Jenama pakaian gaya hidup popular, UNIQLO telah melancarkan UNIQLO+ LifeWear Collection di beberapa lokasi di seluruh dunia bermula 14 Jun 2021. Hadir dengan konsep Everyday Performance, koleksi ini menjadi lebih istimewa kerana ia merupakan kolaborasi secara terus antara UNIQLO dan juga atlet profesional dari Sweden.

Selain menawarkan keselesaan, koleksi menarik ini turut menekankan aspek sokongan kesihatan dan membantu memberikan pencapaian lebih baik di kalangan atlet.

Sejak Januari 2019, UNIQLO telah menjadi rakan pakaian rasmi untuk atlet dan pasukan Olimpik Sweden serta pasukan Paralimpik. Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, UNIQLO telah menjadikan seramai 11 atlet Sweden dalam masa setahun setengah kemudian. Dikenali UNIQLO TEAM SWEDEN, atlet-atlet ini telah turut sama membantu jenama tersebut untuk pelbagai inovasi bagi memberikan kualiti terbaik.

Kolaborasi UNIQLO & Swedish Olympic Comittee Hasilkan Koleksi Dari Sentuhan Atlet Profesional

Seleksi UNIQLO+ diinspirasikan dari input secara terus daripada mereka serta duta-duta jenama UNIQLO dari segenap pelosok dunia. Komitmen dari UNIQLO juga cukup mengagumkan dengan penggunaan teknologi terkini dari makmal terbarunya di Basic Research Institute of UNIQLO CITY TOKYO terletak di ibu pejabat utamanya.

Di makmal ini pelbagai kajian serta uji kaji telah dilakukan untuk membantu melahirkan produk pakaian berkualiti tinggi. Fasiliti ini juga bertaggungjawab untuk mencari pelbagai solusi terbaik untuk pakaian yang lebih selesa dalam kondisi cuaca berbeza.

Ads

Kolaborasi UNIQLO & Swedish Olympic Comittee Hasilkan Koleksi Dari Sentuhan Atlet Profesional

Menurut UNIQLO kerjasama mereka bersama Swedish Olympic Comittees (SOC) dan Swedish Paralympic Committee (SPC) terjalin kerana mereka turut berkongsi nilai yang sama yang mementingkan kesederhanaan, kualiti dan ketahanan berpanjangan.

Di bawah kerjasama ini, UNIQLO akan membekalkan pakaian untuk SOC bagi 2020 Tokyo dan Winter Olympic 2022 Beijing. Setiap atlet akan menggunakan koleksi LifeWear untuk majlis pembukaan, majlis penutupan, ketika latihan serta pertandingan, masa lapang dan juga sidang media.

Ads

Kolaborasi UNIQLO & Swedish Olympic Comittee Hasilkan Koleksi Dari Sentuhan Atlet Profesional

Seramai lapan orang atlet dari SOC dan SPC membarisi UNIQLO SWEDEN TEAM. Atlet SOC tersebut ialah Agnes Alexiusson (tinju), Alex Kessidis (gusti), Anton Dahlberg (kapal layar), Frederik Bergström (kapal layar), Jenny Rissveds (mountainbiking), Linnea Stensils (kanu), Mattias Falck (ping pong) dan Sofia Mattsson (gusti).

Manakala atlet dari SPC pula terdiri daripada Anna-Carin Ahlquist (ping pong berkerusi roda), Lina Watz (renang) dan Tobias Jonsson (olahraga).

Ads

Kolaborasi UNIQLO & Swedish Olympic Comittee Hasilkan Koleksi Dari Sentuhan Atlet Profesional

Jelas UNIQLO lagi, rekaan LifeWear Collection yang diperkenalkan ini turut dihasilkan bagi membantu atlet-atlet Sweden mencapai prestasi tertinggi sekali gus mengharumkan nama negara mereka. Antara teknologi diketengahkan menerusi koleksi ini ialah DRY-EX yang mampu membantu pakaian kering lebih cepat.

Ultra Stretch pula memberikan keselesaan untuk pergerakan menyeluruh dengan lebih selesa. Manakala seperti kita sedia maklum, AIRism yang merupakan fabrik ‘breathable’ terbaik di pasaran yang turut melindungi kulit dari sinaran UV.

Kolaborasi UNIQLO & Swedish Olympic Comittee Hasilkan Koleksi Dari Sentuhan Atlet Profesional Kolaborasi UNIQLO & Swedish Olympic Comittee Hasilkan Koleksi Dari Sentuhan Atlet Profesional Kolaborasi UNIQLO & Swedish Olympic Comittee Hasilkan Koleksi Dari Sentuhan Atlet Profesional

Koleksi UNIQLO+ 2021 Spring/Summer ini telah pun dikeluarkan oleh UNIQLO dan boleh dapati di laman sesawang rasminya di https://www.uniqlo.com/feature/uniqloplus/21ss/my/. Bagi anda yang inginkan keselesaan sempurna seperti dirasai oleh atlet Olimpik Sweden, jangan lupa dapatkan koleksi ini!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI