala Jerry Lorenzo pula membawa nafas streetwear dengan sofistikated dan lebih relaks dan essential.

Menerusi koleksi ini juga kita dapat menyaksikan gabungan rekaan daripada dua pengaruh kota fesyen berbeza iaitu Milan dan New York.
Keinginan menerapkan kolaborasi ini dicetuskan menerusi sentuhan artistik daripada Ermenegildo Zegna. Manakala ia direalisasikan bersama oleh antara nama terbesar dalam industri streetwear, Jerry Lorenzo.
Bagi anda yang berminat, koleksi eksklusif ini kini boleh didapati di butik Ermenegildo Zegna, Pavillion Kuala Lumpur.
Buat anda yang ingin mencari ite fesyen berjenama pada harga menarik pula boleh dapatkannya di sini.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Dimana Pelakon-Pelakon Bawang Merah Bawang Putih Sekarang?

Siapa tak pernah tengok bawang merah bawang putih versi Indonesia suatu ketika dahulu. Ketika itu, tak kira lelaki atau perempuan bahkan kanak-kanak juga tidak lekang dari hadapan kaca tv untuk turut menonton drama bersiri sebanyak 108 episod itu. Sinetron yang di tontonkan di tv3 setiap isnin hingga khamis jam 2.30pm ini mendapat perhatian rakyat malaysia sekitar tahun 2006-2007.
Pasti semua ingin tahu wajah mereka setelah 12 tahun drama tersebut melabuhkan tirainya kan?
Revalina S. Temat
Memegang watak sebagai bawang putih, Revalina kini telah mendirikan rumah tangga dan telah pun dikurniakan cahaya mata. Pastinya masih lagi terbayang wajah Alya yang “sok suci” itu kan? Ketika ia memegang watak sebagai bawang putih wanita cantik ini berusia 33 tahun ini tidak begitu aktif di industri hiburan dan hanya fokus pada keluarga kecilnya sahaja. Selain daripada berjaya memegang watak sebagai bawang puth, sekitar tahun 2009 wanita ini aktif dalam filem Malaysia mahupun Indonesia. Antara filem yang menjadi hit adalah Pocong dan Cintaku Forever bergandingan dengan Yusri KRU.
Nia Ramadhani
Prianti Nur Ramadhani binti Priya Ramadhani ini memulakan kerjayanya sebagai pelakon seawal usia 15 tahun. Memegang peranan sebagai Siska atau lebih dekat dengan panggilan bawang merah, Nia menjayakan watak adik tiri yang kejam terhadap Alya menjadikan ia seorang aktress yang serba boleh. Lahir pada tahun 1990, Nia mendirikan rumah tangga seawal usia 20 tahun dengan pemilik stesen tv, tvOne Ariansyah Bakrie yang juga merupakan anak ahli politik Indonesia. Sejak itu, Nia tidak lagi aktif dalam dunia hiburan dan hanya fokus pada rumah tangga dan tiga cahaya matanya sahaja.
Dimaz Andrian Hary
Ketika zaman bawang merah bawang putih, watak Ferdi merupakan watak teman lelaki yang paling gadis-gadis di Malaysia ingin miliki. Dalam siri sinetron ini, Ferdi merupakan watak lelaki yang direbut oleh bawang merah dan bawang putih. Kalau anda tengok kesemua episod, pasti anda akan jatuh cinta dengan watak Ferdi ni. Selain daripada sinetron bawang merah bawang putih di tv3, Dimaz juga diminati menerusi sinetron Hikmah yang bersiaran di RTM2 sekitar tahun 2005-2006. Dimana Dimaz hari ini ya? Berusia 33 tahun dan masih aktif dalam industri hiburan di Indonesia, Dimaz kini telahpun bergelar suami kepada Novita Triutama Dewi sejak 2011 disamping mengusahakan bisnesnya.
Nena Rosier
Ibu peri yang sentiasa melindungi Alya! Nena mula melibatkan diri dalam lakonan sejak awal 80an lagi. Selain daripada sinetron bawang merah bawang putih Nena aktif dengan drama Cinderella, Hidayah, Ikhlas dan banyak lagi. Masih aktif dalam dunia lakonan, Nena Rosier kembali dengan filem Kuntilanak yang sedang ditayangkan di Malaysia. Nena kini berusia 50 tahun.
Helsi Herlinda
Memegang watak sebagai ibu tiri kepada Alya, dan ibu kepada Siska, Helsi bukanlah seorang yang kejam seperti watak dalam sinetron. Walaupun sering dimarahi oleh mak cik-mak cik kerana wataknya yang jahat, namun kerana watak antagonisnya yang berjaya, sebuah drama itu menjadi sehingga ke hari ini.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Panduan Pilih ‘Spek’ Mata Hitam Sebelum Membelinya Agar Wajah Tampan Lebih Menyerlah

Ramai mengenalinya dengan bahasa pasar, ‘spek’ hitam.
Bagi lelaki ‘spek’ atau cermin mata hitam atau juga ‘shades’ kini bukan lagi bertindak sebagai pelengkap gaya semata. Ia kini dilengkapi dengan kanta yang bukan sahaja boleh membantu kadar penglihatan lebih baik untuk pelbagai keadaan malah mampu memberikan perlindungan terhadap bahaya cahaya UV.
Ia merupakan item fesyen yang tidak akan lapuk dek panas dan pasti digunakan sepanjang masa oleh lelaki. Dan cermin mata hitam kini juga ]boleh menjadi sebagai salah satu aksesori menyerlahkan personaliti pemakainya menerusi rekaan bingkas, warna kanta dan juga corak yang terdapat pada rekaan.
Memadankan kaca mata dengan pakaian adalah cara yang paling pantas, berkesan, mudah serta lebih menjimatkan untuk menyerlahkan lagi penampilan gaya maskulin anda agar lebih hebat, terutama untuk anda yang ingin nampak berbeza di hari raya.
Kini terdapat kaca mata yang bingkainya diperbuat daripada bahan yang paling eksklusif dan unik seperti tanduk asli dan pelbagai bahan lagi. Rekaan ini bukan dijual dengan harga ratusan ringgit, tetapi sebaliknya ribuan malahan hingga mencecah puluhan ribu ringgit.
Di sini MASKULIN ingin kongsi panduan asas untuk anda memilih cermin mata hitam sebelum membuat keputusan untuk membelinya. Jika betul pilihan, penampilan anda akan jadi jauh bertambah kacak dengan gaya bercermin mata hitam. .
FAKTOR SAIZ
Jika ingin memiliki cermin mata yang tampak seimbang dengan bentuk muka, pastikan bahagian atas bingkai sama ada selari dengan kening atau berada sedikit di bawah kening. Bingkai cermin mata yang berada di atas kening akan tampak seolah-olah kening anda berganda dan keadaan ini membuatkan anda tampak macam orang terkejut.
Bahagian tepi bingkai, iaitu tangkai atau batang bingkai tidak sepatutnya nampak terlalu terkeluar daripada wajah sisi anda.
Bahagian bawah bingkai tidak sepatutnya mencecah pipi. Kesilapan inilah yang sering berlaku. Cermin mata yang terletak terlalu rendah pada pipi membuatkan mata seperti terapung pada bahagian atas cermin. Mata anda sepatutnya berada ditengah-tengah cermin.
BENTUK HIDUNG
Hidung panjang yang kecil boleh diberikan ilusi sedikit pendek jika kita memilih cermin mata yang sesuai. Jadi anda perlu pilih reka bentuk perangkai yang rendah. Bagi hidung yang pesek dan penyek pula, pilihlah perangkai yang berbentuk tinggi untuk membentuk ilusi hidung yang panjang dan kecil.
MATA
Pastikan jarak mata yang jauh boleh didekatkan dengan memakai cermin mata berwarna gelap dan berbingkai berat. Bagi memberikan ilusi sepasang mata yang jauh bagi mereka yang punyai sepasang mata yang dekat, pilihlah perangkai yang cerah dan lut sinar.
TAHAP BERAT
Jika anda berbadan rendah dan mempunyai raut wajah yang lembut, wajah anda mungkin akan tenggelam pada cermin mata yang berat. Pilihan yang tepat adalah cermin mata berbingkai kecil dengan buatan metal yang ringan atau cermin mata tanpa bingkai adalah lebih menarik.
Tetapi jika anda berbadan besar dan mempunyai rangka yang besar, memakai cermin mata kecil tampak seperti tidak kena. Oleh itu, pilih cermin mata yang besar dengan bingkai yang berat untuk memberi keseimbangan secara keseluruhan.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Gaya Fesyen Yang Wajib Kamu Tahu Untuk Temu Janji Pertama Dengan Si Dia!

Jika anda bakal keluar bertemujanji dengan seorang wanita, berpakaianlah seperti seorang lelaki.
Pemakaian anda mestilah boleh difahami oleh si dia dan boleh meyakinkan si dia bahawa anda serius dengan perhubungan anda dengannya, yang mungkin boleh membawa kepada komitmen yang terbesar dalam hidup anda.
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mempunyai drama yang tersendiri pada pertemuan dan perhubungan mereka sebelum perkahwinan yang mana anda sendiri boleh bayangkan bagaimana ianya berlaku dan berapa lama ia bertahan.
Akan tetapi fokus di sini adalah bagaimana untuk menghadirkan diri anda kepada seorang wanita yang sangat layak untuk menjadi pasangan hidup anda dengan cara yang betul.
Tonjolkan pemakaian anda pada temujanji yang pertama. Mengapa?
1. Tarikan fizikal
Ringkasnya, wanita sangat mengambil berat tentang penampilan dan mudah tertarik pada lelaki yang kelihatan sihat dan rupa paras yang menawan.
Pakaian meliputi 90% daripada badan anda, jika ianya dipakai dengan betul ia boleh membantu anda kelihatan lebih baik dengan mengukuhkan ciri-ciri positif diri anda dan meminimakan ciri anda yang kurang menarik.
2. Menunjukkan rasa hormat
Anda tidak akan tahu sama ada wanita yang anda akan temui akan suka pada personaliti anda, tetapi bagaimanapun, anda boleh tentukan visual diri anda yang paling menyerlah dan terbaik.
Si dia pastinya akan menghabiskan banyak masa untuk memastikan dirinya rapi dan menarik pada mata anda.
Setidaknya paling kurang apa yang anda boleh lakukan adalah dengan membalas usahanya itu dengan pemakaian anda sebagai tanda hormat pada si dia.
Anda perlulah melayan orang lain dengan baik jika anda ingin dilayan dengan lebih baik.
Jadi bagaimanakah anda ingin serlahkan diri anda pada si dia menerusi pemakaian?
1. Temujanji yang kasual atau santai
Terutama bagi temujanji yang di luar rumah, pastikan anda memakai pakaian yang sesuai dan kasual tetapi tidak selekeh.
Elakkan memakai pakaian yang membuatkan anda kelihatan seperti tidak rapi atau tidak menjaga pemakaian seperti jeans biru yang pudar atau lusuh, sweatpants atau pakaian sukan (melainkan jika ianya adalah temujanji ketika jogging).
Seluar jeans yang berwarna hitam gelap atau indigo adalah penyeimbang yang baik dan boleh disesuaikan dengan apa-apa baju sama ada T-shirt kolar lengan pendek, kemeja atau jaket sukan.
Selitkan T-shirt anda ke dalam seluar (kecuali jika temujanji adalah di persisiran pantai) dan sepadankan tali pinggang kulit anda dengan sepasang kasut kulit yang sama warna.
2. Temujanji makan malam
Temujanji makan malam atau apa sahaja yang berkaitan temujanji di zaman urbanisasi ini biasanya bermaksud anda perlu memakai jaket.
Anda tidak perlu memakai satu sut yang lengkap jika ia tidak perlu. Cukup sekadar anda memakai blazer dan padankan ia dengan pakaian yang lain untuk kelihatan lebih formal.
Jika anda bertemujanji pada siang hari dan mahukan sesuatu yang tampak lebih kasual, jaket sukan adalah pilihan yang paling terbaik.
Pemakaian blazer atau jaket sebenarnya akan menyerlahkan lagi diri anda dengan perwatakan yang lebih maskulin dan menarik.
Hal ini boleh menjadikan diri anda sentiasa menjadi perhatian bagi wanita-wanita di luar sana dan pastinya bagi si dia yang beruntung dapat bertemujanji dengan anda.
Walaupun temujanji anda adalah tidak formal, anda perlu beri perhatian kepada kasut anda
Sama ada anda memakai kasut kanvas yang digunakan untuk merantau ke bandar atau kasut formal yang digunakan untuk makan malam di hotel lima bintang, si dia akan sentiasa memerhatikan apa yang anda pakai dari atas sehingga ke bawah.
Kasut adalah salah satu petunjuk yang sangat penting kepada personaliti diri anda.
Jadi sentiasa pastikan kasut anda bersih, berfungsi dan bergaya.
Kesimpulannya
Seseorang lelaki yang bakal bertemujanji untuk kali pertama perlu memastikan dirinya rapi, berpakaian kemas dan menyerlah supaya si dia akan rasa lebih seronok untuk meluangkan masa bersama.
Tujuan utama pemakaian yang betul adalah untuk memberikan anda keyakinan untuk fokus terhadap wanita yang anda temujanji.
Semoga anda berjaya untuk temujanji yang pertama!
sumber: lelakisihat.com
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI