Jenama COS yang terkenal dengan pendekatan lebih minimalis menerusi rekaannya memperkenalkan koleksi Spring/Summer 2020. Untuk koleksi eksklusif kali ini, COS Spring Summer melakukan eksplorasi dengan dua konsep prominen yang terikat pada penggunaan praktikal dan imejan struktur arkitek.
Dua gabungan teknkikal dan inobavi yang diketengahkan COS bergerak seiring dengan sentuhan minimalis yang lebih raw – memberikan definisi jelas untuk koleksi pada kali ini.
Selain itu sentuhan hasil kerja berkulaiti tinggi dengan menggunakan bahan tekstil bersifat modernis. Inovasi rekaan divisualkan menerusi fabrik celupan sayuran dan juga coated-denim. Tekstur serta rekaannya mengetengahkan seni interwoven, manakala penggunaan high-waist digabungkan bersama material kain kapas.
Ads
Ads
Dari segi pemilihan palette warna pula, COS menggunakan pengaruh bertema natural ecru, soft neutrals dan indsutrial light grey sebagai asas utama setiap rekaan di dalam koleksi Spring Summer 2020.
Ads
Tumpuan anda pasti lebih menjurus kepada koleksi lelaki yang mengetengahkan sedikit elemen feminin namun masih kuat pada sifat maskulinnya dengan penggunaan double-faced cotton.
Akseseori yang ditawarkan juga tidak kurang menarik dengan koleksi seperti kasut slip-on dan beg yang dihasilkan dengan kualiti cukup baik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
SIAPA YANG INGIN DAPATKAN KEMBALI EDISI ISTIMEWA MASKULIN JANUARI 2016 MENAMPILKAN PERDANA MENTERI MALAYSIA TUN DR MAHATHIR MUHAMMAD?
PRU 14 sememangnya mendebarkan dan penuh dengan kejutan. Sehingga jam 5 pagi rakyat Malaysia masih menunggu keputusan penuh dari pelbagai pihak untuk menentukan siapa yang bakal memegang tahta sebagai kerajaan penggal kali ini. Memang tidak dapat disangkal lagi kehebatan Dr. Mahathir Mohamad yang merupakan presiden parti Pakatan Harapan dengan memenangi majoriti kerusi parliment, menjadikan beliau sebagai perdana menteri yang ke 7 Malaysia. Sejarah tercipta buat pertama kalinya, apabila pembangkang akan mentadbir Negara mulai hari ini!
Maskulin pada suatu ketika berkesempatan untuk menemubual tokoh yang paling disanjungi Malaysia walaupun beliau sudah berusia 92 tahun. Menerusi temubual yang diadakan di pejabat lama beliau di KLCC suatu ketika dahulu, team Maskulin menyingkap liku-liku dan pengorbanan beliau ketika mentadbir Malaysia selama 22 tahun menjadikan beliau Perdana Menteri terlama memegang jawatan tersebut.
Isu yang kami keluarkan pada Januari 2016 mendapat sambutan hangat dari penyokong tegar dan rakyat Malaysia, apabila naskah yang di cetak sebanyak 3000 Berjaya di jual tanpa return! Bukan senang nak lihat wajah Dr Mahathir menghiasi kulit majalah. Pelbagai pandangan dan pendapat yang kami timba sepanjang temu bual bersama beliau.
Dr. Mahathir telah membuktikan bahawa kerajaan boleh bertukar tangan jika rakyat Malaysia bersatu. Suara rakyat yang dahagakan perubahan menjadikan beliau masih berjuang habis-habisan untuk bangsa, agama dan negara. Edisi Januari 2016 ini menjadi inspirasi dan memori buat anak cucu di dimana buat pertama kalinya kami menemu ramah Syed Saddiq yang menyuarakan suara anak muda sekaligus telah memenangi kedudukan di Muar, Johor. Semoga Edisi yang padat dengan info kepimpinan ini tidak malap dipadam dari ingatan. Sekalung tahniah buat Pakatan Harapan dan Dr. Mahathir, kerana berjaya mencipta sejarah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ping pong adalah sukan sihat yang boleh keluarkan peluh dan menguji ketangkasan pemain melantunkan bola selain buatkan anda nampak kaya.
Namun pernah tak anda terbayang, set paddle dan bola ping pong anda itu memiliki beg secara eksklusif untuk ditayangkan?
Idea gila dari LV
Lebih rare lagi, Louis Vuitton (LV) tampil dengan koleksi ping pong tersebut dan penggemar jenama mewah ini pasti akan teruja untuk membeli satu set koleksi ini.
Menariknya, set ping pong ini tersedia dengan 4 biji bola ping pong dan pada bola tersebut diletakkan logo ikonik Louis Vuitton.
Selain itu, sarung untuk paddle diperbuat menggunakan kulit dan corak monogram logo ikonik Louis Vuitton juga diletakkan.
Harga hampir RM10,000
Set ping pong ini sudah boleh dibeli secara atas talian dan untuk memilikinya, anda harus sediakan $2,210 (sekitar RM9,244.43) untuk nampak kaya di meja ping pong.
Selepas membeli set ping pong ini, agak-agak pihak lawan boleh fokus lagi tak untuk meneruskan permainan sehingga tamat?
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tebal, janggut penuh, misai ataupun side burn adalah matlamat lelaki untuk memastikan penampilan lebih maskulin dan segak. Kat Malaysia ni memang ramai yang berjanggut dan mugkin sudah menjadi trend. Banyak juga sebab yang mendorong seseorang rasa ingin untuk menyimpan janggut antaranya untuk kelihatan lebih matang, lebih tampan segak bergaya, Isteri/Tunang/Mak suruh, dan tak kurang juga untuk tujuan keagamaan
Tapi tahu tak 6 perkara ni tentang janggut, nak tahu jom baca.
1. Melindungi dari serangan Bakteria dan Jangkitan Kuman
Haa, betul tak saya kata, terkejut kan dengan fakta yang pertama ini. Kajian yang terperinci telah dijalankan ke atas 408 lelaki pekerja hospital yang berjanggut mendapati Lelaki yang bercukur penuh tidak berjanggut adalah 3 kali ganda lebih cenderung untuk ‘menyimpan bakteria’ di mukanya berbanding lelaki pekerja hopital yang berjanggut! What?? No way!! But, its the Truth!
2. Melindungi Muka dari Panas Mentari
Ini memang terang-teranglah kan. Dengan adanya janggut, kurang kawasan badan kita yang akan terkena matahari. Pancaran Matahari keterlaluan mampu mencetus jadinya kanser kulit dan adanya Janggut mampu menapis 90-95% daripada pancarana ultraviolet yang berbahaya itu. Bayangkan panas yang dirasa orang yang berambut penuh dan orang yang botak, rasa-rasanya siapa yang akan berpeluh terlebih dahulu jika diletakkan di tengah panas? hehe!
3. Memberi rupa paras yang lebih Maskulin, Kacak , Dominan dan Lebih Aggresif
Ini mesti lelaki suka dengar kan? Menjadi lebih Maskulin, kacak, matang dan berani adalah seperti naluri kedua kepada kaum lelaki. Kenapa? Tiada yang tahu jawapannya, tapi itu hakikat seorang lelaki sejati! Namun, terkejut atau tak, sebenarnya kajian dari New South Wales di Australia juga membuktikannya!
Sebanyak 351 orang perempuan dan 177 orang lelaki heteroseksual (heteroseksual bermakna lelaki normal yang suka perempuan tau!) telah memberi markah scoring berdasarkan gambar 10 orang lelaki.
Kajian mendapati :
i) Lelaki yang berjanggut lebat 10 hari adalah paling menarik untuk Wanita.
ii) Lelaki yang berjanggut penuh dipandang sebagai seorang Bapa yang sangat baik dan bertanggungjawab
iii) Lelaki yang berjanggut Stubble (Janggut pendek) mendapat markah terendah dan lebih rendah berbanding lelaki yang mencukur janggut penuh dalam semua kategori iaitu Kemenarikkan, Maskulin, Kesihatan dan Potensi menjadi Bapa yang bertanggungjawab
4. Janggut boleh tumbuh lebih tinggi dari anda!
Jangan terkejut kalau anda terjaga dari tidur dan mendapati janggut anda dah meliputi badan anda! Janggut boleh tumbuh hampir 4 kali ganda ketinggian anda! Dianggarkan, janggut anda akan sepanjang lebih kurang 27 kaki kalau anda tak pernah cukur dari lahir sehingga meninggal dunia. Haa, boleh masuk Malaysia Book of Records ne!
5. Wanita pon boleh berjanggut tau!
Kalau jalan-jalan tepi pasar raya dan nampak wanita berjanggut, jangan tegur! hehe!
Janggut terpanjang yang dicatatkan oleh seorang wanita bernama Vivian Wheeler dari Wood River adalah sepanjang 10.04 inci!
6. Janggut mencetus Kasih Sayang
Pernah dengar Pogonophilia?
Ia merujuk kepada golongan yang sangat suka dan sangat sayang kepada janggut dan orang yang menyimpan janggut. Haa, siap ada terma sendiri lagi okeh! Kau ada? hehe!
Semoga bermanfaat ya
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.