Koleksi ‘Art In Motion’ Asics Sporstyle Tampilkan Sneakers Kolaborasi Bersama Tiga Artis Asia Tenggara

Share

Kerjasama atau kolaborasi jenama fesyen bersama artis seni berpengaruh kini menjadi satu trend yang cukup sinonim. Lebih memberangsangkan apabila ia turut menampilkan artis dari sekitar Asia Tenggara termasuklah negara kita, Malaysia.

Itulah yang telah ditonjolkan oleh Asics Sportstyle menerusi koleksi terbarunya, ‘Art In Motion Collection’ yang merupakan item edisi terhad menampilkan tiga artis dari Malaysia, Thailand dan Singapura.

MASKULIN telah berkesempatan ke majlis pelancarannya di ibu negara baru-baru ini dan menyaksikan sendiri koleksi tersebut secara dekat.

Tiga artis yang melakukan kolaborasi bersama Asics Sportstyle tersebut termasuklah Kenji Chai, artis graffiti berpengaruh Malaysia, Ann Irin (Thailand) dan Tobyato (Singapura).

Setiap seorang daripada mereka diberikan model berbeza kasut dari Asics Sportstyle iaitu Kenji dengan GEL-1130, Ann Irin dengan Japan S dan Tobyato dengan Novablast.

Kenji Chai

Kemunculan koleksi cukup istimewa ini berikutan daripada kempen yang dilancarkan oleh Asics Sportstyle pada tahun 2020 lalu bersempena ulang tahun model GEL-LYTE III yang ke-30.

Ann Irin

Meneusi kempen tersebut Asics telah menjemput seramai 30 orang artis dari Asia Tenggara untuk menghasilkan rekaan mereka menggunakan model kasut tersebut. Ketiga-tiga artis yang muncul bersama koleksi ‘Art In Motion’ juga terlibat dalam kempen yang sama dan paling menyerlah.

Tobyato

Peluang yang diberikan oleh Asics Sportstyle kepada artis serantau merupakan satu pengiktirafan komuniti seni yang cukup dihargai. Disebabkan itulah ramai penggemar sneakers dan juga fesyen jalan menganggap ini merupakan satu pencapaian yang sangat hebat di kalangan artis tempatan.

Dengan ruang yang diberikan Asics Sportstyle dilihat secara tiak langsung menyokong dan mendukung hasil seni komuniti setempat ke peringkat lebih tinggi.

Koleksi ‘Art In Motion’ ini kini boleh didapati menerusi laman sesawang rasmi Asics Sportstyle serta beberapa rakan niaga terpilih di seluruh negara.

Jangan lupa untuk subscribe YouTube Maskulin untuk update terkini tentang gaya hidup lelaki!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim