Koleksi Beg & Bagasi TUMI Sempena Musim Luruh 2023

Share

Jenama beg dan bagasi mewah, TUMI lancarkan koleksi terbaharu Fall 2023 Collection sempena musim luruh tahun ini.

Antara tumpuan koleksi kali ini termasuklah bagasi dari TUMI’s 19 Degree Collection. Koleksi paling ikonik bagi jenama ini menampilkan ukiran di bahagian luar yang elegan dan menarik, serta ketahanan dan keboleh gerakan yang mudah.

Foto: Selebriti, Amelia Handerson menggayakan bagasi berwarna Dark Denim dari koleksi 19 Degree Aluminium Collection.

Selain itu, Tegra-Lite® pula merupakan satu lagi koleksi terbaru menampilkan bagasi diperbuat daripada Tegris, sejenis bahan yang sangat kuat namun masih ringan.

Foto: Bagasi dari koleksi Tegra-Lite®.

Koleksi beg berkualiti tinggi baharu TUMI, Alpha X turut dilancarkan. Diperbuat daripada PX6, sejenis fabrik TUMI paling tahan lama setakat ini, Alpha X menggabungkan kekuatan, modulus, ketahanan yang tinggi serta kestabilan terma dalam koleksi ini.

Foto: Beg dari koleksi Alpha X.
Foto: Selebriti, Idris Khan menggayakan beg dari koleksi Alpha X.

WARNA BERTENAGA

Memenuhi kehendak pengembara moden untuk pemperibadian, TUMI memaparkan warna-warna bertenaga sempena musim luruh.

Warna-warna segar seperti Dark Nevado Grey dan Navy Liquid Embroidery dizahirkan menerusi koleksi Harrison mereka yang terkenal, manakala koleksi Voyageur pula memperkenalkan warna Pearl Grey

dan Indigo yang canggih, bagi mereka yang meminati warna-warna berani.

“Kami berbesar hati mempersembahkan Koleksi Musim Luruh 2023 baharu kami kepada rakan dan peminat di Kuala Lumpur.

‘Malaysia sentiasa menjadi pasaran yang sangat istimewa untuk TUMI dengan penghargaan yang tinggi untuk kedudukan mewah prestasi dan komitmen kami dalam mereka bentuk kecemerlangan dan inovasi,” kata Randy Wong, Pengurus Besar TUMI untuk Asia Tenggara.

Foto: Pengurus Besar TUMI untuk Asia Tenggara, Randy Wong berucap ketika majlis pelancaran Fall 2023 Collection.

“Kami sangat teruja melihat keseronokan dan tenaga yang diperbaharui di sekitar perjalanan dan kami tidak sabar untuk menyempurnakan perjalanan lebih ramai pelanggan di Malaysia dan seterusnya,” tambah Randy.

Koleksi berkenaan dilancarkan pada 3 Ogos baru-baru ini dalam sebuah majlis bertempat di Ilham Tower, Kuala Lumpur.

Turut hadir dalam pelancaran itu ialah beberapa selebriti tanah air seperti Idris Khan, Amelia Handerson, Malek McCrone, Azrel Ismail, Cik Manggis dan ramai lagi.

Foto: Doktor dan pempengaruh media sosial, Dr Say Shazril yang turut hadir dalam majlis pelancaran koleksi musim luruh 2023 TUMI.

Koleksi Musim Luruh 2023 ini boleh didapati di semua cawangan TUMI dan secara atas talian di TUMI.MY.

Published by
Ruszaini Ruslan