
Jenama fesyen ikonik dari Amerika Syarikat, Cole Haan telah mengumumkan pelancaran koleksi terbaru dalam ‘keluarga’ GrandPrø iaitu GrandPro Rally.
Koleksi terbaru ini merupakan koleksi kasut yang direka khas buat mereka yang inginkan gaya, keselesaan dan juga sifat vrsatality pada sneakers sama ada untuk lelaki atau perempuan.
GrandPrø Rally merupakan rekaan yang cukup laid back yang menggunakan bahan sangat ringan. Koleksi GrandPrø Rally menampilkan ciri-ciri seperti material breathable, upper dengan potongan laser dan kemasa yang berkualiti.
Gaya rekaan diseimbangi pula dengan binaan ringan yang bila dipakai tidak menggangu pergerakan kaki. Ia juga dilengkapi dengan tapak kasut yang cukup responsif serta lembut.
Ini sekali gus menjadikan koleksi GrandPrø Rally sebagai kasut yang selesa digunakan untuk sepanjang hari dalam apa jua keadaan dan aktiviti.
Jelas Ketua Pegawai Kreatif Cole Haan, Scott Patt, koleksi GrandPrø Rally menginovasikan semula kasut sukan klasik menjadi sepatu berprestasi tinggi baghi memenuhi gaya hidup aktif moden.
Koleksi ini kini boleh didapati di semua outlet Cole Haan seluruh negara dan juga di website rasminya.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
5 Chocolate Abs Hero Korea Yang Membuatkan Rahang Wanita Jatuh Bersepah. Lelaki Malaysia, Mungkin Anda Perlu Bina Badan Macam ni?

Walaupun wajah-wajah mereka dikatakan ‘jambu’, ‘pembedahan plastik’ namun anda tidak boleh menafikan tubuh badan mereka yang begitu mengiurkan. Mungkin ada yang berkenan dengan tubuh macam ni?
- Gong Yoo
Kepada anda yang belum kenal dengan lelaki ini, dia merupakan Fattah Amin versi korea, kerana ini merupakan pelakon utama My Coffee Prince yang diadaptasikan semula tu. Gong Yoo yang kini berusia 38 tahun itu dikhabarkan bakal menamatkan zaman bujangnya bersama seorang pelakon wanita. Siapa tak minat dengan drama Korea pun pasti akan pernah lihat Gong Yoo di dalam filem paling laris Korea Train To Busan.
- Ji Chang Wook
Namanya tidaklah begitu gah di Asia, namun peminat filem dan drama Korea pasti sudah terbiasa dengan nama ini. Pelakon ini mula berani tayang badannya ketika dalam drama bersiri K2 dimana dia memegang watak sebagai pegawai peribadi kepada anak tokoh politik. Dari situ penggemar drama korea mula sedar akan kewujudannya dalam industri. Dikhabarkan, kerana drama tersebutlah, beliau membuat badan
- Lee Dong Wook
Pelakon ini mula menempah nama di sekitar asia dengan drama hitnya My Girl. Ketika itu, drama ini ditayangkan di 8tv. Siapa tengok? Walaupun baru-baru ini berita beliau dan penyanyi/pelakon Suzy sedang menjalinkan hubungan cinta, ia tidak mematahkan semangat peminat untuk melihat tubuh badan beliau. Jika anda perasan, baru-baru ini beliau ada berlakon bersama Gong Yoo di dalam drama Goblin.
- Lee Min Ho
Tipulah kalau anda tidak mengenali jejaka Korea idaman ramai ni. Dia mula dikenali menerusi drama bersiri boys over flower yang Hit dikalangan anak muda tahun 2009. pada ketika itu, beliau hanya fokus pada lakonan, tapi sekarang ni, beliau lebih banyak habiskan masa di gym. Menarik kan badan beliau.
- Song Joong Ki
Mesti ramai yang patah hati kan bila mendengar berita pelakon lelaki dari drama bersiri Descendants of the sun ini sudah mendirikan rumahtangga bersama heroin dari drama yang sama. Walaupun mempunyai umur yang berbeza, mereka berdua tampak serasi. Sebenarnya Song Jong Ki telah mula membina badan sebelum beliau menjalani pengambaran drama Descendants of the sun lagi. Namun, dalam drama ini, beliau mengetatkan lagi jadual makanan untuk tampak seksi dimata penonton.
- Choi Siwon
Tahukah anda bahawa kpop wave hebat saat Super Junior hadir di Malaysia. Ketika itu, semua wanita teruja dengan kehadiran jejaka-jejaka berdarah Korea Selatan ini. Salah seorang ahlinya yang kini lebih banyak berkecimpung dalam dunia lakonan ialah Choi Siwon. Badannya? Anda judge sendiri.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Gaji Cepat Habis? Tak Tahu Bagaimana Untuk Berjimat? Ikut Langkah Ini!

Membazirkan duit sangat mudah, berbanding dengan mendapatkannya. Namun, dengan menggunakan cara dan kaedah yang betul, anda boleh mengelakkan daripada berbelanja secara berlebihan. Lantas menjimatkan duit anda. Jika anda sedang mencari bagaimana untuk mengelakkan pembaziran duit, ataupun bagaimana untuk berjimat cermat di dalam perbelanjaan harian, anda berada di tempat yang betul!
Ketahui 8 langkah mudah elak pembaziran duit yang anda perlu patuhi di bawah!
Kenal pasti perbelanjaan
Membayar dengan menggunakan tunai memudahkan anda mencatat dan kenal pasti perbelanjaan. Daripada anda menggunakan kad kredit dengan kerap, anda dinasihatkan untuk menggunakan tunai. Anda banyak membazirkan duit jika menggunakan kad kredit, kerana anda terpaksa membayar kadar faedah.
Kenapa perlu berhutang, kemudian membayar dengan kadar yang lebih tinggi sekiranya mempunyai wang tunai?
Walaupun begitu, bukanlah saya nak kata penggunaan kad kredit itu tidak perlu. Bahkan sesetengah barangan seeloknya di lakukan dengan kad kredit untuk tujuan jaminan (warranty), bonus dan lain-lain. Cuma, tengok keadaanlah, kalau anda mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli belah di super market, apa kata kalau gunakan tunai.
Batalkan Langganan/Keahlian
Kadang-kala anda melangan atau menjadi ahli kepada sesuatu yang anda tidak guna dengan kerap, ada sesetengah itu anda gunakan sekali sahaja. Oleh itu, anda hendaklah memikirkan sekali lagi, adakah langganan anda itu tadi berbaloi. Jika anda rasa ianya berbaloi, teruskan melanggan dan jika tidak, cepat- cepat berhenti daripada melanggan.
Berhati-hati jika anda bercadang untuk memulakan langganan sesuatu dengan “hanya RMX setiap bulan”! Jika anda kerap melanggan sesuatu, tidak kiralah majalah, surat khabar ataupun shopping, anda akan dapati anda dibebani dengan jumlah yang bertimbun. Lebih malang jika anda tidak dapat kenal pasti apa yang anda terpaksa bayar setiap bulan – anda sudah hilang track. Oleh itu, anda mahu melanggan sesuatu, pastikan ianya akan memberikan manfaat kepada anda, biarlah padan dengan apa yang anda bayar.
Jika anda merasakan langganan anda itu tidak bermanfaat lagi, dan membazirkan duit, pastikan anda membatalkan langganan ataupun keahlian dengan segera, agar tidak akan dikenakan bayaran untuk bulan hadapan.
Berhenti Melakukan Pembelian Impuls (Impulse Purchases)
Pembelian Impuls merujuk kepada pembelian yang dilakukan tanpa perancangan awal dan pembelian tanpa keperluan, biasanya ia didorong oleh perasaan untuk memliki sesuatu (terutama jika ada jualan) ataupun ingin mencontohi seseorang.
Pada mulanya, anda mungkin akan rasa berpuas hati, gembira dengan pembelian anda itu. Namun, lama-kelamaan ia akan menjadi satu tabiat buruk yang anda patut elak. Bertanya kepada diri sendiri, adakah aku perlukan barang itu, dan adakah aku mampu memilikinya? Jika anda mampu tetapi tidak perlukannya, elakkan daripada membelinya. Sebaliknya, berbelanjalah duit itu dengan cermat, membeli barangan keperluan anda bukannya membeli barangan kemahuan.
Jika anda sukar untuk menahan nafsu membeli, apa kata anda pergi shopping dengan berteman, tidak kiralah kawan, ahli keluarga ataupun suami/isteri. Beritahu mereka agar memantau barangan yang anda nak beli dan ingatkan anda agar tidak membazir ke atas sesuatu yang tidak perlu.
Membeli Mengikut Kuantiti Keperluan Yang Sesuai
Belilah barangan secara borong, jika anda perlukan barang dengan banyak, boleh tahan lama (kalau makanan) ataupun ingin berkongsi dengan pembelian dengan orang lain. Jangan sesekali membeli sesuatu dengan banyak, melebihi apa yang anda perlu – sehinggakan barangan tersebut tidak digunakan ataupun basi (makanan). Akhir sekali anda terpaksa membuang semua barangan tersebut begitu sahaja, tiada bezanya dengan membuang duit kertas anda begitu sahaja. Ini sudah kira pembaziran duit!
Jika anda memiliki keluarga yang besar, ataupun jagaan yang ramai dan anda tahu bahawa barang (contohnya makanan yang dibeli borong, banyak) boleh dihabiskan sebelum tarikh luput, maka membelinya secara borong lebih jauh menguntungkan. Ia juga boleh menjimatkan perbelanjaan anda untuk masa hadapan.
Namun, jika tidak, berpeganglah dengan membeli barangan ataupun makanan dalam kuantiti yang sedikit, yang memadai dengan keperluan.
Berjimat Semasa Membeli Barangan Runcit
Semasa membeli belah barangan runcit ataupun di pasar raya, pastikan anda membuat senarai barangan yang perlu dibeli terlebih dahulu. Membeli belah tanpa ada perancangan awal boleh menyebabkan anda berbelanja secara berlebihan – dan mungkin juga melakukan pembelian impuls.
Lekatkan senarai barangan di peti sejuk, agar setiap kali anda terlintas untuk membeli sesuatu, tuliskannya di berjimat semasa membeli barangan runcitsenarai tersebut. Kemudian bawanya sebelum pergi ke pasar raya. Rancang menu dan sajian untuk seminggu ataupun minggu depan dan membeli barangan keperluan semasa membeli belah.
Elakkan membeli belah semasa anda lapar. Ia mendorong anda berbelanja secara berlebihan. Tidak percaya? Cuba anda ingat, bagaimana keadaan anda semasa membeli juadah berbuka puasa.. kalau boleh, anda nak rasakan semua sajian yang diual bukan? Perkara yang sebaliknya pula akan berlaku jika anda sudah berbuka puasa.
Berpegang kepada bajet asal anda. Pilih produk yang sesuai dengan bajet perbelanjaan anda. Elakkan membeli barangan yang terlalu mahal, diluar kemampuan anda. Lakukan pengiraan secara kasar semasa anda membeli belah agar tidak melebihi bajet yang sudah ditetapkan.
Manfaatkan Kemudahan Awam
Di Malaysia, terdapat banyak kemudahan awam yang disediakan, yang boleh menjimatkan perbelanjaan anda. Antaranya adalah:
- Perpustakaan. Sebalik membeli buku, apa kata anda memanfaatkan perpustakaan untuk menjimatkan perbelanjaan. Selain membaca/meminjam buku, anda juga boleh melayari internet dengan kemudahan WiFi percuma dikebanyakan perpustakaan.
- Gunakan fasiliti awam utuk sukan. Sebagai contoh kolam renang, maka anda tidak perlulah membuatnya sendiri. Ataupun menggunakan alat senaman yang sudah disediakan di taman, daripada membelinya sendiri.
Kemudahan awam tidaklah terhad seperti di atas sahaja, terdapat banyak lagi yang anda boleh manfaatkan.
Jimatkan Tenaga
Hadkan penggunaan pendingin hawa, matikan lampu ataupun kipas jika tidak digunakan/perlu digunakan. Selain elektrik, anda juga perlu menjimatkan penggunaan air. Pastikan anda tutup paip semasa memberus gigi, elakkan air mengalir begitu sahaja tanpa tujuan. Banyak lagi cara-cara untuk menjimatkan elektrik dan air yang anda boleh amalkan, konsepnya “kalau tidak perlu, jangan guna”.
Raikan Kejayaan Anda!
Kadang-kala anda juga perlu berehat dan menikmati apa yang anda sudah berjaya kecapi. Samalah juga dengan berjaya berjimat cermat dalam tempoh tertentu, contohnya dalam seminggu anda berjaya berjimat sebanyak RM100, dalam sebulan RM400.
Sambutlah kejayaan anda ini dengan berbelanja sedikit kepada makanan yang anda craving, ataupun membeli pakaian yang baharu. Namun, perlu ingat bahawa ini adalah pilihan sahaja – dan jangan membazir pula di saat ini!
Tips Tambahan
- Pertimbangkan menjual barangan hobi anda. Contohnyan anda suka melukis, membuat kraf tangan ataupun apa-apalah. Dengan menjual hasil anda, secara tidak langsung dapat memberikan sedikit pulangan kepada masa dan usaha anda, selain dapat menikmati apa yang anda suka lakukan.
- Elak membeli kereta baharu. Sesetengah kereta mudah susut harga dan nilainya, dan kereta second-hand selepas beberapa tahun ia dilancarkan boleh dibeli dengan harga yang lebih murah. Seeloknya, anda dapatkan jenama kereta yang memang berkualiti, yang diyakini daya tahan, keselamatan, kos pembaikian dan lain-lain.
- Menggunakan pengangkutan selain kereta. Selain elakkan daripada membeli kereta baharu, anda juga perlu menilai adakah perlunya mempunyai kereta. Jika anda menetap di kawasan yang banyak pengangkutan awam seperti KTM, LRT, MRT, bas dan teksi, apa kata anda memanfaatkannya. Jika tempat yang anda ingin pergi itu tidak terlalu jauh, anda boleh memilih menaiki basikal – lebih sihat dan tidak perlukan minyak!
- Kurangkan penggunaan kad kredit sekiranya anda mampu membayar sesuatu dengan tunai. Biasanya semasa membeli belah.
- Anda boleh berjimat dengan membeli barangan di pasar malam. Namun, perlu tahu bahawa kualiti barangan mungkin tidak setanding dengan barangan mahal.
- Hadkan kos kepada hobi. Bagi sesetangah orang, hobi boleh memakan banyak duit, sebagai contoh hobinya fotografi – mereka pasti ingin memiliki kamera DSLR yang terbaik untuk mendapatkan suntingan yang terbaik, dan kos kamera sangat tinggi. Oleh itu, perlulah menghadkan sejauh mana hobi anda. Jika anda boleh menjual hasil hobi anda, teruskan (rujuk tips #1 di atas).
- Jika anda kerja bermajikan, carilah peluang untuk melabur ataupun memulakan perniagaan.
- Dapatkan nasihat berkaitan dengan kewangan daripada Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK). Ketahui maklumat lanjut berkaitan dengan agensi ini di laman web rasmi mereka di http://www.akpk.org.my.
sumber: panduansaya.com
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
10 Trik Berfesyen Untuk Lelaki Kulit Gelap. Kalau Kena Gaya, Memang Handsome & Maskulin!

Berdasarkan kajian, 75 peratus wanita di Malaysia lebih menyukai lelaki yang berkulit gelap berbanding yang berkulit cerah. Jadi tidak hairanlah sebelum ini bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Khairy Jamaluddin mendapat jolokan “Tall, Dark & Handsome”.
Namun begitu, lelaki berkulit gelap ini punya masalah juga dalam berfesyen kerana mereka yang lahir dengan kulit gelap ini agak susah untuk memilih pakaian berbanding lelaki berkulit putih kerana kondisi warna yang tidak sama.
Oleh itu, kami dapatkan 10 cara berfesyen bagi lelaki berkulit gelap. Jika anda pandai bermain dengan warna dan berani, pasti anda dapat “tackle” pandangan mata wanita.
1. Elakkan Baju Berwarna Putih
Warna putih terlalu kontra dengan kulit anda. Jadi, elakkan daripada menggunakan baju berwarna putih. Sebaliknya pilihlah warna yang neutral seperti warna krim atau merah muda.
2. Pilih T-shirt Berwarna Hitam
Anda harus menggunakan t-shirt berwarna hitam jika kulit anda gelap. Jangan memakai baju warna coklat kerana ia menyamai warna kulit anda. Jika anda memakai sneaker, gunakan t-shirt berwarna hitam agar anda tampak lebih menawan.
3. Guna Warna Terang
Jika anda menggunakan warna terang, secara tidak langsung pandangan orang kepada baju dan kesesuaian badan nampak menjadi lebih baik.
4. Pakai Seluar Khakis
Jika anda mengenakan seluar khakis berwarna coklat, pastikan warnanya tidak terlalu terang daripada warna kulit anda. Warna yang cerah akan terlihat kontra dengan warna kulit anda. Jika anda mengenakan warna gelap pula, ia akan menampakkan anda lebih kelam. Jika anda tidak suka mengenakan seluar khakis, anda boleh gunakan seluar berbentuk pastel dengan warna terang.
5. Warna Meriah
Warna jingga, merah atau kuning akan terlihat cantik dan sesuai dengan warna kulit gelap. Semakin gelap warna kulit, semakin terang kemeja yang boleh anda gunakan. Warna merah muda juga merupakan pilihan warna yang baik untuk lelaki berkulit gelap.
6. Warna Utama
Tidak hanya warna-warna terang yang sepadan dengan kulit anda, kebanyakan warna-warna utama juga boleh dipadankan dengan warna kulit lelaki gelap. Namun yang penting, hindari warna biru tua dan hijau kerana ia akan menenggelamkan warna kulit gelap anda.
7. Jam Tangan
Setiap lelaki biasa memiliki jam tangan. Bagi lelaki kulit gelap, sebaiknya pilih jam tangan berwarna perak, emas cerah atau platinum. Jam tangan kulit tidak akan terlihat lebih baik dibandingkan jika anda menggunakan jam tangan metal. Dalam kes seperti ini, pilihlah warna cerah untuk permukaan jam tangan anda.
Selain terkenal dengan kasut kulit yang trendy dan murah, tahu tak Tomaz pun ada jual jam tangan? Boleh check sini:
8. Warna Yang Harus Dihindari
Anda harus menghindari beberapa warna seperti coklat tua, pirus, magenta dan hijau daun. Warna-warna gelap dan dingin seperti ini tidak masuk dengan warna kulit anda. Jika anda ingin mengenakan pakaian, usahakan untuk anda menggunakan warna-warna yang lebih terang.
9. Kacamata Hitam
Sebaiknya anda mengenakan kacamata yang berwarna terang atau reflektif. Kacamata berwarna hitam akan terlihat kurang menarik kerana ia menyatukan dengan warna kulit anda. Kacamata reflektif dapat menonjolkan wajah anda sehingga ia dapat menjadi pelengkap untuk warna kulit gelap anda.
10. Topi
Jika anda mengenakan topi, kecerahan adalah kuncinya. Pastikan topi anda tidak musnah dengan keseluruhan penampilan anda. Jangan gunakan topi berwarna coklat tua atau hitam. Topi merah dapat menjadi pilihan yang baik untuk melengkapi kulit gelap anda.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI