Telah banyak kita saksikan kolaborasi istimewa yang dilakukan oleh Levi’s bersama jenama atau filem terkenal.

Jika sebelum ini Levi’s bekerjasama dengan jenama streetwear popular Supreme, kali ini pembikin denim legenda tersebut bakal memperkenalkan koleksi edisi terhad kolaborasi bersama Star Wars.

Kerjasama yang menyaksikan Levi’s berganding bahu bersama Disney dan Lucasfilm ini adalah bersempena kemunculan filem terbaru ‘Star Wars: The Rise of Skywalker’.

Koleksi Edisi Terhad Levi’s x Star Wars Sempena Filem ‘The Rise of Skywalker’ Koleksi Edisi Terhad Levi’s x Star Wars Sempena Filem ‘The Rise of Skywalker’

IKLAN

BACA: 6 Perihal Seluar Denim Yang Perlu Anda Tahu

Ia juga bersempena dengan ulang tahun francais filem sains fiksyen terhebat pernah disaksikan muncul dalam dunia Hollywood.

IKLAN

Difahamkam koleksi Levi’s x Star Wars membariskan seleksi pakaian denim yang diinspirasikan daripada pelbagai karakter, lukisan serta logo berkaitan dengan filem tersebut.

Antara yang paling menarik perhatian ialah trucker jacket, jeans, hooodie dan juga t-shirt. Dan kesemuanya berkisar tentang trilogi terbaru yang diperkenalkan menerusi filem-filem Star Wars.

IKLAN

Koleksi Edisi Terhad Levi’s x Star Wars Sempena Filem ‘The Rise of Skywalker’ Koleksi Edisi Terhad Levi’s x Star Wars Sempena Filem ‘The Rise of Skywalker’

Malah apa yang menarik qutoe terkenal daripada karakter-karakter seperti “I am your father” (Darth Vadder) dan “GGWWWRGHH!!!” (Chewbacca) turut menghiasi seleksi pakaian koleksinya.

Koleksi edisi terhad ini bakal dipasarkan pada 1 November 2019. Persoalannya sekarang adakah koleksi istimewa ini akan turut didapati di negara kita? Sama-sama kita tunggu.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI